Rakan Seperjuangan

Monday, August 31, 2009

Hari Ini Merdeka









Sebelum tu aku nak buat pengakuan...aku ni mmg tidak patriotik langsung pada negara ni...aku xkisah langsung hari ini merdeka atau tidak...entahla..apa yg ada pada hari merdeka? bg mengenang peristiwa Malaya diLEPASKAN dari British secara RASMInya pada 31hb Ogos 1957...

Bagi mengenang pengorbanan mereka yg berjuang menuntut kemerdekaan dari British..agar kita diberi kuasa utk memerintah sendiri..ada menteri2 kabinet dari kalangan rakyat kita sendiri..kita sendiri ada kuasa utk menentukan hala tuju negara...Well..itulah erti merdeka kot bg aku yg tidak patriotik ni...

Aku tidak begitu taksub pada hal2 negara ni...kerana pasal taksub pada negara nilah yg menyebabkan umat islam berpecah2 dan berpuak2...kita kat malaysia xberapa nak ambil kisah jika umat islam dinegara lain ditindas..umat islam di Palestin disembelih, umat islam di negara2 selain dari negara kita dizalimi dan sebagainya...kita hanyalah mmpu mengutuk je tindakan mereka yg menindas umat islam...dlm masa yg sama kita masih meneruskan hidup seperti biasa...pasal yg menderita tu bukan rakyat negara kita...mereka rakyat negara lain...kita baca paper dan tgk tv pasal kekejaman israel, kita pun ckp..kejam sungguh israel ni..pastu berakhir disitu jelah...ibarat kita ni tgk drama atau tgk filem...masa tgk tu mmg sakit hati dengan penjahat dlm drama atau filem tu..tapi lepas dah tamat cerita..kita pun kembali kepada hidup kita yg biasa...

Tidak dinafikan negara mmg penting...Nabi dulu pun ada negara...tapi negara zaman dulu xde imigresen..xde passport..xde visa dan xde pulak hak istimewa pribumi...xmacam sistem negara sekarang ni...dlm Islam hanya ada satu, KITA UMAT ISLAM ADALAH BERSAUDARA...xkiralah dari mana datangnya...ia melampau batasan negara...

Sekarang ni dah lain...kita duk sibuk nak sambut negara kita merdeka, tapi adakah dalam masa yg sama kita ambil masa nak pikir pasal umat islam kat negara lain yg mati2an nak merdekakan wilayah depa dari negara2 bukan islam yg menuduh pejuang2 islam ni pengganas? pengganas pasal nak merdekakan diri dari negara bukan islam? pejuang islam yg tuntut kemerdekaan seperti ni filipina, aceh, chechnya, khasmir, selatan thai, dan byk lagilah yg mahu merdeka...adakah kita ambil tahu? dah tentu tidak..kita pun sama2 labelkan saudara seagama kita ni pengganas...pengganas pasal xtaat pada pemerintah bukan islam yg tenteranya suka2 hati tembak org islam dlm masjid..hehe...

Tapi xpelah...mereka tu bukan warganegara kita...contoh paling terbaru adalah noordin mat top...org johor yg jadi penjenayah paling dikehendaki...pasal jadi perancang pengeboman di indonesia...mereka bukan nak tangkap hidup2..tapi nak bunuh terus noordin mat top ni...mmg xnak dibicarakan langsung kot..hehe..btw...aku ni sape yg nak pertahan nordin mat top ni?aku cuma pikir xadil jika presiden bush tu xdibicarakan sekali pasal dia telah menyerang iraq dan afghanistan..berapa ramai yg mati..tapi dia xde pulak kena bicara...klu org islam yg buat...maka satu dunia kutuk termasuk umat islam sendiri...konon islam xajar keganasan, islam xsuruh itu, islam xsuruh ini...ini bukan ajaran islam...

Dah jauh menyimpang ni..tapi aku cuma nk ckp..xsalah nak sambut merdeka..tapi penah ke kita pikir yg kita ni betul2 dah merdeka? sedangkan perlembagaan negara yg digunapakai sekarang ni adalah syarat utama British kenakan pada kita jika kita nak merdeka...British sanggup beri kita kemerdekaan, dengan syarat Perlembagaan negara digubal oleh British...sedihnya sampai dah 50 tahun lebih pun kita masih duk junjung perlembagaan tu...siap bangga2 lagi..nak pertahan sampai mati...hahaha...ini ke merdeka? perlembagaan sendiri pun xleh buat..dulu org duk kutuk malaysia xreti nak buat enjin kereta sendiri...sekarang dah ada enjin sendiri..tapi perlembagaan sendiri masih belum ada...

Paling malang adalah tema merdeka tahun ni...1malaysia...aku bukan nak kata...tapi kat negara israel pun ada slogan tu...oneisrael...dulu kecoh dengan wawasan 2020..pun kebetulan dgn israel 2020...kebetulan yg menarik kan? dahla bendera pun mcm bendera amerika klu tgk dari jauh..lagu negara pun bunyi mcm lagu ciplak je...tapi xkisahla kan..bg org yg xkisah...bersyukurlah negara ni aman dan bebas dari segala ancaman musuh...ancaman musuh?hehe..musuh xpakai senjata..musuh pakai cara halus je...

Perdana menteri British yg dulu2 dah ckp dalam persidangan depa..masa tu malaysia belum merdeka lagi kot...sambil memegang kitab suci al Quran...dia mengatakan, selagi umat Islam berpegang pada ini(AL Quran), selagi itulah kita xde harapan nak mengalahkan mereka...pasal tu sekarang ni kat negara kita dan mana2 negara umat islam yg lain...Al Quran dipandang sepi..ia hanya menjadi kitab suci...umpama barang berharga dlm muzium yg dipamerkan dlm bekas kaca kalis peluru yg diawasi oleh penjaga setiap masa..tapi xde sorang pun yg mmpu sentuh dan guna..Al Quran pun sama, kita hanya baca saja, pastu peluk cium..letak tempat elok2..tapi kandungan dia kita xguna pun..xambil iktibar pun..sorry to say, mmg xde niat nak memahami Quran..

Dalam Al Quran dah tetapkan hukum2 jenayah dan sebagainya..tapi kita tetap gunapakai hukum dari British..MERDEKA APE NIH?kita sendiri xkisah jika anak2 muda xreti baca Quran...tapi kita pantang bebenor jika anak2 muda xreti berbahasa Inggeris...kita pantang terlepas tiket konsert, bola, wayang, teater jika yg datang tu dari negara2 org putih...tapi kita langsung xkisah jika kita dah lewat dan melepasi waktu solat...xkisah langsung jika terlepas kuliah bulanan atau mingguan yg diadakan kat surau tepi rumah kita...kita pantang jika terlambat beli atau terlupa beli majalah hiburan, gosip, fesyen terbaru...paling pantang bila belum sempat baca tapi tertinggal kat bustop, cafe dan sebagainya...tapi kita xkisah jika rumah kita xde satu pun naskhah al Quran...naskhah yg xperlu dibeli setiap bulan tu...ini ke merdeka?

Kita pun pantang jika xdengar atau xsempat nak hafal lagu2 terbaru dari artis barat...tapi adakah kita pernah ambil kisah jika surah2 pendek pun kita xhafal...bukan nak suruh hafal satu Quran...tapi surah2 pendek pun xmau hafal..tanpa rasa menyesal pulak tu...dahla sepotong hadis pendek pun susah nak hafal...tapi klu bab lagu2...mmg hebat...siap ada rancangan "jangan lupa lirik"...klu ada rancangan "jangan lupa hadis"...itu dah kira bagus...hehe...

