Rakan Seperjuangan

Monday, December 13, 2010

Hukum Acara kahwin lalu bawah pedang(sword barrel)

Entri 276: Susulan dari entri hukum sambut halloween ada pembaca yang ingin tahu hukum sword barrel.

Pembaca:
"salam admin,saya nak tanya,hukum yang kahwin lalu bawah pedang tu camne?bole rosak akidah jugak ke?sbb pegawai tentera besenye praktikkan benda ni.."

Aku:
"W'salam, rosak akidah jika satu adat tu hanya khusus pada penganut agama tertentu dan kita ikut buat walaupun dah tahu haram...Dalam hal kawin lalu bawah pedang itu, maybe ia lebih pada simbolik tentera, tapi jika asalnya adalah simbolik agama lain, maka haramlah hukumnya...niat tidak menghalalkan cara, jadi kena kaji dulu dari mana asal usul lalu bawah pedang tu..jika tidak bercanggah dengan Islam...tak ada masalah kot..tapi kalau ianya berakar umbi dari tradisi agama lain..maka kena tinggalkan..Wallahua'lam."

Pembaca:
"boleh tak tuan admin tolong kaji tentang adat ni..sebab saya teringin jugak nak wat benda ni bila dah kahwin nnti..kalau terbukti mmg haram insyaAllah saya tinggalkan..mintak tolong.."

Aku:
"Soalan tersebut telah diajukan pada mereka yang lebih terer..harap sama2 kita tunggu agar kita dapat jawapan yang lebih mantap..."

Dengan itu aku telah mengemukakan soalan pada Yang Berbahgia Ustaz Azhar Idrus di dalam Forum Digital Mukmin.

Acara kahwin lalu bawah pedang macam askar
Assalamualaikum Ustaz,

Disini saya ingin bertanya pada Yang Berbahgia Ustaz tentang hukum melakukan acara kahwin yang mana pengantin lalu dibawah pedang, seperti mana yang biasa dilakukan jika pengantin adalah anggota tentera. Adakah ianya harus, makruh, haram dan sebagainya. Kerana dikhuatiri mengikut amalan agama lain. Apa pandangan ustaz?

Sekian terima kasih.
 Forumer 1:
"pegawai tentera rmai ikut adat perkahwinan laggu tu.... :-? :-?   "

Forumer 2:
Itu jalan bawah pedang. Macamana pulak halnya tentang kawad pedang? Yang masa hendak memberi hormat, pedang itu akan dibawa ke dada kiri dan kanan dan kemudian kucup hulu pedang persis membuat tanda salib didada?











Forumer 1:



















"stkt ambe bljr kawad pedang akdop lg wak g dada kiri kanan...wak g dada kiri ade la... :-?"
JAWAPAN USTAZ:
"Acara lalu bawah pedang ketika berkahwin tidak haram dilakukan kerana ia bukan amalan agama lain tetapi amalan tentera sahaja dengan syarat jangan diiktiqad didalam hati acara tersebut elok dilakukan.

Jika memang ada buat seperti tanda salib maka barulah haram dilakukan."

Aku juga telah ajukan pada Yang berbahgia Ustaz Kazim Elias. KLIK SINI

JAWAPAN USTAZ KAZIM:

"selagi tiada hadis dan nas mengatakan haram maka tiada lah haram"

P/s: Aku nak tambah sikit, kalau nak buat juga, kena tanam dalam hati, ia bukan hendak menunjuk2, ia bukan nak bermegah, ia bukan wajib, ia bukan sunat. Susah bukan? nak pastikan tidak wujud rasa riak dan menunjuk2 dan bermegah2.."hanya tentera je buleh buat mcm ni tau?" "fuyyo aku kawin nanti ada sword barrel tau" harap yang nak buat tu...jgn timbul rasa riak pulak...kena lawan rasa tu awal2..ia cuma satu ritual bagi tentera yang berkahwin, klu buat xpe..xnak buat pun xpe.."dengan syarat JANGAN diiktiqad didalam hati acara tersebut elok dilakukan."




