Rakan Seperjuangan

Wednesday, November 18, 2009

Hukum Sambut Halloween

Ketika malam sambutan halloween beberapa minggu yg lepas...aku igt lagi malam tu aku bersiar2 kat the curve damansara...tiba2 dekat2 midnite tu...time aku dah nak balik, ada sekumpulan manusia pakai tanduk merah kecik yg ada mentol lampu...ooo, hari halloween rupanya...oklah tu, lantak depa lah...bukan depa ni islam pun...

Beberapa hari lepas tu...aku duk sibuk menyelak dan menyelongkar facebook dan blog hiburan, aku nampak sesuatu yg menjengkelkan...rupa2nya ada org melayu islam kita yg sambut perayaan ni...siap pakai topeng hantu...pakai tanduk, conteng muka..buat jamuan makan2 lagi...atas alasan ape aku malas nak ambil tahu...maklumlah...org islam sekarang ni ikut je ape yg dibuat oleh org2 kafir...cuma belum sampai tahap kawin kat gereja je...lepas burung? ada, lalu bawah pedang? ada, kwin konsep taman? ada... pakai gaun ala kristian? ada...pendek kata,,,sume adalah...cuma xguna paderi je...jika dipandang dari jauh...xde beza majlis perkahwinan org islam dengan bukan islam...

Oklah...topik sebenar adalah pasal org islam sambut halloween...lantakla ejaan betul mcmna..ape aku peduli...yg pasti org islam yang sambut ni bodoh nak mampus...raya haji yang bercuti umum tu xde pulak nak sambut besar2an...tapi time halloween yang tidak bercuti ni sambut pulak...

Aku ada sediakan soalan kepada dua org ustaz yang terkenal di utube dan fesbuk...iaitu Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Kazim Elias...

*******************************************************************************
Soalan: Salam Sejahtera Pada Semua...

Soalan saya kali ini pasal org islam yg sambut halloween, pakai kostum yg ada tanduk setan, buat jamuan makan2...pakai topeng hantu...

Apekah ia sama dengan hukum sambut krismas? adakah ia islam plural atau liberal?

Harap ustaz sudi jawab, kerana ilmu saya belum cukup mantap...

Sekian, Terima Kaseh...

*********************************************************************************

Jawapan:

Ustaz Azhar= Perayaan ini berasal dari barat yang kristian dan ada padanya bercampur dengan mitos yang khurafat.

Hukum orang Islam turut merayakannya adalah haram dan bolih meosakkan aqidah.

Wajib pihak kerajaan mengeluarkan amaran supaya orang ramai tidak terpedaya dengan perayaan seperti ini yang kadangkala bolih menyebabkab syirik kerana ada padanya kepercayaan kepada syaitan.

Ustaz Kazim= Salam Hady83,
Helloween adalah adat bukan islam, adalah haram jika kita menyambutnya. Islam hanya islam, tidak ada liberal ataupun plural.

********************************************************************************

So, bagi mereka yg bagi alasan...bukan nak sambut mcm kita percaya...tapi sekadar suke2 je...well, mcmla islam ni koman sangat...sampai kena turut bersama raikan pesta agama lain...islam ada dua perayaan besar iaitu raya puasa dan raya haji...paling besar adalah raya haji...tapi umat islam sekarang anggap raya puasa lagi besar...ape nak buat...pemikiran terlalu moden...kat malaysia ni...setahun ada banyak perayaan...org islam kat sini pun turut memeriahkan semua perayaan ini...al maklumla masyarakat berbilang bangsa katakan...

Aku cuma nak pesan, hati2 lah...nnti xpasal2 gugur akidah baru tahu...xpayahla nak turut sambut deepavali ke krismas ke pesta gawai ke...buleh jatuh syirik tau...syirik tu dosa besar...klu nak cermat...nak warak...elakkan perkara2 ini...xperlu nak nak jatuhkan martabat agama kita...dah elok jadi manusia..tiba2 nak pakai tanduk, pakai taring, pakai topeng hantu...klu rasa nak pakai sampai mati pakailah...ini tidak..bila dah mati kena kafan elok2 juga...insafla sket...jgn terlalu bebas sangat...jgn sampai org pandang hina pada umat islam...

P/s: Raya haji bakal menjelma...ini perayaan paling besar bg umat islam...tapi cuma 3 hari saje...tidak lebih dari itu...hanya kerana kita xperlu puasa, xbermakna raya haji ni rendah tarafnya...ada peristiwa besar yg kita perlu igt sempena raya haji ni...

11 comments:

Anonymous84 said...

salam admin,

saya nak tnya sket psl kalau ada family yg mix - i mean mak asl melayu islam, ayah cina budha / kristian. kalo gi beraya dgn mereka as family members, is that considered as not ok in islam?

just musykil...

Anonymous84 said...

sori...maksud saya mak and ayah tu Islam..dh convert..tp still hub dgn family ok..

thanks.

Admin said...

Terima Kasih atas pertanyaan itu...

Bismillaahirrahmaanirrahim...