Nama2 artis cair dimulut..cuba tanya nama2 nabi dan susunannya dari 1-25...entah2 nama2 malaikat yg 10 tu pun xlepas..itu belum lagi tanya susunan bulan2 islam?hehehe...klu ditanya tarikh lahir sendiri dlm tarikh islam pun xtahu...hahaha...ternyata agenda utk memisahkah umat islam dari AL Quran dah berjaya...xperlu jajah negara...cuma perlu jajah pemikiran je..segala yg datang dari mereka tu adalah baik, terkini, sensasi, dan bertamadun...klu ikut agama, nnti jadi mundur, xmaju, menyusahkan, zalim dan sebagainya...
MERDEKA dari sudut pandangan Islam adalah MEMBEBASKAN DIRI DARI PERHAMBAAN KEPADA SESAMA MAKHLUK KEPADA PERHAMBAAN HANYA KEPADA ALLAH S.W.T…ini bermakna merdeka itu bukan hanya bebas dari penjajah bangsa asing dan agama asing..tapi juga merdeka bermakna kita ini tidak lagi menghambakan diri kepada manusia baik dari segi fizikal, mental, ideologi dan sebagainya…merdeka dlm islam adalah seperti seorang hamba yg dibebaskan dari tuannya tetapi masih perlu mengikut perintah ALLAH..Cuma hamba itu tidak lagi perlu patuh kepada bekas arahan tuannya…apa guna hamba itu dimerdekakan tapi masih takut nak melawan bekas tuannya…masih lagi bernaung dibawah bekas tuannya…pasti hamba itu belum betul2 merdeka…nama saja merdeka tapi masih melakukan kerja2 utk bekas tuannya…

Begitulah serba sedikit tentang ERTI MERDEKA dari sudut Islam…dlm konteks Negara, merdeka ini bukan hanya kita tidak lagi dijajah oleh bangsa asing…tapi kita juga bebas untuk mengamalkan ajaran Islam tanpa perlu berasa risau akan kemarahan bekas penjajah kita…timbul pulak persoalan bahawa Negara ini bukan 100% rakyat beragama Islam…kenapa nak sangat buat Negara ini macam Negara Islam? Nnti akan timbul huru hara…


Itu adalah pandangan sempit tentang ajaran islam…takut nak laksana hukum hudud pasal nnti timbul ketidakadilan pada org bukan islam…aku malas nak hurai kat sini..dah berbuih mulut ulama2 duk hurai…ape aku nak tegaskan..negara MADINAH juga di MERDEKA kan oleh Nabi kita..bukan kerana Madinah itu dijajah oleh bangsa parsi dan rom…tapi dimerdekakan madinah itu dari sikap2 jahiliyah puak2 arab yg berpuak2 dan berpecah belah…memerdekakan puak2 arab dari menjadi hamba kepada sesama manusia kepada menghambakan diri hanya kepada ALLAH S.w.T…nnti pasti ada org bertanya bahawa pada zaman nabi,,hamba masih wujud..tapi sistem perhambaan cuba dihapuskan dengan cara paling berhemah..iaitu ada syarat nak tebus kesalahan adalah dengan memerdekakan hamba…anak yg lahir dari bapa yg merdeka adalah merdeka meskipun ibunya hamba…dan banyak lagilah…nabi xlarang terus perhambaan tapi ajaran islam yg dibawa oleh nabi kita amat sempurna…contohnya larangan meminum arak yg diturunkan secara berperingkat2…begitu juga sistem penghapusan hamba…secara berperingkat2…


So, mari kita bertanya pada diri..adakah diri kita sudah merdeka? Adakah Negara kita sudah merdeka? Adakah Negara kita tidak lagi mengikut telunjuk barat? Adakah undang2 dinegara kita tidak mengikut undang2 dari penjajah? Adakah kita masing mengagung2kan bahasa penjajah? Adakah kita memandang rendah pada bangsa sendiri? Adakah yg datang dari barat tu semuanya baik dan patut diikuti? Muzik mereka, filem mereka, fesyen mereka, gaya mereka, bahasa mereka dan tidak kurang juga agama mereka..adakah kita bangga jika kita mampu mengikut cara2 mereka?


Pokok pangkalnya aku bukan xsayang Negara ini…Cuma aku xmahu tgk Negara ini terikut2 dgn cara barat…kita dah jadi Negara yg xkisah tentang ape yg berlaku pada negara2 jiran kita…meskipun sesama Islam..tapi kita masih xanggap mereka saudara seagama kita kerana batasan Negara…justeru xhairan dikala umat islam dinegara lain ditindas..kita tidak mampu nak berbuat apa2…bukan kata nak hantar tentera..nak hantar bantahan pun susah…bukan xbantah langsung..tapi sekadar hantar surat bantahan je..tapi hidup masih diteruskan macam biasa…semangat nak boikot pun xbertahan lama…kita tetap bangga berkonsert disitu berpesta disini berfiesta di sana berhibur disini…kita xpenah pun ambik masa nak pikir andai suatu hari nnti Negara kita maybe akan mengalami nasib yg sama…


Bagi muda mudi..golongan ini yg paling mudah dirosakkan…dibekalkan dengan segala mcm gejala dan hiburan..pergaulan bebas adalah lumrah..institusi keluarga yg porak peranda adalah lumrah…tgk saja filem2 malaysia..klu xbuat pasal cinta, mesti buat pasal hantu..klu xbuat pasal cinta dan hantu, pasti ia berkisar tentang lawak2..pendek kata..mesti ada cinta…so, rakyat pun xde nak pikir lain selain dari bercinta dan kawin..masa belajar, cari pasangan, pastu mula kumpul duit utk kwin..itu jelah…kurang sangat cerita2 pasal nak bela Negara, nak bela agama dan filem yg menaikkan semangat…lagu2 pun sama hampeh..mesti tangkap leleh punyer…klu xtangkap leleh..tangkap muat..xde makna langsung melainkan sedap didengar..langsung xleh wat iktibar..ape lagi nak menyedarkan org…


Penatla menulis panjang2 ni..bukan ada yg nak baca pun…tapi klu ada yg baca sampai sini..mmg aku respek la..hahaha..aku Cuma nak mengajak org berfikir tentang erti merdeka yg sebenar…bukan hanya tarikh nak mengingati british member kuasa pemerintahan pada rakyat Negara ini..tapi merdeka yg aku mahu adalah merdeka dari segala unsur2 negatif yg buleh mengganggu gugat Negara ini..isu dadah, rasuah, dedah, murtad, arak, dan sebagainya..


(aku ada pendapat lucu pasal perjuangan tokoh dahulu…depa ni mati2an menentang penjajah jepun, komunis, british, belanda, portugis dan sebagainya…tapi depa pasti menyesal tgk kita dah jadi kawan baik dan kamceng dengan golongan yg tokoh2 dahulu tentang mati2an ni…adakah depa ni mati sia2? Pasti depa xmati sia2 jika depa tentang tu kerana nak pertahan agama Islam…hehehehe)


P/s: sebelum aku ditahan dibawah akta hasutan..better aku stop kat sini dulu...hahaha...

Friday, August 28, 2009

Meriahnya Ramadhan







Masih di dalam minggu rahmat, 10 hari pertama dalam bulan Ramadhan. Terasa cepat masa berlalu. Di siang hari kebelakangan ini redup dan mendung mengiringi, yang memungkinkan betapa Ramadhan ini benar-benar diberkati. Hujan turun sesekali sekadar renyai membasahi bumi. Terkadang juga hujan lebat x tentu masa membuatkan perut yang kosong bertambah keroncong, sejuk.

Susana di masjid masih meriah dikunjungi makmum untuk berterawih berjemaah. Boleh dilihat diawal-awal ini jemaah masih setia berterawih bermakmumkan imam 20 rakaat. Jarang yg terawih 8 rakaat. Namun tidak menjadi hal samada seseorang itu mahu membuat 8 rakaat ataupun meneruskan bersama imam sehingga berakhirnya 3 rakaat witir. Habis solat, juadah ringkas yang dinamai 'moreh' oleh sebilangan masyarakat dijamah bersama-sama, mengeratkan lagi ukhwah sesama muslim. Terasa betapa ramadhan adalah bulan yang membawa rahmat. tersimpul 1001 hikmah di dalamnya.

Namun x kurang juga meriahnya bazaar ramadhan. Aneka juadah menanti untuk diborong pembeli. Dari makanan berat, hinggalah ke makanan ringan, pencuci mulut dan minuman. Semuanya ada. Malah ada jenis2 makanan tak pernah dijumpa semasa hari-hari bukan puasa ada di sepanjang Ramadhan. pelik. Tapi itulah juga satu daripada rahmat Ramadhan. Benar, bukan?

Jika difikir-fikirkan banyak lagi kemeriahan yang dapat kita saksikan sepanjang bulan ramadhan ini. Meriahnya majlis berbuka puasa contohnya telah menjadi kelaziman dalam masyarakat. Bertadarus al-Quran juga tidak kurang meriahnya walaupun ia berlaku dalam kelompok-kelompok kecil sahaja. Tidak lagi melihat pada promosi-promosi hotel yang menyediakan buffet berbuka puasa dengan pekej-pekej menariknya. Sungguh meriah, seolah sama macam meriahnya raya.

Namun, semeriah manapun kita lalui ramadhan, apa yang penting amalan kita itu benar-benar berkualiti untuk dipersembahkan kepada Allah. Apa yang kita lakukan pastinya mencapai piawaian keredhaan Allah. Beramal bukan kerana terpaksa, bukan juga kerana pandangan orang, jauh sekali jika beramal sehingga menimbulkan riak di hati. jika kita boleh meriah dalam perkara-perkara yang tidak berkenaan, maka kala ini sama-samalah kita memeriahkan ramadhan dengan menggandakan amal kita. Moga-moga puasa kita lebih baik daripada puasa kita di masa-masa lalu.

