Rakan Seperjuangan

Sunday, November 22, 2009

Sedikit Peringatan

Kali ini aku nak menulis pasal peringatan khususnya utk aku dan sape2 yg turut mengikuti dan membaca blog aku ini secara sengaja atau tidak sengaja..samaada tergoogle atau teryahoo...terklik atau sengaja klik...

Dari dulu aku telah menegaskan bahawa aku bukannya mendapat didikan agama secara formal...ini bermakna aku tidak mempunyai guru agama yg formal, yg aku hadir kuliahnya hari2...yg aku buleh tanya soalan pada bila2 masa...aku hanya salah seorang pengguna internet yg menggunakan kemudahan ini utk mendownload kuliah2 dan membaca artikel2 dan juga berforum bg bertukar2 pendapat dan soalan...

Aku belum sampai tahap dimana aku buleh buat fatwa sendiri melainkan aku hanya menyatakan ape yg telah difatwakan atau diputuskan oleh ulamak2 terdahulu...walaupun aku jarang menyebut sumber2nya...tidak bermakna aku suka2 hati memutuskan sendiri hukum halal haram yg aku nyatakan dalam blog aku ni...

Jika dirasakan ape yg aku tulis ini bercanggah dengan Quran dan hadis...jangan segan silu nak tegur...kerana blog ini bukan buku...org buleh baca dan bagi komen on the spot...dan aku buleh dikatakan tiap2 hari memantau blog aku ni...jika ada soalan atau komen...aku akan terima dengan hati terbuka...

Ilmu aku belum cukup tinggi bagi aku memetik dalil dari Quran dan Hadis kemudiannya aku buat fatwa sendiri...aku bukannya ahli tafsir...cuma aku menggunakan kaedah yg paling selamat iaitu aku hanya menyatakan kembali ape yg ustaz2 nyatakan, yg telah dinyatakan oleh guru2 mereka dan telah dinyatakan oleh guru2 sebelum mereka...yg aku rasakan xsalah jika aku kategorikan sebagai ulamak...

Tak kuasa aku nak baca buku2 agama yg tebal dan baca tafsir Quran tanpa guru yg mursyid, pastu putuskan sendiri hukum pasal itu pasal ini...sekali lagi aku tegaskan bahawa aku hanya org awam, aku hanya pengguna, bukan pengeluar...ibaratnya aku cuma pengguna kereta, tapi aku xtahu mcmna nak buat kereta...aku hanya guna hukum yg telah ditetapkan oleh ulamak2 terdahulu, bukannya aku suka2 buat hukum sendiri..cuma bahasa je aku guna bahasa ikut suka hati aku...pasal aku rasa ianya cool dan catchy...

Dari segi bahasa pun orang dah buleh nilai bahawa aku bukannya lulusan agama yg formal...aku hanya ahli kaji bahasa je...tahu sket2 pasal ICT...pasal kebanyakan masa aku digunakan mengadap komputer...entah mcmna satu hari tu aku nekad nak dedikasikan blog aku bg menerangkan pasal agama...

Aku rasa tindakan aku sesuai kerana aku rasa kebanyakan org sekarang, termasuk aku sendiri...mmg suka mentakwil hukum ikut suka hati...tanpa terlebih dahulu merujuk pada yg betul2 pakar dan buleh bagi hujah dan sandaran dalil yg mantap...contohnya jika org tanya aku, apekah dalilnya kita kena baca bacaan tertentu ketika rukuk dan sujud?aku akui, mmg aku penah dengar dalil tu, tapi aku dah lupa...aku penah dengar hadis tu...tapi aku dah lupa...klu dulu, aku akan jawab, ianya ada dalam buku panduan solat...hehe...

Aku tidak mempunyai guru agama yg rasmi, melainkan jika guru pendidikan Islam masa sekolah dulu buleh dikira sebagai guru rasmi, maka sampai SPM sajelah aku mempunyai guru agama...dah masuk universiti, maka aku tidak lagi mempunyai guru rasmi...aku cuma mendengar kuliah yg disampaikan oleh ustaz2, itu pun bukan dalam semua bidang...bab kata org, aku ceduk situ sket, ceduk sana sket, dan kemudian aku tulis kat blog...betapa tidak akademiknya aku...

Namun begitu...niat aku hanya utk berkongsi ape yg aku tahu, kebanyakannya adalah berkisar tentang ape yg aku baru tahu...jauh sekali aku nak tunjuk hebat...jauh sekali nak menunjuk2...nak kata aku ni aliran fiqh, bukan, syariah, pun bukan, quran sunnah, pun bukan, usuluddin, pun bukan, tasawuf, pun bukan juga...aku ni cuma org awam...yg cuba mencari ilmu agama utk menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik...

Kadang2 ada juga aku teremosi sket melihat masyarakat sekeliling yg nampaknya begitu mengambil mudah tentang agama islam...bagi mereka, agama ni suatu yg akan menimbulkan masalah jika dibincang secara terbuka...kalau boleh, biarlah xde sape yg mengingatkan mereka tentang agama..xde yg larang mereka bersosial bebas, tidak menutup aurat, xsolat, dan pelbagai maksiat lain...

Akhir kata, aku bukannya ustaz, juga bukan ulamak, juga bukan mufti(tahukah anda syarat nak jadi mufti adalah mampu menghafal sekurang2nya 400 000 hadis?), jelas disini bahawa aku xlayak nak fatwakan hukum sendiri...sebaliknya, aku cuma org awam yg mahu berkongsi tentang ape yang aku tahu...khususnya dalam hal2 agama...kerana aku yakin, ilmu aku xkan luak jika aku kongsi dengan org lain...cuma aku memerlukan komputer dan internet bagi meneruskan blog aku ni...setakat ini...blog aku dah mencecah 200 muka surat..aku pun kagum mcm mana aku mmpu taip sebanyak itu...itu tidak termasuk artikel yg aku copy paste...huhu...

P/s: Hidup kita seharian lebih mudah jika kita tahu pasal agama, bermula dari kita bangun tido sampailah kita tido balik pada malamnya...sume nabi ada ajarkan..betapa lengkapnya Islam ni...amat rugi jika kita mencari alternatif lain selain dari Islam, dan amat rugi jika kita merasakan alternatif itu lebih baik dari ape yg nabi telah ajarkan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...