21 comments:

Hakim Zailan said...

forumer 2 nampaknya berkata tanpa menggunakan ilmu tuan admin..
sbb setahu saya yg pernah belajar kawad pedang ni..
xpernah pula bawa pedang ke kanan dada seperti yg forumer 2 katakan..
yang ada hanyalah dada kiri sperti yg forumer 1 katakan..

Hady83 said...

Maybe ia berlaku pada tentera kat negara lain kot...kerana kalau dalam forum lain pun ada yang timbulkan isu kekanan kekiri tu..tapi mostly disanggah oleh mereka yang betul2 dalam army kat negara ini...

Lega juga kerana ia bukan adaptasi dari agama lain...kesimpulan ringkas...kalau nak merasa kawin seperti itu..kena jadi tentera dulu lah...tapi jadi tentera ni banyak pantang larang yang kena patuh...tidak sebebas orang biasa...kawin pun ada prosedur tertentu...kalau polis nak kawin kena perkenan IGP...kalau tentera bagaimana pulak ye?

emi nizam said...

ak ada ramai mmber n sdare mare yg kawen cam ni..masa kecik2 dulu aku pelek n exited la jugak tgok beberapa sedare n kezen2 yg mcm tu...mmg nampak hebat la..pastu mak aku kate itu protokol tentera..i c..cam tu lak..

bila da besar ni aku aku jumpa jugak tp x heran la..malah menyampah pulak..

penah ade kejadian masa aku terfolow kawan aku ke majlis kawan kami (masa tu aku malaz nk drive), kami tersampai awal... dalm kol 12 la...sampai je situ kawan aku ni terkejut, katenye preparation untuk acara tu mcm x lengkap...sbb die ni army jugak..kawan kami pon sama...(aku je cikgu..huhu)..so die jumpa family mmber tu cakap la bgaimana susun atut meja kursi halamana n segala2 bende yg kononnya memudahkan acara tu blangsung...aku ni yg jenis segan2 terpakse la sama2 tolong ankat balik krusi meja...aduih.....menyampah!

tp aku hormatila mereka sbg kawan2 aku..sbb aku tau..mereka yg sama2 ada ilmu agama tentu tau mana hukum halal haramnya...sbb diorg ni best student skola...xkan bengap plak kan.. cume aku menyampah part kene wat yg xde kene mengene ngan aku n reaksi riak n ujub pada mereka2 yg buat cam tu...tp aku pcaya..kawan aku agaknye rasa terpakse..hehe...

AmenoWorld said...

Saya tak tahu ada perkara macam neh.

Hady83 said...

Yang penting kita kena tahu hukum dan rukun perkahwinan, adat yang bercanggah dengan syarak wajib kita ubah bagi selari dengan syarak...

Kalau nak buat sword barrel, suami kena pastikan agar isterinya tidak mendedahkan aurat, tidak berhias lebih2 atau tabarruj, dan beberapa lagi perkara yang membuatkan si suami menjadi dayus disisi syarak.

Bagi orang biasa, digelar raja(boneka) sehari, nama je raja tapi ikut je apa kata tetamu dan jurugambar, peluk, kena peluk, dongak, kena dongak, cium, kena cium, dakap, kena dakap...

Sword barrel ni harap2 cuma simbolik, mintak jauh dari perasaan bangga diri dan tidak menimbulkan rasa riak dan takabbur...

Hakim Zailan said...

ntahla,xtau la pulak tentera kalau nak kahwin kena ada prosedur minta perkenan sesiapa..
tapi sword barrel ni officer je buat..sebab yang pakai pedang officer je..
lega lah kalau memang bukan adaptasi agama lain.
bab riak2 tu xbuat sword barrel pon belum tentu tak riak kan..huhu..
tapi kalau dah memang sword barrel boleh buat,maka saya akan buat lah nanti..just nak ikut tradisi tentera..selagi tak bercanggah dgn hukum syarak..

Hady83 said...

Riak tu banyak jenis...ooo...pegawai je yg buleh buat ye..igt sume tentera buleh buat..huhuhu...