ARTIKEL INI DITULIS OLEH PENULIS JEMPUTAN MERANGKAP RAKAN SEPERJUANGAN AKU: EMI..


P/s: Bulan ramadhan dimana ALLAH telah membelenggu semua syaitan agar tidak lagi menghasut manusia dari lalai melakukan ibadat...tapi jangan salah anggap...tanpa syaitan pun manusia masih melakukan maksiat dan lalai dari beribadat...so, renung2kanlah...

Antara DADAH dan DEDAH









Aku dapat inspirasi nak tulis pasal tajuk ni ketika mendengar khutbah jumaat tadi...xsangka aku abg khatib tu(pasal dia masih muda) dan berani dan begitu lantang bersuara pasal isu2 yg aku rasa agak hangatla...klu lain org maybe depa pikir ini khutbah politik..ape koman sangat ke Islam hingga soal politik yg penting tu xleh nak sebut dlm khutbah...inilah salah satu dari penjajahan minda umat islam...agar umat islam anggap politik tu hanya datang dari barat...xde kena mengena dengan agama islam yg suci yg ini...andai kata umat islam tahu bahawa politik dan islam tidak boleh dipisahkan..maka aku yakin umat islam aku jadi lebih kuat...ini tidak, bila pikir politik je terus terganbar dlm kepala pasal fitnah memfitnah dan rasuah dan sebagainya...padahal itu bukan cara politik yg sebenar...malas aku nak citer panjang lebar...

Aku nak fokus pada topik DADAH dan DEDAH je sebenarnya...Dadah ni sume tahu haram, najis, berdosa, buleh ditangkap, memudaratkan, musuh negara, sampah masyarakat dan segala macam perkara negatif diberikan pada dadah walaupun dadah adalah baik utk manusia..tapi yg jadi masalah adalah jika disalahgunakan...

Pasal DEDAH pulak...yg aku maksudkan disini bukan dedah aib org tapi aku lebih suka nak maksudkan DEDAH AURAT...zaman sekarang ni dah xkira lelaki ke perempuan..sama hebat dan sama naik dlm bab dedah ni...walaupun dedah ni adalah haram dan berdosa dan dilaknat dan dikutuk dan dilarang oleh agama...tapi kita xpenah dengar lagi org dedah aurat kena penjara..paling hebat penah aku baca pun pasal isu ditangkap berpakaian xsenonoh dikhalayak ramai...hingga masuk tv dan paper...itupun satu keluarga yg kena tangkap kerana pakai pakaian xsenonoh dikhalayak ramai hingga buleh disangkakan sebagai pelacur...ahaha...pihak yg kena tuduh tu marah bukan main, padahal mereka ni mengaku Islam...

Dedah ni lebih teruk dari dadah..pasal dadah ni, kegiatannya secara tersembunyi...tapi Dedah ni adalah secara terang2an..dan tiada undang2 yg seragam berkenaan dedah ni...klu kat kelantan tu, siapa yg ditangkap dikhalayak ramai xtutup aurat, maka kena denda...contoh bila pekerja pasaraya perempuan Islam ditangkap xmenutup aurat...maka akan dikenakan denda...

Alkisah aku penah dgr citer pasal ni...betul ke x, aku xsure...

_____________________________________________________________________________________

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu beragama Islam, tetapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam‘, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ini bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung...

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik dan orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hamba-Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan
_____________________________________________________________________________________

kisah yg kedua

_____________________________________________________________________________________

KISAH BENAR

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun,perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu
itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara
mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan.
Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas
desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang
menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di
Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik
diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.


Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu
memberitahu, "Dhi, adik bolehmengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air
mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..

Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini:

Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak
bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari"mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik" Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya
kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah
SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung
tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa
nak pakai tudung..pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir
kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu,
lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa,
maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu..itulah hakikat
tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung...mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macammana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung,itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan.. ketika ditiup sangkakala yang kedua,
pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya ,anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu
sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran
satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia
berbaris dengan barisan yang panjang dan masing-masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun
buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk
seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.. Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha
Agung. . . . . Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu..wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah
SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh. semoga Allah SWT menerima adikk disisinya... Amin

Subhanallah ..sekali allah nak bagi hidayah.... sapa pun tak leh halangkan? sapa-sapa yang sedang berusaha atau berkesedaran untuk membantu kawan-kawan kat ipt dia(yang tak pakai tudung) atau kat mana-manalah,
bolih jadikan kisah ni sebagai 'umpan'......
Wassalam.

_____________________________________________________________________________________


P/s: Kebenaran watak2 dlam kisah2 diatas masih buleh dipertikaikan bagi mereka yg dari dulu kerjanya mempertikaikan suruhan dan larangan ALLAH...tapi percayalah akan kebenaran janji2 ALLAH...Wallahua'lam...

Thursday, August 27, 2009

Perihal Syurga

Secebis Kisah Kenikmatan di dalam Syurga

Sesungguhnya di dalam syurga itu berupa sesuatu yang belum pernah di lihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan belum pernah terlintas oleh hati manusia. Ahli syurga bagaikan raja bersenang-lenang dengan penuh kenikmatan sedangkan umur mereka seusia dengan putera. Usia mereka kekal selamanya 33 tahun yakni seusia ketika nabi Isa AS di angkat ke langit, manakala tinggi mereka pula setinggi nabi Adam AS yakni setinggi 60 hasta dan dalamnya lintang 7 hasta. Mereka sangat kacak dan suara mereka sangat merdu. Mata mereka seakan bercelak, putih kulitnya, tiada berbulu badannya kecuali di kepala (kerinting rambutnya), alis dan kelopak mata. Sedang janggut, misai, ketiak dan kemaluan licin tidak berbulu. Mereka tidak kencing dan tidak buang air besar, tidak berludah dan tidak berhingus dan peluh mereka berbau kasturi. Bejana mereka dari emas dan perak, sisir rambut mereka dari emas, kayu bakar mereka dari kayu gahru yang harum (kayu kemenyan). Mereka sentiasa merasa aman dari azab. Hati mereka sentiasa bersatu dan tidak pernah berselisih dan benci membenci antara sesama mereka.

Mereka diberi pakaian dari sutera halus yang hijau dan tebal lagi tidak akan reput atau lusuh. Di kepala mereka ada mahkota yang dapat menerangi antara timur dan barat. Mereka juga diberi pakai 70 macam perhiasan yang berubah warnanya setiap jam, berbeza warna dengan perhiasan yang lain, sedang jari-jari mereka ada sepuluh cincin, terukir pada yang;

1. Salam alaikum bima shobartum (Selamat sejahtera kamu kerana kesabaran kamu)
2. Ud khuluha bisalamin aminin (Masuklah ke syurga dengan selamat dan aman)
3. Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun (Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu)
4. Rufi'at ankumul ahzana wal humum (Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita)
5. Albasakum alhuli wal hulal (Kami berimu pakaian dan perhiasan)
6. Zawwa jakum ul hurul iin (Kami kahwinkan kamu dengan bidadari)
7. Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun (Untuk mu dalam syurga segala keinginan dan menyenangkan pandangan matamu)
8. Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin (Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan Siddiqin)
9. Shirtum syababa laa tahromun (Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya)
10. Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran (Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya)

Penglihatan mereka dilapangkan sehingga ia memandang yang jauh-jauh seperti memandangnya dari jarak dekat. Penghabisan orang yang masuk syurga dan paling rendah kedudukannya, diberi kerajaan sepanjang penglihatannya, serupa dengan jarak 100 tahun perjalanan. Dan didirikan bagi mereka kubah dari mutiara, zabarjat dan yakut. Lebarnya seperti antara Al-Jabiyah ke Sana'a. Setiap pagi dan petang mereka diberi makan dengan 70,000 piring dari emas, sedangkan warna pada setiap piring tidak sama, sedang rasa makanan pada tiap suapan tidak sama, ditemukan rasa makanan pada suapan yang pertama sama rasanya dengan rasa pada suapan terakhir.

Terdapat 70,000 kampung yang terdiri dari mutiara dan yakut. Setiap kampung ada 70,000 rumah sedangkan rumah-rumah itu tidak satu pecah atau rosak. Sebahagian bangunan di syurga diperbuat dari jalinan bata dari emas dan bata dari perak. Bumi syurga dari perak, dan tanahnya dari misik atau za'faran, debu lantainya dari kasturi yang semerbak harum, dan kerikilnya mutiara serta yakut dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, daun dan buahnya berada di bawah, maka seseorang tidak menghadapi kesukaran untuk makan walaupun dalam keadaan berdiri, duduk ataupun baring.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT telah menciptakan wajah-wajah bidadari terdiri dari 4 warna; putih, hijau, kuning dan merah. Dan tubuhnya diciptakan dari za'faran, misik dan kafur. Dan rambutnya diciptakan dari cengkeh. Bahagian tubuhnya mulai dari kaki sampai lutut tercipta dari za'faran. Dari lutut sampai buah dada tercipta dari anbar. Dari leher sampai kepala tercipta dari kafur. Andaikata meludah ke dunia, maka ludahnya akan menjelma menjadi misik. Pada setiap dadanya tertulis nama suaminya dan nama dari nama-nama Allah SWT. Pada setiap tangannya mengenakan 10 gelang dari emas, memakai cincin sebanyak 10 pada jari-jarinya, memakai 10 perhiasan gelang kaki dari mutiara dan permata."

