Rakan Seperjuangan

Monday, December 27, 2010

Bahasa Arab Untuk STAM, Awam, Terjemahan, Ceramah, Tusyen

Entri 286: Ini merupakan hebahan berupa iklan bagi mereka yang memerlukan khidmat dan bantuan dalam bahasa Arab...kat negara ini tidak ramai kaum bumiputera yang terer dalam bahasa arab...kerana bahasa arab kurang diberi penekanan dalam pembelajaran berbanding bahasa inggeris...

Perkhidmatan yang ingin ditawarkan adalah termasuk:

1. Pengajaran Bahasa Arab khususnya untuk calon yg bakal menduduki STAM, Sijil Tinggi Agama Malaysia.

2. Pengajaran Bahasa Arab awam.

3. Terjemahan Bahasa Melayu-Bahasa Arab dan Bahasa Arab-Bahasa Melayu.

4. Mengajar Bahasa Arab dari rumah ke rumah.

5. Ceramah dalam Bahasa Arab.

Sedikit info atau maklumat berkenaan beliau yang ingin menawarkan khidmat-khidmat diatas:

1. Graduan Bahasa Arab Universiti Al-Azhar, Mesir.

2. Graduan Bahasa Arab Universiti Malaya.

3. Sedang mengikuti pengajian Doktor Falsafah (Phd) Bahasa Arab,  Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau yang dimaksudkan adalah Hashim bin Mat Zin, dan khidmat-khidmat yang ditawarkan adalah terhad bagi mereka yang berada di jajahan Machang, dan yang berdekatan dengan jajahan Machang, Kelantan.

Siapa yang berminat, atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang khidmat yang ditawarkan oleh beliau...boleh menghubungi beliau sendiri:

Telefon: 019-9869022
E-mel: hashimbes@yahoo.com.my

P/s: Beliau merupakan salah seorang teman sebilik aku dan ingin aku katakan bahawa beliau memang pakar bab-bab bahasa arab ni....banyak lagi kelayakan dan kredibiliti beliau yang ingin aku lampirkan tetapi beliau mengatakan ia adalah rahsia yang tidak boleh sewenang2nya ditulis kat sini...atas alasan yang tertentu...

2 comments:

nabila said...

kalau nak terjemah bm-arab cerpen sepanjang 3 muka surat berapa bayaran?

Admin said...

tentang bayaran tu..kena contact dengan saudara hashim terusla..saya tolong promote kat sini je..jangan marah ar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...