Faizul83 said...

sebenaqnya bawak pedang ke kiri dan ke kanan tu dah tak di amalkan dah berpuluh tahun.. cuma sebelum merdeka memang ada.. sebab bawah pentadbiran british..
sword barrier ni hanya untuk peg tentera dan polis..
dari segi hormat saja dalam format polis angkat pedang sama paras dengan muka saja. bukan cium pedang tu... lepas tu di turunkan ke sisi kanan bawah sebagai tanda hormat (ganti dengan tabit kalau tanpa pedang)

dan polis nak kawin bukan nak kena perkenan IGP atau tentera PAT.. tapi untuk tapisan keselamatan kena buat permohonan... takut anasir anasir luar masuk menyerap macam zaman komunis dulu dulu.. ada isteri peg/anggota polis atau tentera yang spy komunis dan sebagainya...
n kalau nak mintak kebenaran kawin pun bukannya regit sangat..a. kejab ja...

n ada tak fakta dari mufti???

Faizul83 said...

dan aku pun akan buat pada bulan 5 ni...

sebab setahu aku sword barrier asalnya adat peg tentera british kawin bukan adat kristian.. cuma masa hormat tu kalau british dia akan kekiri dan ke kanan n cium pedang ...
tapi di Malaysia kita dah di haramkan dah... sejak zaman merdeka lagi...

Hady83 said...

Oklah tu bro...harap2 orang dah pandai menilai...sword barrel ke sword barrier?

Hady83 said...

Betul la tu bro...harap2 ramai yang mula mengerti...jap..sword barrier ke sword barrel?

MiNaH LeTeR.... said...
This comment has been removed by the author.
Faizul83 said...

sword barrier (halangan pedang - direct tranlation ^_^) setahu aku la...

n bab riak tu kalau sapa kata kawin bawah pedang ja boleh menimbulkan riak... sorry to say... that statement a bit over the top...
sebab perasaan riak ni ada dalam setiap hati individu.... kalau kawin cara biasa pun.. kalau nun macam anak tokey NAZA... pun boleh riak... tak gitu???

Anonymous said...

Salam...
Sword barrel or sword barrier or sword bearer??hehee

Actually upacara swd bearer ni tak salah tp kena tgk niat si pengantin la..Saya pun dah prnh join swd bearer member tp xnampak pun ke'riak'an tu..hehee
As an army xsalah wat mcm tu rite..Means we r proud dgn identiti sbg pegawai tentera..=)

Honey IsyQi said...

sword bearer actually..;p

Tp yg kawin lalu bwh pdg xde la riak pun..Yg penting kita tau tujuan utama perkahwinan tu..Actually sword bearer juz tuk memeriahkan majlis yg dibuat skali seumur idup ni..

p/s: Esok nak pegi sword bearer member at kl base..no 1 dress pun xbasuh g coz last week dah pg kahwin kat banting..busy2..hehe

Anonymous said...

yg buat salib kat dada tu Ultraman aje.. cakap gunakan fakta, yang kita peroleh dr pembelajaran dan pengalaman, bukan dari andaian..berat nanang..

Hady83 said...

mekasihla anonymous..sudi lontarkan pendapat..cuma nak tanya..berat nanang tu apa? berat duadua tigatiga patpat xda ke..

Unknown said...

Assalamualaikum. Untuk pasukan simpanan... boleh ke untuk memohon istiadat sword bearer ni...

Hady83 said...

W'salam...kalau xsilap hanya pegawai tertentu sahaja kot..

fiza 0104041307 just nk berkawan said...

Pasukan simpanan boleh buat tp kene tanya unit masing2 mcmane prosedur...dulu slalu tlg buatkan sword bearer utk rakan2...tp bile sendiri nak kawen rase mcm xmampu nak buat...huhu leceh nak pegi pinjam pedang ape sume...😂😂😂

fiza 0104041307 just nk berkawan said...

Pasukan simpanan boleh buat tp kene tanya unit masing2 mcmane prosedur...dulu slalu tlg buatkan sword bearer utk rakan2...tp bile sendiri nak kawen rase mcm xmampu nak buat...huhu leceh nak pegi pinjam pedang ape sume...😂😂😂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...