Sekurang-kurangnya penduduk syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan dikahwinkan dengan 72 isteri (bidadari). Mereka diberi kekuatan 100 orang ketika makan, minum dan senggama. Dicipta bidadari secara langsung oleh Allah SWT dan bukan melalui proses kelahiran. Kejelitaan digambarkan seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. Yang sentiasa dara lagi sebaya umurnya, cantik, manja, rindu dan amat mencintai suaminya. Yang suci dari sebarang kotoran, haid, nifas, kencing dan air mani. Sopan menundukkan pandangan, tidak pernah disentuh oleh mana-mana jin atau manusia sebelum mereka. Sangat putih kulitnya. Bermata jeli, anak mata hitam pekat bagaikan mata bayi yang baru dilahirkan, bahkan lebih jernih dan lebih becahaya. Lebar matanya disertai bulu mata bagaikan sayap burung yang sedang terbang. Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya. Mempunyai kelembutan seperti lembutnya selaput telur di dalam telur yang melekat di kulit luar. Dikurniakan Allah SWT cahaya pada wajah seperti bulan purnama. Cahaya serta bau harum semerbak pada tubuh mereka dapat memenuhi dunia antara langit dan bumi. Sedangkan tutup kepala bidadari itu lebih baik dari dunia dan seisinya.

Terdapat kemah-kemah yang mengandungi berpuluh-puluh bilik dari mutiara yang berlubang. Ada bilik yang bagaikan taman yang luas yang dipenuhi pohon-pohon palma dan di kelilingi sungai yang mengalir, yang tepiannya dilitupi oleh bunga mawar, melati dan lain-lain bunga yang tumbuh dari lembah. Ketika angin meniup taman bunga ini, seluruh taman dipenuhi bau harum semerbak. Di dalam bilik ada ruangan luas yang diperbuat dari kayu cendana dan pokok gaharu serta dilapisi dengan segala macam marmar berwarna. Berterbangan burung-burung seperti burung bul-bul, murai atau merpati yang pandai menyanyi. Setiap bilik dihiasi dengan perhiasan dari zamrud, batu merah, batu delima merah jingga, serta emas dan perak. Di dalam bilik yang sebegini indah inilah tempat tinggalnya bidadari itu. Mereka menantikan kedatangan suami mereka dengan menyanyikan lagu-lagu rindu bagaikan orang yang sedang mabuk cinta. Setiap kali mereka menyenandungkan lagu-lagu pujaan yang menyebut-nyebut suami mereka setiap itu pula bangkit nafsu kecemburuan mereka.

Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda: "Di sediakan tempat untuk berkumpulnya para bidadari, dan di sana mereka beryanyi semerdu suara yang belum pernah didengar oleh manusia suara semerdu itu. Kamilah yang kekal dan tak akan rosak (berubah), kamilah selalu senang tak pernah susah, kamilah yang puas rela tak akan marah, sungguh bahagia orang yang untuk kami dan kami untuknya."

Ketika mereka yakni suami bidadari melintasi kawasan perkemahan di mana para bidadari berkumpul, maka para bidadari akan menyambut kedatangan suami mereka dengan sepenuh jiwa dan raga mereka kepadanya. Para bidadari akan melayan sepenuhnya keinginan suaminya, bahkan menggoda supaya suaminya terus bermesra dengannya. Para bidadari sentiasa inginkan kehidupan di atas tilam-tilam sutera yang lembut, dengan cadar yang berilau-kilauan, sentiasa berpegangan erat tangan suaminya. Hubungan senggama bersama bidadari adalah hubungan kenikmatan tanpa sebarang keletihan, peluh mahupun kotoran berupa air mani. Seorang suami boleh menggauli 100 bidadari dalam sehari.

Bagi mereka yang menduduki syurga 'Adn, mereka akan menduduki istana-istana yang diperbuat daripada mutiara. Di dalam setiap istana terdapat 70 buah rumah dari permata yakut merah. Di dalam setiap rumah terdapat 70 buah bilik dari zamrut hijau. Di dalam setiap bilik terdapat ranjang. Setiap ranjang terdapat 70 permaidani dalam pelbagai warna, dan setiap permaidani terdapat seorang bidadari. Mereka akan diberi hiasan gelang dari emas, berpakaian hijau dari sutera yang bersulam benang emas.

Ahli syurga akan lupa akan segala kenikmatan yang mereka alami di dalam syurga apabila mereka dihimpunkan dalam satu majlis yang agung. Majlis ini adalah kemuncak bagi segala kenikmatan bagi penduduk syurga kerana di dalam majlis ini, mereka dapat mendengar dengan sendiri kalimat dari Allah SWT, dapat melihat Zat Allah SWT, dapat redha dari Allah SWT dan dapat pengisytiharan yang mereka akan hidup kekal selamanya di dalam syurga oleh Allah SWT.

Wallahu'alam.
_____________________________________________________________________________________

P/s: Tak payah nak berangan masuk syurga jika perintah ALLAH tidak diikut...larangan ALLAH pulak dikerjakan tanpa rasa malu...sesungguhnya nikmat dan seksa ALLAH di hari kiamat amat hebat...pilihlah antara dua...

Barangsiapa Yang Mahu Mendalami Islam, Pasti dipermudahkan Jalan






Tajuk aku ni agak catchy(menarik perhatian) kan?hehehe...aku pun dah lupa kat mana aku dengar kenyataan ni tapi ia telah cukup memberi aku inspirasi dan motivasi dan sewaktu dengannya...

Dalam dunia moden dan era globalisasi ni...sorry to say la tapi agama mmg orang dah xberapa nak hirau...dan sorry to say, mmg xde masa nak beragama..xde masa nak menunaikan tuntutan agama, xde masa nak menyebarkan agama, xde masa nak mendalami agama, xde masa nak ambil tahu pasal agama dan paling malang sekali xkisah ape yg berlaku kepada agama...

Kecuali bagi segelintir golongan yg mmg kerja depa melibatkan hal2 agama, ternyata ia merupakan suatu perkara yg paling malang dan aku percaya ia merupakan suatu petanda akhir zaman...bukan xde langsung yg mmbela agama tapi yg nak bela tu adalah golongan yg kurang arif pasal agama...justeru pendapat dan pandangan adalah bertentangan sekali dgn Al Quran dan Sunnah...

Terbaru adalah pasal isu arak, ada org Islam yg terlalu bangang mengatakan jika undang2 Islam pasal arak dikuatkuasakan, maka ramai org Islam akan hilang kerja..xkurang ada juga yg menyindir pekerja2 hotel, pub, 7 eleven pun akan turut kena sebat pasal terlibat dlm penjualan dan penyediaan arak...

Bab ni mmg dah terlalu melampau2 jahilnya, mcm dah xde kerja lain bg umat Islam sehingga terpaksa bergelumang dengan arak..walaupun xminum tapi jual, hidang, kira, hantar, pesan dan segala yg terlibat dengan penyediaan arak adalah dilaknat ALLAH...xkanla umat Islam hari ini begitu jahil sehingga mengatakan drebar2 lori Islam yg mengangkut arak akan hilang punca pendapatan...

Masing dah syok sendiri nak bercakap pasal Islam...hingga mereka lupa ilmu agama pada mereka itu amat terhad...bg aku, kejahilan mereka terhadap agama sendiri terlalu menyerlah...bukan sahaja dalam isu arak tetapi dalam isu2 lain pun xkurang hebatnya...yg menyedihkan adalah org Islam sendiri yg fobia terhadap ajaran Islam..fobia kepada ulamak2 Islam, fobia pada pemerintahan cara Islam, fobia pada undang2 Islam, fobia pada cara pemakaian Islam dan sebagainya...

Kalau org bukan islam yg fobia pada islam tu xheranlah..ini dah umat islam sendiri yg xmahu ikut islam dengan pelbagai alasan yg bagi aku jika depa ni aku hadapkan pada tok guru...pasti muntah darah mereka mendengar penjelasan2 dari tok guru...

