Rakan Seperjuangan

Friday, December 24, 2010

Haram Talak Ketika?

Entri yang ke 285: Berkenaan talak, aku belum kawin, nikah pun belum, tapi itu tidak menghalang aku dari mempelajari hukum hakam yang berkait dengan alam perkahwinan.

Hukum bagi suami yang menjatuhkan talak kepada isteri yang sedang haid adalah haram dan berdosa...walaupun haram, talak tetap jatuh, cuma kalau tidak dirujuk semula, suami akan menanggung dosa sampai hari kiamat...perlu ingat bahawa bukannya dah tak boleh nak cerai lepas itu, cuma sunat bagi suami rujuk balik isteri yang diceraikan ketika haid tadi...kena tunggu sampai isteri tersebut suci dari haid...kemudian baru lah boleh diceraikan kembali...namun begitu ia tidak menambah bilangan talak kerana itu hanya pengulangan talak..makna kata andainya suami menceraikan isteri yang sedang haid dengan dua talak...maka dirujuk kembali...tunggu isteri suci dari haid..kemudian diulangi talak...kerana haram mentalakkan isteri ketika isteri sedang haid...maka pengulangan talak tadi tidak menjadikan talak itu menjadi tiga talak...seperti mana mahkamah mahukan suami menceraikan isteri di depan kadi..setelah menceraikannya diluar mahkamah..ia tidak menambah jumlah talak kerana ia merupakan pengulangan semata2...

Hukum bagi suami yang menjatuhkan talak kepada isteri yang suci dari haid tetapi baru sahaja dijimak olehnya juga haram dan berdosa...makna kata...suami baru sahaja menjimak isterinya beberapa hari lepas tapi hari ini sudah mentalakkan isterinya...hukumnya adalah haram dan berdosa...namun begitu talak tetap jatuh dan dikira...dalam hal ini suami juga sunat rujuk balik dengan isteri...tunggu hingga isteri keluar haid...kerana nak pastikan rahim isteri suci dan isteri tidak mengandung...maklumlah sebelum tu pernah dijimak suami...kemungkinan mengandung...itu pasal haram dan berdosa bagi suami yang menjatuhkan talak pada isteri yang baru dijimaknya...oleh itu suami perlu rujuk balik dengan isteri dan tunggu sehingga isterinya itu keluar haid...lepas dah suci dari haid...baru lah dibenarkan menjatuhkan talak dan tidak dikira berdosa..andai isteri tadi mengandung..maka suami terpaksa tunggu hingga isterinya bersalin...baru lah boleh menjatuhkan talak...

Maksud haram dalam kedua2 kes tersebut adalah suami akan terus menanggung dosa jika tidak mahu merujuk kembali isteri yang ditalaknya dalam keadaan yang dimaksudkan di atas iaitu ketika haid, atau baru dijimaknya...bagi isteri yang dah putus haid tu aku tidak tahu apa hukumnya...tapi rasanya tidak lah termaktub dalam kes2 diatas kerana sudah tidak ada haid...

Terpulang pada suami jika masih berdegil dan tidak mahu rujuk dengan isteri yang diceraikan dalam keadaan haid dan dalam keadaan suci tapi baru dijimaknya...tapi perlu ingat...kerana keengganan dia untuk rujuk balik isterinya itu..menyebabkan dia menanggung dosa sampai bila2..jadi untuk hapuskan dosa itu...perlu dia rujuk balik isterinya...andai isterinya dah kawin lain...maka taubat nasuha lah wahai suami yang dimaksudkan...moga ALLAH mengampunkan dosa kalian dek kerana kejahilan kalian...

Kesimpulannya...walaupun perbuatan menceraikan ketika dua keadaan tersebut adalah haram dan berdosa, suami yang berdosa, isteri tak berdosa...namun status talak adalah gugur...jatuh talak walaupun haram bagi suami melafazkannya pada kedua keadaan itu...sunat rujuk balik...ada mazhab kata wajib..tunggu isteri dan suci dari haid...kalau lepas tu disetubuhi...maka kena tunggu lepas isteri suci dari haid...masa tu lah baru tidak berdosa jika dijatuhkan talak...kerana berlaku pada sahabat nabi yang menceraikan isteri ketika isteri dalam haid..dia bertanya pada nabi...nabi suruh rujuk balik isterinya...kalau dah nabi suruh rujuk itu..maknanya talak dah jatuh la tu...cuma lepas dah rujuk...isteri dah suci...bolehla kalau dah nak cerai sangat2...ketika itu suami tak dikira berdosa dah...jumlah talak pun tak bertambah...kerana ia merupakan pengulangan talak semata2...

P/s: Bagi yang kompius..buleh beli atau donlod ceramah Ustaz Kazim berkenaan talak ini...atau tanya beliau sendiri dekat ruangan tanya ustaz dekat laman web beliau...kerana apa yang aku tulis kat atas tu adalah intipati dari ceramah beliau...

2 comments:

rms said...

x silap time form 4 kot blajaq tajuk ni.tp dah lupa la. thanks for remember

Hady83 said...

Dulu masa sekolah dan masa kursus kawin pun tak ambil port sangat pasal topik2 talak ni...huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...