Taatla pada perintah kedua ibubapa selagi ia xbercanggah dengan hukum syarak...xbermakna bila dah masuk Islam, kita dah xperlu hormat dan taat kepada ibupada yg masih belum Islam...kita kena tunjuk contoh yg baik agar mereka xanggap Islam ni agama yg memutuskan silraturahim...

Setakat ape yg saya tahu, haram jika kita turut menyambut atau memeriahkan perayaan Krismas, Wesak, Deepavali, Thaipusam dan segala perayaan agama lain yg ada unsur2 ketuhanan dan dewa2 mereka...malahan ada ulamak kata haram ucap Merry Christmas pada org bukan Islam...

Jika tahun baru cina, ia cuma permulaan kalendar cina, tapi jika ada unsur2 syirik, kita xlehla nak lebih2...kita hendaklah jaga diri agar tidak terlibat dalam perkara2 syirik semata2 nak ambil hati keluarga yg masih belum Islam...

Kita wajib taat dan berbuat baik pada kedua ibubapa walaupun mereka bukan Islam...dan kita xleh suka2 nak memutuskan hubungan keluarga melainkan jika kita diancam...contohnya bila nampak kita, mereka akan kejar dengan parang, nak bunuh atau sebagainya...

Banyak lagi hari lain yg kita boleh pergi rumah mereka...bukan hanya ketika krismas saje...kerana tanpa kita sedari, kita telah turut sama mengiktiraf kepercayaan mereka bahawa Nabi Isa anak tuhan...seolah2 kita redha dengan mereka...dan sebagai org islam...kita xpatut buat begitu...

Tapi jika pergi sama utk berjumpa sanak saudara, kerana pada hari itu, sanak saudara semua berkumpul, maka berhati2 agar kita tidak mengucapkan merry krismas pada mereka...jgn pakai ala2 krismas...mudah2an kita dipelihara oleh ALLAH...Wallahua'lam...

Hakim Zailan said...

salam admin,saya nak tanya,hukum yang kahwin lalu bawah pedang tu camne?bole rosak akidah jugak ke?sbb pegawai tentera besenye praktikkan benda ni..

Hady83 said...

W'salam, rosak akidah jika satu adat tu hanya khusus pada penganut agama tertentu dan kita ikut buat walaupun dah tahu haram...Dalam hal kawin lalu bawah pedang itu, maybe ia lebih pada simbolik tentera, tapi jika asalnya adalah simbolik agama lain, maka haramlah hukumnya...niat tidak menghalalkan cara, jadi kena kaji dulu dari mana asal usul lalu bawah pedang tu..jika tidak bercanggah dengan Islam...tak ada masalah kot..tapi kalau ianya berakar umbi dari tradisi agama lain..maka kena tinggalkan..Wallahua'lam.

Hakim Zailan said...

boleh tak tuan admin tolong kaji tentang adat ni..
sebab saya teringin jugak nak wat benda ni bila dah kahwin nnti..
kalau terbukti mmg haram insyaAllah saya tinggalkan..
mintak tolong..

Hady83 said...

Soalan tersebut telah diajukan pada mereka yang lebih terer..harap sama2 kita tunggu agar kita dapat jawapan yang lebih mantap...

Hady83 said...

Telah diajukan SOALAN berikut kepada Ustaz Azhar Idrus:

Assalamualaikum Ustaz,

Disini saya ingin bertanya pada Yang Berbahgia Ustaz tentang hukum melakukan acara kahwin yang mana pengantin lalu dibawah pedang, seperti mana yang biasa dilakukan jika pengantin adalah anggota tentera. Adakah ianya harus, makruh, haram dan sebagainya. Kerana dikhuatiri mengikut amalan agama lain. Apa pandangan ustaz?

Sekian terima kasih.

JAWAPAN DARI USTAZ:

Re: Acara kahwin lalu bawah pedang macam askar
Acara lalu bawah pedang ketika berkahwin tidak haram dilakukan kerana ia bukan amalan agama lain tetapi amalan tentera sahaja dengan syarat jangan diiktiqad didalam hati acara tersebut elok dilakukan.

Jika memang ada buat seperti tanda salib maka barulah haram dilakukan.

Hakim Zailan said...

terima kasih saudara admin...
baru terjawab persoalan selama ni.,
terima kasih sekali lagi..

Hady83 said...

Sama2...tidak lupa juga kepada yang berbahgia Ustaz yang sudi menjawab...dan juga pada saudara yg bertanya...

Anonymous said...

assalamualaikum

saya ingin bertanya satu soalan.... saya bercadang untuk mengadakan satu majlis makan malam (reunion).... di dalam majlis itu, kami bercadang untuk mewajibkan semua memakai topeng sebagai salah satu aktiviti untuk meneka dan mengenal semula rakan2 yang telah lama terpisah.... apakah hukum nya memakai topeng itu?

sebgai mana yang sy sedia maklum, ianya bukan merupakan satu tradisi yang dijalankan oleh agama lain... tetapi konsep majlis bertopeng ini pernah dibuat oleh masyarakat barat terdahulu....

mintak para sahabt tolong bantu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...