Bagi yg mahu mendalami Islam, pasti jalannya akan dipermudahkan...aku ambil contoh terdekat iaitu aku sendiri...niat aku mula2 ialah nak cari punca kenapa org Islam xmahu ikut ajaran Islam...dan bermula dengan itu, syukur Alhamdulillah, aku dpat rasakan bahawa aku tidak lagi sejahil dahulu...persoalan2 yg selama ini bermain dlm fikiran aku hampir semuanya telah terjawab...suka hatilah org nak kata aku riak ke ape..janji aku xmahu duduk dlam kepompong kejahilan...aku cuba sedaya upaya mencari ilmu bagi menjawab persoalan2 yg menghantui aku sebelum ni...

Cuma biasalah, tiada jalan mudah bagi menuntut ilmu, ia perlukan tenaga, masa, duit, dan sepenuh anggota...masa itulah yg paling penting kerana org sekarang jarang mempunyai masa utk mendengar kuliyah2 agama...bila bukak topik pasal agama je, pasti KEBOSANAN terus melanda...depa ni kalau buleh mmg xnak tahu lebih lanjut pasal agama...mungkin dlm kehidupan seharian mereka..agama ni xpenting...yg penting ada tv, ada internet, dpt dengar lagu, dpat makan nasi..dpat tido dan dpt buat aktiviti2 seharian tanpa dihalang, tanpa ada org persoal depa buat tu halal atau haram...

P/s: carilah ilmu agama sementara masih ada masa, realiti sekarang, dah tua2 pencen baru nak g belajar agama, otak pun dah xbergetah mcm muda2 dulu...entahla...aku cuma harap agar aku tidak dpt merasai2 tanda2 kiamat semasa aku hidup...baik tanda2 kecil atau tanda2 besar...

Sebat Peminum Arak





Dari Harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.

"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.

Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.

Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.

Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.

"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.

ImageMengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.

Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya � kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 � 80 rotan jumlahnya, kata beliau.

Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat � samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya � adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!
_____________________________________________________________________________________


Pendapat aku yg masih jahil ni pulak, aku mmg setuju peminum arak secara terbuka ni dihukum...cuma heran apabila 6 sebatan yg kononnya dibawah undang2 syariah negeri masih lagi tidak mahu mengikut seperti apa yg telah ditetapkan oleh Al Quran dan Hadis...seperti yg kita tahu hukuman sebat yg dilaksanakan sekarang langsung tidak menepati cara yg telah ditetapkan oleh Islam...masakan tidak, setiap kali lepas sebat, doktor akan periksa sama ada pesalah mampu bertahan utk sebatan seterusnya atau tidak...

Ia bertentangan dengan prinsip Islam yg mahu mendidik, BUKAN MENYEKSA hingga tercabut isi dan terpercik darah...BTW, aku ni sape nak komplen? well, ini bukan pendapat syok sendiri aku tapi hukuman terhadap peminum arak telah di sebut di dalam AL QURAN dan Hadis...

"Ayat 67, surah al-Nahl.

Firman Allah bermaksud: “Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada satu tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya.”

Ayat 219, surah al-Baqarah.

Firman Allah bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..."

Ayat 43, surah an-Nisa'.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu bersembahyang sedang kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan..."

Ayat 90, surah al-Maidah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."

" Diriwayatkan drp Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yg terlibat dengan arak ,orang yg memerah arak,orang yg diminta arak diperah untuknya ,orang yg meminumnya ,orang yg membawanya ,orang yg meminta dibawa arak kepadanya ,orang yg memberi minum arak kepada orang lain ,orang yg menjual arak ,orang yg mendapat hasil drp arak ,orang yg membeli arak ,orang yg meminta dibelikan arak untuknya "

(riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

Hadis Anas bin Malik r.a:
Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali.
_____________________________________________________________________________________

P/s: Bagaimana pulak dgn gambar2 artis dan org2 kenamaan yg berpesta arak? Arak dijual secara terbuka dan sebagainya...ternyata masih byk lagi isu arak yg belum ditangani...apepun JAUHKAN DIRI DARI ARAK...

Wednesday, August 26, 2009

Hukum Baca Senyap Dalam Solat






Aku dah lama benor nak post topik pasal ni tapi asyik tertangguh je dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan...nmpaknya aku telah dilalaikan dari menerbitkan entry pasal perkara yg aku rasa amat penting bagi kita umat Islam...

Bukan ape, ini berkenaan solat yg wajib kita kerjakan sebanyak 5 kali sehari..amat malanglah bg kita jika mengetahui bahawa cara solat kita masih belum sempurna...klu xsilap aku penah sebut sebelum ni bahawa jika bacaan Al Fatihah dan tahiyyat akhir xbetul, baik dari segi sebutan, tajwid, makhraj dan sebagainya...dua bacaan ini adalah wajib dan kita semua WAJIB BELAJAR MEMPERBETULKAN BACAAN seperti mana bacaan PARA QARI dan QARIAH...andai xmahu belajar..maka sia2 je solat berpuluh2 tahun...

Lagi satu yg aku betul2 nak cakap disini adalah hukum baca senyap dalam solat...senyap disini bermakna telinga kita sendiri kurang jelas ape yg kita sebutkan...perlu diingatkan bahawa bagi bacaan AL Fatihah dan tahiyyat akhir adalah rukun solat...WAJIB dibaca dengan betul dan jelas...jika sekadar baca dalam hati dan menggerakkan bibir sahaja maka TIDAK SAH solat kita itu...ini kerana ORANG BISU PUN PERLU MENGGERAKKAN BIBIR semasa mmbaca Al Fatihah dan tahiyyat akhir...

Oleh itu aku menyeru pada sape yg solat sebelum ni agar memperbaiki cara solat mereka terutama bab bacaan AL FATIHAH dan TAHIYYAT AKHIR agar betul dan jelas kedengaran di telinga kita...JELAS DITELINGA KITA...tidaklah sampai mengganggu org kat tepi kita...

Bagi sape yg sebelum solat dgn bajet ayu...silalah keraskan bacaan ketika AL Fatihah dan tahiyyat akhir...klu x, kemungkinan solat kita tidak sah..sape aku nak kat solat korang sume tidak sah? well...ini bukan pendapat aku...tapi ini adalah pendapat JUMHUR ULAMAK...ini berdasarkan hadis2 yg xusah kita nak pertikaikan jika kita bukan pengkaji hadis...janganlah nak keras kepala...


P/s: Bersama2 kita tingkatkan ilmu tentang solat...sebelum tu jgn lupa kukuhkah ilmu tentang akidah...jika akidah xberapa nak betul...sia2 je ibadat...Wallahua'lam..

Tuesday, August 25, 2009

Sebutan ALLAH Yang Betul




Dalam pada internet kat tempat aku ni dah macam ape lembabnya...ditambah pula dengan ancaman virus dari PC sewa aku ni...aku masih rasa terpanggil untuk tambah satu lagi posting kat blog aku ni...dikala gambar yg aku mahu upload masih dlam proses, aku xmau bazir masa utk kongsi pada saudara2 sesama Islam diluar sana pasal satu perkara yg amat besar tapi nampaknya dipandang remeh oleh sesetengah org...

Ianya berkait tentang SEBUTAN ALLAH YANG BETUL...pasal telinga aku ni duk perasan bahawa ada dikalangan kita yg main2, samaada sengaja atau tidak, telah menyebut nama ALLAH secara tidak betul...

Ada yg sebut Al lah,(lah mcm pak LAH)
Ada yg sebut Awwoh, (pelat budak2)
Ada yg sebut Au loh, (pelat indonesia)
Ada yg sebut Al la, (pelat bollywood)

SUME PELAT2 ni jika sengaja dan xmau berusaha nak betulkan adalah berdosa...ini kerana dari sudut bahasa arab pun ia xditerima...

Nama ALLAH bukan mcm nama kawan2 kita yg kita buleh sebut ikut suka...ramai yg igt ianya lucu bila mengejek sebutan pelat2 yg telah di sebutkan diatas...

So, bg sape yg terlanjur tu...harap dapat kembali ke pangkal jalan...

Cara sebutan yg betul adalah dengan MEMBESARKAN sebutan pada tempat yg sepatutnya...adapun tanda sabdu pada tengah2 itu menandakan sebutan itu patutnya dibesarkan....seperti cara kita sebut ALLAHUAKBAR...

P/s: Perkara ini aku xdpt nak biarkan...kita pun xpenah nak ambil kisah budak2 yg sebut nama ALLAH dgn pelat...hinggakan dah akil baligh pun belum mampu nak sebut ALLAH...tetap dgn "aw woh" mereka...sape yg bertanggungjawab dlm hal ini...so bagi sape2 yg ingin kembali ke pangkal jalan tu...silakan..

Sunday, August 23, 2009

PengHAMBATAN Ramadhan






Bulan puasa atau bulan ramadhan mmg ditunggu2 oleh ramai pihak...bulan ni lah segala kuih muih dan lauk pauk dijual di bazar2 dan cafe hingga membuat pembeli rambang mata..pembeli tu termasuklah aku sendiri...beli byk2 pastu xdpt nak habiskan...buang camtu je...hehehe...

