Rakan Seperjuangan

Sunday, November 22, 2009

Dunia Vs Neraka

Kali ni nak cerita pasal penghuni neraka...campur2 sumber dari Quran dan hadis...berdasarkan kuliyah Ustaz Azhar berdasarkan kitab agama...

Perlu kita tahu bahawa penghuni neraka itu, wajahnya semua hitam, mata buta/kelabu dan hilang akalnya...walaupun kat dunia kita ada kulit yg putih, mata yg celik dan sempurna akal(kerana terlalu sakit)...tetapi jika kita dimasukkan ke neraka, maka kita akan jadi hitam, buta dan xsempurna akal dan sentiasa menanggung kesakitan...

Perlu diketahui bahawa keadaan ini akan berterusan, dalam jangka masa yg sangat lama, jauh beza dengan masa kat dunia, so agak bodohla jika kita asyik fokuskan dunia dan mengabaikan akhirat...

Tidak hairan jika kat dunia kita berkulit gelap, tapi bila dibangkitkan di padang masyhar, kita menjadi cerah, putih dan berseri...kerana dengan amalan baik kita semasa didunia...

Keadaan fizikal ahli neraka ni, kepala sebesar kubah, badan sebesar bukit, rambut seperti ranting2 kayu, kulit ada 70 lapis, setiap lapisan kulit dilapisi oleh api neraka...kenapa besar, kenapa kulit banyak? ia kerana kulitlah yg buleh buat kita merasa sakit...klu badan makin besar, makin byk sakit, kulit banyak, lagi berganda2 sakitnya...ALLAH dan beri amaran tentang ini...tapi kenapa kita masih nak cari sakit...

Klu kat dunia, ada org larang agar jangan lalu kawasan tu kerana ada harimau, nescaya kita xkan lalu...tapi hairan bila kita tahu dasyhatnya keadaan neraka, kita selamba rock je tetap buat maksiat...ceritalah ape sekalipun tentang neraka dan keadaan ahli neraka...kita tetap xrasa ape2 kan?

Kat neraka ni, jika kita sabar mcmna pun, kita diam mcmna pun, seksaan tetap sama, xkan diringankan walau sedikit pun...kerana akhirat bukan tempat sabar, bukan tempat ibadat, bukan tempat sujud, menyesal mcmna pun tetap kena seksa jugak...rasakanla seksa yg berpanjangan, kerana masa singkat kita kat dunia, kita xmanfaatkan utk mentaati perintah ALLAH...kat akhirat ni, kita akan hidup selama2nya...klu kat neraka, maka akan deritalah selama2nya...klu masuk syurga, akan nikmat selama2nya...

Ahli neraka ni, dibekalkan dengan belenggu dan rantai...diperbuat dari api neraka, yg sekali kena badan, tinggal tulang je..habis hangus segala2 isi badan...dasyhat sekali kan? INI KISAH BENAR...seringan2 seksa kat neraka, bila diletakkan besi panas pada tumit, akan menggelegak/mendidih otak kita...yakinkan kita bahawa kita akan mendapat siksa yg paling ringan?

Dalam perut ahli neraka, ALLAH letakkan ular, dimana ular ni berbunyi seperti haiwan liar...dibekalkan juga dengan pemukul besi, yg sentiasa memukul kepala kita...serta diheret dengan rantai dengan muka menyembah tanah...diheret dengan muka, bygkanlah azabnya...muka diseret dalam neraka, neraka ni semuanya panas, semuanya api...

Penghuni neraka akan keluar air busuk dari rongga badan mereka dan terbuka aurat mereka...air paling busuk keluar dari kemaluan penzina, hingga ahli neraka lain tidak tahan baunya...sedangkan ahli neraka itu semuanya berbau busuk, tapi yg paling busuk keluar dari kemaluan penzina...bukan xde pakaian bagi penghuni neraka, tapi ia bukan pakaian seperti kat dunia, pakaian mereka dari TAR api neraka, tar kat dunia ni, cecair hitam yg buat jalan tu...Jauh sekali beza dengan penghuni syurga yg perhiasannya amat indah sekali...

Ketika dalam neraka, ramai ahli neraka insaf dan percaya kepada keesaan ALLAH...namun ketika itu...penyesalan dan xberi sebarang manfaat lagi...akhirat ini hanyalah tempat balasan...bukan tempat nak buat amal seperti kat dunia...kat akhirat, dah xde solat puasa zakat haji...dah xde halal haram...ianya adalah tempat balasan...sementara kita masih hidup kat dunia ni...sementara masih buleh buat amalan...manfaatkanlah ia sebaik mungkin...jgn kerana nak kejar kesenangan dunia, kita abaikan akhirat...

P/s: Sesungguhnya neraka itu adalah seburuk2 tempat balasan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...