Entri ke 269: Disumbangkan oleh salah seorang co-writer aku...sama2 kita hayati mesej dari beliau...
Duit lebih penting daripada pahala! dalam erti kata lain duit lebih penting daripada taat kepada Tuhan!!!
Aku harap ader yang brani komen dengan sejujurnya!! mana lebih penting daripada Duit dan Tuhan..
Contohnya permulaan hidup kita, bangun SUBUH..perghhh malas gilerr, dah bangun tapi nak tambah extra time 5min sambung tido! pahtuu masuk extra time lg...sudden death...then DEATH.. subuh hilang entah ke manaa.. bangun-bangun tanpa rasa bersalah (sangat bahaya ni..means iman sudah tiada)----- tapi bila bangun mau pergi kerja tengok jam dah lewat sikit bukan main berlari-berlari masuk tandas mandi! time subuh takde pulak tengok jam lewat terus berlari-lari amik WUDUK...betol kan??
Punch card punyer taknak kasi merah...takut duit gaji kena potong 50sen..cisss taik la korang! pahala subuh-subuh pun xde plak ko rasa nak berkira macam tuu...terang lagi pahala tu lebih besar dari gaji ko seumur hidup!
Tiba sahaja bab makan! gaji dah masuk kan..awal bulan ni mesti nak makan bes-bes nie..paling kurang pun lamb chop laa 3malam berturut-turut.. tapi takde pulak korang pikir awal bulan nie nak SEDEKAH banyak mana yer dekat anak yatim, surau, masjid, peminta sedekah tepi jalan tuu.. korang tau pertolongan korang yang sedikti membuat seseorang tu bahagia kerana beban yg tertimpa padanya rasa sudah diringan kan,contoh paling mudah cerita keluang man laa(xtau cerita nie seyesss bukan rakyat malaysia)..
Pernah tak kita menolong orang dengan ikhlas membuat kita rasa TENANG!..xpernah?? maknanya-ko mati xde aku kesah pun
Setiap hari manusia sibuk pikir nak beli iphone, blueberry, upgrade pc, shopping, modified kereta, kasut baru n macam2 laaa..tapi serius jarang sekali pikir nak beli kopiah baru, telekung baru, sejadah baru...pasal aku dah tengok nazak sangat la korang punyer..bau haprak tuu xtahan sangat.. yg lelaki tunggu hari jumaat jer baru cari benda2 tuu... butang baju melayu xde pun xperlaaa..INI MAU MENGADAP TUHAN!! ...aduss kereta calar sikit bukan main mengamuk padahal anak sendiri yang buat. Yang mana sepatutnya penting nieeeeee???
Korang nampak dah kan, penangan DUIT adalah segalanya..
p/s - meludah kelangit jatuh ke muka sendiri, harap blaja dari kesilapan
4 comments:
Memang betul. gila ahh.. camne nak buat supaya Allah swt lebey penting dari duit..?
Orang cakap, Iman tak datang kalau tak dicari.
Orang sekarang hamba duit, bukan hamba ALLAH.
Andai kata kat hujung kuliah agama orang bagi duit, baru ramai yang pergi kot. Kalau setakat makan free orang xpandang pun.
betul tu.. takut record track kijer rosak, sanggup bawak keta laju2... tp kalau nak solat ~~~ :(
Kalau nak solat? ala..org kapir xsolat pun kaya je..hehehehe..
Post a Comment