Topik aku kali ini adalah pasal penghambatan atau penghalauan ramadhan...perkataan baru ini aku xsure pulak samaada diiktiraf dewan bahasa atau tidak...tapi ia bermaksud tindakan atau amalan kita yg seolah2 mahu ramadhan berlalu dengan cepat...agar kita dpt beraya secepat mungkin...

Puase pun belum dah ckp pasal tiket raya, kuih raya, baju raya, pasang lagu raya dan segala yg berkaitan dengan raya seperti nak beraya kat mana, shopping raya, perabot raya, langsir raya dan sebagainya...

Paling xtahan adalah sehari berpuasa dah berkumandang lagu raya...tanpa kita sedari, ia seolah2 kita mahu puasa berlalu dengan cepat agar kita boleh beraya secepat mungkin...ia ibarat tetamu baru masuk kita dah siap2 bukakan pintu keluar...ia berlaku bila tetamu kita itu adalah org yg kita xsuke...kita akan cuba buat dia meninggalkan rumah dengan cepat..mcm agen direct selling yg dtg umah kita..kita rela duk depan gate agar xbg peluang agen tu masuk umah...

Situasi pasang lagu raya pada awal2 puasa pun sama...agar kita dah dapat rasa mood raya...tanpa kita sedar, kita ni macam xmau pikir pasal kelebihan bulan ramadhan...kita nak pikir pasal sambutan raya je...


P/s: sekian saje utk kali ini...bulan ramadhan kena tingkatkan amalan...xusahla nak fikir sgt pasal balasan berkali2 ganda tu...tapi nak buat amalan tu, biarlah kita buat kerana kita ni hamba ALLAH...dan bulan ramadhan ni adalah rahmat bagi umat Muhammad...jgn hanya memilih amalan2 tertentu pada hari2 tertentu je...

Friday, August 21, 2009

Fahaman Yang Sesat

Dari Ceramah Ustaz Kazim Elias...

Berkenaan AL QURAN:



Jika ada org letak air mineral atas AL Quran, maka org itu akan kena marah..jika ada org letak majalah mangga atas Quran, maka org yg letak tu akan kena marah kerana tidak hormat Al Quran...TAPI MACAM MANA PULA JIKA UNDANG LORD REID DAN COMMON LAW DIANGGAP LEBIH TINGGI DARJATNYA DARI AL QURAN...HINGGA UNDANG AL QURAN PUN BULEH DIBATALKAN...ini adalah perlembagaan negara Malaysia yg mengaku negara islam..tapi kedudukan AL Quran lebih rendah dari perlembagaan negara yg digubal oleh org kafir iaitu lord reid...common law digunapakai kerana dianggap sesuai berbanding hukum2 dalam AL QURAN...alasan negara ini berbilang kaum adalah alasan jahil yang amat...selagi ia berkaitan dengan org islam, selagi itu akan dikenakan hudud dan qisas...contoh org kafir mencuri barang2 org islam..org kafir itu akan kena hudud...jika org hindu mencuri dari org hindu maka xperlulah dihukum hudud..ini pun susah nak paham ke? di mana pula isu berbilang kaum ni jadi masalah?Banyak lagi hukum dalam quran selain dari dari hudud..hukum poligami masih lagi jadi isu besar...segala hukum dalam quran perlu dipatuhi...

jangan tgk AJARAN AYAH PIN je yg sesat, tapi sikap kita yg tolak hudud, pertikai poligami, pertikai faraid, pertikai kewajaran lelaki jadi pemimpin, pertikai kewajaran menutup aurat, pertikai kewajipan amar maaruh nahi mungkar...ini pun SESAT juga...buleh jatuh syirik, silap haribulan buleh jatuh murtad...

Berkenaan JAMPI dan MENTERA:




Kena rujuk ustaz2 yg mursyid dulu..baru buleh nak amalkan...isu ini mmg sebati dengan masyarakat melayu kita...pegi mekah 10 kali pun masih percaya bomoh2...andai diberi mentera atau jampi, tolong rujuk pada ustaz2 dulu..agar kita tahu makna disebaliknya...

Berkenaan AURAT:





"Walaupun I xpakai tudung, tapi HATI I baik tau"....ini kata2 yg sesat kerana Allah wajibkan pakai tudung, tidak usah nak kata baiklah jika engkar perintah ALLAH...yg penting kita tutup aurat dengan sempurna dulu, baru fikir soal hati ni...HANG PAKAI TIDAK TUTUP AURAT, WALAU HATI HANG BAIK, TAPI HANG TETAP JAHAT KERANA ENGKAR KEWAJIPAN TUTUP AURAT.


"walaupun saya xsembahyang, tapi HATI saya tidak jahat, jiwa saya masih Islam"..yg ni pun SESAT....KALAU AWAL-AWAL DAH TOLAK ISLAM(tinggal solat), PASTU NAK MENGAKU HATI BAIK, MACAM MANA IA BOLEH BERLAKU, KERANA HATI DAN PERBUATAN ITU SELARI...

"walaupun saya tidak solat, tidak tutup aurat, tapi hati saya baik, saya bagi derma pada anak yatim"...yg ni pun SESAT kerana derma pada anak yatim tu adalah hal yg lain...solat dan tutup aurat tu KEWAJIPAN pada UMAT ISLAM...derma tu bukan nak kata xbaik tapi yg lebih penting adalah menunaikan KEWAJIPAN...

Berkenaan SEKULARISME:

Agama adalah sama, semua agama menuju syurga, semua agama menyeru pada yg baik...ini adalah kenyataan yg SESAT..

SEKULAR= Agama lain, politik lain. Agama lain, cara hidup lain. Agama lain, rezeki lain.

Sekular ni boleh mmbatalkan Iman...
Liberalisme: tengok saja shah rukh khan, isteri dia hindu...tapi org xkisah..siap dapat gelaran datuk lagi...hehehehe...


P/s: ceramah ustaz kazim ni agak pedas sket bagi sesetengah org...aku cuma ambik ape yg aku betul2 yakin je...hehehe...

Thursday, August 20, 2009

Aku Sayang Semua (orang itu buat dosa, orang itu yg tanggung, org itu buat pahala, org itu yg dapat, tapi aku tetap mahu AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR)

Kenapa pulak entri kali ini mcm jiwang je...aku nak tukar genre blog ke?hahaha..bukan...sayang kali ini mmbawa maksud yg sangat mendalam...melepasi batasan agama bangsa dan negara...

Sayang disini bermaksud aku xsanggup melihat umat islam terutamanya yg depan mata aku terus dibelenggu kejahilan..justeru aku telah tekad utk mengubahsuai blog aku ni agar ia menjadi blog yg menyentuh soal2 agama semasa...paling tepat lagi adalah berkaitan dengan mazhab syafiee sahaja...dan sudah tentu ianya bagi mereka yg reti baca bahasa melayu dan mahu google atau search pasal hukum hakam agama...

Aku ni bukanla ustaz, bukan pula alim ulamak...namun aku sayang saudara seagamaku..aku xsanggup nak biar mereka terus tertanya2 atau tidak mempedulikan soal2 agama semasa menjalani hidup seharian...harapan aku sekurang2nya bila kita nak buat sesuatu, kita mengambil masa sejenak adakah tindakan kita itu tidak melanggar hukum syarak..sebelum melakukan sesuatu, apakah hukumnya disisi Islam.


Aku sayang disini bermaksud aku mengambil berat, tak ada niat langsung aku nak menunjuk2 dan berlagak alim...tapi kan hati ini cuma ALLAH je yg tahu..andai manusia tahu, maka senangla keje aku..xplu nak susah2 tulis kat blog ni..xpayah nak tebal muka nak dakwah kat org...nnti org sindir2, aku jadi marah...mana xmarahnya klu buat main2 pasal hukum hakam...

Aku sayang bermakna aku xsanggup nak bayangkan kawan2 aku, mmber2 aku diazab dlm kubur, diazab kat neraka kerana aku terlalu nak menjaga airmuka mereka dgn langsung tidak menegur mrreka dikala mereka buat kesilapan...sedangkan aku boleh cuba utk beri nasihat atau teguran...aku sedar hakikat hanya ALLAH yg mampu mengubah manusia...

Aku juga sedar bahawa ALLAH boleh memberi petunjuk dan hidayah kepada siapa yg dikehendaki..ALLAH juga boleh menyesatkan sesiapa yg dikehendaki...tapi aku juga sedar tugas aku sebagai khalifah yg ditugaskan utk memakmurkan bumi ini...tugas aku sebagai org ISLAM yg WAJIB AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR...DI WAJIBKAN atas setiap org yg mengaku ISLAM MENYERU KEPADA KEBAIKAN, DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN...

kat blog ni, aku xsuruh org melakukan kemungkaran, aku cuba sedaya upaya menyuruh org melakukan kebaikan...setiap manusia tidak lepas dari melakukan dosa tapi JANGAN jadikan ia satu alasan utk terus melakukan kemungkaran...

