Rakan Seperjuangan

Friday, November 13, 2009

Jangan Benci Orang Alim

Sempena pagi Jumaat yg berbahagia ini, jam menunjukkan pukul 5 pagi...aku telah memutuskan utk update blog setelah sekian lama aku xmenulis panjang2...kali ni berkaitan dengan ceramah agama yg aku donlod dari laman web Ustaz Kazim Elias....bagi yg tidak tahu....beliau menubuhkan sebuah sekolah yg termasuk dalamnya sekolah pondok moden dan juga maahad tahfiz....yg dinamakan sebagai AL BARAKAH...

Antara kandungan kuliyah dia yg sempat aku dengar petang semalam adalah berkenaan dengan sikap masyarakat sekarang yg nampaknya semakin tidak senang dengan kehadiran alim ulamak ditempat kita, samaada di kejiranan atau kampung kita...contoh diberikan amat mudah, kita rasa segan nak panggil pemuzik2 sempena nak raikan kenduri2 kita, contohnya nak jemput kugiran waktu nak sambut hari jadi anak dan sebagainya...xlupa juga diberikan contoh org kita yg xsuka jika jiran kita adalah org alim, kerana org kita sekarang ni malas nak pakai tudung, dalam hati pasti akan dikutuk org alim jika keluar xpakai tudung...

justeru kita lebih aman jika jiran kita tu bukan org alim, kerana kita akan lebih bebas nak buat ape saje...maklumlah jika ada org alim ni...rasa kurang selesa nak buat itu ini, nak karaoke kat rumah pun xleh...nak buat parti kat rumah pun xleh...maklumlah org alim xmacam org kebanyakan, org alim ni majoriti akan tegur jika kita buat suatu yg menyalahi hukum syarak...

aku dulu masa first degree pun mengelak dari mmber aku yg kuat pegangan agama...pasal aku time tu masih jahil sangat, aku igt lagi bila aku pikir, aku xkan boleh berkelakuan sewenang2 jika teman sebilik aku ni org yg kuat agama, pasti tiap2 jam aku kena nasihat dan ceramah free...

Tapi sekarang aku dah xmacam tu lagi...aku dah berubah byk sejak dua tahun lepas...hehe...

Ape yg aku nak tekankan disini adalah kita tidak sepatutnya membenci org alim disekeliling kita...kerana mereka ini adalah rahmat kepada kita...samaada mereka itu alim nak menunjuk2 atau tidak..itu soal hati...hanya ALLAH je yg tahu hati ni...malaikat pencatat amalan pun xtau ape yg tersirat dalam hati...so kita janganla terlalu mudah menuduh org alim...

Orang2 alim ni sememangnya adalah rahmat kepada kita semua, kerana telah dijamin keturunan2 org alim ni akan dilindungi oleh malaikat...ini termasuk keluarga, anak cucu cicit dan juga jiran tetangga....semua akan dilindungi oleh malaikat...Ustaz Kazim ada memberi contoh tentang ulamak2 dahulu yg mempunyai ramai isteri...tapi bukan berpuluh2 isteri sekaligus...tapi ada ulamak2 yg kawin 4 sekaligus, pastu cerai...pastu kawin lagi...hingga ada yg pernah berkahwin seramai 80 org isteri...

Ini adalah kerana perempuan2 pada zaman itu mahukan zuriat yg berketurunan alim ulamak...ini kerana, ada hadis yg mengatakan bahawa zuriat dari org alim akan dilindungi dan dijaga dan diberkati oleh ALLAH dan para malaikat hingga anak cucu...tapi jika pada zaman ini...agak mustahil benda ni akan berlaku...pasal kita semakin hari semakin jauh dari nilai2 dan penghayatan islam...malaslah nak ulas panjang2..jika org cerdik, xperlu nak hurai panjang2...melainkan org jahil..bg seribu hujah pun masih belum terima...sat lagi adalah yg persoal anak isteri nabi pun masuk neraka...anak org alim pun berzina dan buat jenayah...lantakla nak pikir ape...klu hati dah gelap, xmaunya nak terima perkara kebaikan...nasihat dikatakan leteran...hehe...

Kita patut bersyukur jika kat tempat kita ada org alim...kerana mereka ni buleh dirujuk jika ada masalah yg berkaitan dengan agama...maybe kadar jenayah yg meningkat ditempat kita berpunca dari kurangnya org alim...maka kawasan kejiranan kita tidak lagi dilindungi oleh malaikat...kita nak biarkan anak2 kita bermain kat luar rumah pun bimbang...dengan meningkatnya kes culik...cabul dan sebagainya...xkira mangsa...kanak2 pun jadi mangsa...dah ternyata undang2 buatan manusia tidak mampu nak membendung jenayah...tapi lantaklah...sendiri buat sendiri tanggung...

Akhir kata...sama2 kita buang sikap memandang serong pada org2 alim...berhentilah sikap memuja2 artis dan atlet2 sukan...org alim ni xperlu puja...sekadar hormat dahla...dengar pandangan mereka...mintak nasihat dari mereka...buang sikap buruk sangka pada mereka...jgn pikir dunia je...akhirat nanti sume nak kepada agama...xpayah nak tunggu akhirat...nnti dah nak mati pun dah mula panggil jemaah2 surau dan masjid mintak tolong bacakan yasin...sedangkan masa sihat...mereka inilah yg kita nak elakkan...tapi bila kita dah nak mati...kita harapkan depa datang umah kita bacakan yasin...depa nilah yg mandikan dan kafankan kita...uruskan jenazah kita...buatkan tahlil utk kita...

Kenapa xpanggil artis2 yg poster mereka memenuhi ruang bilik kita je datang baca yasin, atau nyanyikan lagu utk kita waktu kita sedang sakaratul maut?

Panggil je atlet2 pujaan kita buat majlis tahlil utk kita...panggil je kawan2 kita uruskan jenazah kita...xperlu nak susahkan jemaah surau dan masjid...kerana pada masa hidup...xpernah kita nak jejakkan kaki kat surau atau masjid...

P/s: better aku stop sebelum aku terlalu emo....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...