Aku sayang disini bermaksud aku harap aku sendiri dapat melihat kawan2 dan mmber2 dan saudara sesama ISLAM masuk syurga...ini xbermaksud aku gerenti masuk syurga, tapi sekurang2nya aku dah tunjuk jalan utk ke syurga...aku sendiri xtahu adakah aku mati dalam ISLAM aku KUFUR...tapi aku tetap selalu berdoa agar aku dimatikan sebagaimana aku dilahirkan (suci dari segala dosa)...

Aku sayang disini bermaksud aku cuba utk menyeru agar kita hentikan sikap tangguh menangguh utk bertaubat dan kembali ke jalan ISLAM...aku tahu ramai antara kita yg tahu benda yg dilakukan itu haram tapi masih lagi melakukannya kerana tidak mmpunyai kekuatan dan kesedaran utk meninggalkannya...

Aku sayang disini boleh diumpamakan seperti kita yg celik melihat seorang buta yg menuju kearah perigi dan logik akal kita sedar jika kita xbimbing atau tegur si buta itu, nescaya si buta itu akan jatuh dlm perigi...contoh aku ni agak kasar tapi tujuan aku ni tidak lain dan tidak bukan...utk menjauhkan org dari balasan azab yg pedih dan ngeri...sebelum nyawa sampai ke halkum, sebelum matahari terbit dari arah barat...

Aku sayang kerana aku tahu sehari di akhirat bersamaan 50 000 (lima puluh ribu) tahun dunia...di hari kiamat yang amat dasyhat hinggakan ada manusia yg sanggup terjun ke neraka kerana tidak mahu menanggung malu apabila segala dosa dan perbuatan mereka disaksikan oleh org lain semasa dihisab dihadapan ALLAH...

Kepada golongan berikut:

Perempuan: tutuplah aurat dan jagalah tingkah laku, peliharalah kehormatan diri dan tundukkan pandangan dan pelihara solat.

Lelaki: tutuplah aurat, pelihara solat dan hindarkan perkara syubhah dan jauhi amalan sia2 seperti memakai gelang, rantai, seluar pendek dan sebagainya

Aku sayang semua, sebab itu aku beri nasihat ini...hanya kerana ibu bapa korang xpernah larang atau tegur mcm aku tegur, xbermakna aku ni mengada2 dan cuba berlagak lebih baik dari mak bapak korang sume...ape yg haram tetap haram..xkiralah korang ni anak raja sekalipun..sekalipun mak bapak korang xpenah tegur korang bila korang xtutup aurat...dlm dunia mmg xnmpak ape2..tapi bila dekat2 nak mati..barulah kita tahu akan kebenaran janji2 ALLAH dan para rasul...sedangkan pada masa itu penyesalan sudah tidak ada gunanya...

AKu sayang bermakna aku xmau korang ni menunggu seru utk berubah..itu seolah2 korang ni lebih hebat dari nabi...nak tunggu seru konon...habis tu AL Quran depan mata tu utk apa? susah2 nabi berdakwah dan nabi kita ni sanggup bersusah payah kerana sayangkan umatnya...

Aku sayang bermakna aku mahu semua org kembali pada ajaran Islam yg sebenar dan menyeluruh..bukan hanya dlm bab solat puasa zakat haji...tapi juga dalam hal2 lain...hanya dunia saja tempat kita untuk beribadat..kat akhirat kita hanya akan dapat balasan..baik amalan kat dunia, baiklah balasannya kat akhirat...

"Pada hari akhirat, kematian atau 'maut' dijelmakan dalam bentuk kambing, berada diantara syurga dan neraka, kemudiaannya disembelih oleh malaikat maut. ini bermakna tiada lagi kematian selepas dari itu..ahli syurga hidup selama2nya dan ahli neraka pun kekal hidup dlam azab neraka selama2nya"

P/s: kat dunia ni, org2 yg menyeru pada agama akan selalu diketawakan dan dihina dan diperli, kat akhirat, giliran org2 agama ini yg mentertawakan penghuni neraka...ia termaktub dlam AL Quran...ketika itu ahli neraka mintak belas ehsan penghuni syurga tapi penghuni syurga menjawab permintaan itu tidak akan ditunaikan...aku sayang semua, jgn biar dunia ini menipu kita...ajal maut kita xtahu...

Monday, August 17, 2009

Golongan Tidak Diangkat Amalan

Dari Ceramah Ustaz Kazim Elias...

Andai termasuk dalam golongan ini...maka segala amalan kebaikan seperti solat, puasa, sedekah dan sebagainya tidak akan diangkat pahalanya oleh ALLAH..

1. Al Kaatil=Pembunuh

2. Al Raaf= org yg bawa khabar yg mencurigakan dan kurang baik...contoh jika org cakap "anak kamu lambat bercakap pasal tanam uri terlalu dalam"...padahal perbuatan tanam uri xde kena mengena dgn anak lambat bercakap ..termasuklah org yg tahu siapa yg mencuri dan dimana barang disorokkan...termasuk juga tilik jodoh tgk tapak tangan..tilik tahi lalat dan sebagainya.

3. Al Musowwir= mereka yg melukis atau mengukir patung, binatang dan binatang yg pelik seperti kuda bersayap dan sebagainya..golongan yg mengukir makhluk bernyawa...patung bagi budak2 adalah harus dengan syarat patung tu adalah lebih kecil dari budak tu..dengan syarat budak tu belum akil baligh..tapi klu dah tua2 remaja masih tidur dengan teddy bear, bagi hadiah teddy bear...malaikat rahmat xmasuk rumah..org yg buat patung tu ibadatnya tidak diterima..

4. Mutmimun Khamrin= mengekalkan minum arak dan segala yg memabukkan..

5. Mudiimun Zina= mengekalkan zina..zina ada byk jenis; zina dengan tangan, zina dgn isteri melalui jalan belakang, zina dgn jiran, zina dgn pasangan yg boleh kahwin, zina org org yg xleh kwin(sumbang mahram), zina mata, zina dgn binatang.

6. Aqul Waalidain= org yg derhaka pada ibubapa.

7. Sahir= Org yg mengamalkan sihir.

8. Kaahin= org yg melakukan amalan nujum, tilik nasib..termasuk feng shui..horoskop..


P/s: ini cuma separuh sahaja..insyaALLAH akan ditambah lagi separuh utk maklumat sesama Umat Islam...

Friday, August 14, 2009

Riak Dalam Ibadat

Korang tak sedar ia lebih dasyat dari dajjal!!

Semestinya pernah anda mengalami saat ini…semasa anda sembahyang sorang2 kat bilik tu..mesti mengambil masa yg sekejap dan x lebih dari 3min kan?? Tetapi bila anda pergi surau n ada org ramai di situ sembahyang korang menjadi lebih lama dari biasa..kerna anda telah membaca bacaan dalam sembahyang dengan lebih teratur n maybe berlagu supaya ada org sebelah mendengar nya..

Pernah juga anda..berseorangan sembahyang hanya sekadar berpakaian ala kadar ckup2 makan jer skadar tutup aurat kan..tp apabila kt luar ke masjid terus berpakaian bersih suci murni menampakkan anda seorg yg baik atau alim….dengan ini anda akn dipandang baik oleh masyrakat kn?

Itu sumer RIAK!!!

RIAK- salah satu syirik kecil iaitu syirik tersembunyi

Riak ialah memperlihat atau menyempurnakan ibadat dengan tujuan mendapat pujian serta perhatian orang lain seperti solat dan puasa.
RIAK ialah penyakit hati yang paling ditakuti Rasulullah SAW menimpa umatnya kerana ia boleh berlaku dalam pelbagai keadaan, hatta ketika menunaikan solat yang sepatutnya dilakukan dengan ikhlas.

Kerisauan itu dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: “Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: “Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajjal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya kerana melihat seseorang memandangnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Riak juga berbahaya kerana meresap dalam amalan umat Islam dalam keadaan samar. Mereka yang dihinggapi penyakit riak tidak menyedari ibadah sudah tercemar kerana hilang keikhlasan.

Riak dianggap Rasulullah SAW sebagai amalan syirik kecil kerana bagi seseorang yang sudah dihinggapi sifat ini ibadahnya tidak lagi ikhlas untuk mendapat keredaan Allah, sebaliknya menempatkan insan lain sebagai tandingan bagi Allah kerana amalnya bertujuan menarik perhatian insan itu.

Justeru, riak bukan sekadar boleh menyebabkan seorang terjebak dalam dosa, ia sebenarnya boleh menyebabkan amalan tidak diterima Allah. Imam Ibnu Taymiyyah berkata: “Sesungguhnya bagi seseorang yang bersikap riak dalam ibadah, bukan saja ibadahnya batal, malah dia turut mendapatkan dosa daripada perbuatannya itu yang dianggap syirik kecil.”

Apabila suatu amalan dilaksanakan dengan ikhlas kerana Allah, ia akan diterima oleh-Nya. Sebaliknya, apabila amalan diniatkan untuk mendapat perhatian, pujian atau meraih keuntungan duniawi, maka ia tidak diterima Allah.
Ini halangan bagi mereka yang membuat ibadat, kalau tidak buat langsung camna?? Lagi laa kan..

Amal kita hanya akan diterima sekiranya memenuhi 2 syarat iaitu IKHLAS SEMATA-MATA ALLAH DAN MENGIKUT SYARIAT…
Ilmu ikhlas sangat tinggi tambahan lagi untuk menjumpai org ikhlas di zaman ini…macam dalam cerita ‘kiamat sudah dekat’….

Tetapi…Jika seseorang pada asalnya berniat mengerjakan ibadah ikhlas kepada Allah, namun kemudian perasaan riak itu datang secara tiba-tiba dan dia berusaha menghilangkannya, keadaan itu tidak menyebabkan amalannya ditolak Allah…(ustaz)

Riak adalah duri dalam daging yg mnyusahkan kita…berusahalah kita sama2 supaya tulus ikhlas dalam menyembah-NYA…

p/s : ia tersembunyi tapi sangat berpengaruh..

ARTIKEL INI DITULIS OLEH CO WRITER MERANGKAP MEMBER AKU YANG SELALU BAGI DORONGAN KAT AKU= Hamba ALLAH..

P/s: aku cuma nak tambah sikit..andai kita tgh buat satu ibadat contohnya solat, pastu datang lintasan dalam hati yg mengatakan kita sedang berlaku riak..jgnlah dilayan lintasan2 hati seperti itu kerana ia adalah dari syaitan...yg jadi riak ni bila kita benar2 berlaku riak dan menunjuk2 dalam apa juga ibadat...agar kita dipandang alim dan sebagainya..contohnya kita saje2 niat nak tunjuk alim depan org..Wallahua'lam..

Thursday, August 13, 2009

Sedikit Peringatan

Pernahkah kita menggunakan kemudahan2 surau atau masjid utk kegunaan sendiri? ini termasuklah menggunakan sumber elektrik di surau atau masjid utk mengecas telefon bimbit, laptop dan sebagainya? sengaja pergi surau atau masjid utk tidur dan pasang kipas..dan sengaja pergi ke surau atau masjid utk buang air dan sebagainya...

ape yg aku sebut ni adalah sengaja pergi ke masjid sedangkan tempat lain masih ada..ada ulama yg mengatakan bahawa tindakan seperti itu dikenakan kafarah(denda)..bukannya berat pun denda tu..cuma kita kena hulurkan sumbangan ke dalam tabung yang disediakan di surau atau masjid...

Jgnlah kedekut sangat nak hulur..hanphone berharga beribu2 ringgit tapi nak hulur seringgit dua pun berat hati..mmglah kita cas handphone xsampai satu ringgit tapi ape salahnya kita bagi sumbangan..

Ini yg org zaman sekarang kurang paham...masjid dan surau bukan tempat cop duit..ia juga memerlukan sumbangan utk keselesaan kita semua...utk kemudahan pengunjung2 lain juga..jadi xperlulah nak berkira sgt utk menghulurkan sumbangan...


P/s: mmg ada soket dan plag dan pili air kat surau atau masjid..tapi kita jgnlah salah guna kemudahan tu..klu nak guna xsalah...cuma bglah sumbangan sket...huhu..

Wednesday, August 12, 2009

Siri Israk Mikraj 2

Assalamualaikum...
Disini saya ingin berkongsi ilmu dengan anda tentang apa yang saye peroleh ketika mendengar syarahan agama bersempena Isra’ Mikraj lalu. Ade la seorang kawan yg menyuruh saye share disini..(hady83 aka admin)..

Peristiwa Isra’ Mikraj dimana Nabi Muhammad saw naik ke langit, bertemu JIbrail dan memohon kepada Allah sehingga solat yang wajib umat Islam tunaikan menjadi lima waktu sehari dari jumlah asalnye sebanyak 50 waktu..bayangkanlah jika kita disuruh menunaikan solat sebanyak 50 waktu sehari sedangkan solat lima waktu pun adakalanya kita tertinggal juga..Nabi Muhammad melakukan ini adalah untuk memberi kesenangan kepada umatnya juga diseluruh dunia..

Berbalik kepada syarahan agama tersebut, ketika nabi dalam perjalanan naik ke langit, terdapat seorang perempuan tua yang menegurnya dan bertanya kemana baginda hendak pergi..lalu nabi tidak melayan pertanyaan dan meneruskan perjalanannya..tetapi Nabi sempat memandang kearahnya dan melihat wanita tersebut mamakai perhiasan emas yang banyak lalu baginda bertanya kepada Jibrail mengenai wanita tersebut.. Jibrail pun berkata bahawa wanita itu adalah seorang yang begitu cintakan dunia dan sayang untuk tinggalkannya..maknanya disini, Jibrail menyamakan ia dengan perhiasan yang dipakainya, dimana kehidupan sehariannya adalah semata-mata kerana dunia dan tidak kerana bekalan akhirat kelak.

Kupasan syarahan agama tersebut adalah mengenai wanita..bagaimana mereka boleh masuk syurga..dan apa yang disuruh dan dilarang oleh Allah SWT. Kaum wanita adalah kaum yang mudah untuk masuk syurga akan tetapi banyak juga yang masuk neraka.

Antara yang boleh membuatkan seorang wanita dijanjikan syurga oleh Allah SWT adalah:

1) Berbuat baik kepada anak-anak yatim
2) Berbuat baik kepada orang miskin
3) Menjaga solat
4) Menjaga aurat
5) Menjadi isteri solehah

Tetapi Allah swt juga menguji hambanya melalui dua perkara iaitu kemuliaan dan kenikmatan.. apa yang diperkatakan dengan perkara tersebut adalah melalui amalan kita seharian..Adakah kita bangga akannya? Kemuliaan yang ada dalam diri kita, adakah kita akan merasa bangga dengannya atau pun sentiasa merendah diri..Apabila seseorang memuji kita, apakah perasaan kita? Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh diri kita sendiri. Begitu juga dengan kenikmatan dalam mencari rezeki..jika kita mempunyai harta yang banyak, adakah kita akan mengeluarkan zakat keatasnya..
Inilah yang dikatakan sayangkan dunia..apabila seseorang itu mula lupa akan kewujudan Allah swt..melebih-lebihkan dunia walhal dunia adalah kediaman sementara sahaja sementara menunggu akhirat kelak...
Diharap apa yang disampaikan dapat memberi satu pengajaran kepada kita semua..selamat membaca..

hady83 aka admin ok ke? Too short or too long...well that’s all..bye

ARTIKEL INI DISUMBANGKAN OLEH RAKAN SEPERJUANGANKU MERANGKAP CO WRITER BLOG NI = NASMA.


P/s: kita ni duk main sambut je israk mikraj tapi bila ditanya tentang israk mikraj, kita hanya boleh jawab pasal kewajipan solat dan nabi dinaikkan kelangit...tapi kita seolah2 xmahu mengambil pengajaran darinya...malang sungguh bagi umat islam akhir zaman..

AKU DAN DOSA2

Dunia adalah syurga bagi yg kafir dan akhirat syurga bg muslim....
gelora hidup dunia akhir zaman amat dasyhat dan aku sentiasa lemas dlm kehidupan ini..." umat akhir zaman setiap saat membuat dosa " aku sangat setuju tanpa ragu2...sungguh dasyat..tapi kita selalu sedar hanya untuk 2 saat keinsafan dan hampir 24 jam adalah dosa2 sahaja..
kita tahu solat sunat taubat adalah untuk pendosa2...so dalam erti kata lain setiap saat jugalah kita perlu sembahyang sunat taubat..btol?

Dimanakah aku?? peringkat2 dosa2 dlm kehidupan..adakah aku masih mmpunyai iman?

Dosa Peringkat Pertama

Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik ke dosa peringkat kedua.

Dosa Peringkat Kedua

Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya. Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang.

Dosa Peringkat Ketiga

Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya.
Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak. Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi". Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat.

Dosa Peringkat Keempat

Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN. Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri.

Oleh itu, hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat-cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang-orang yang bertaqwa disisi Allah.

Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya Islam yang lengkap ini." Rasullullah menjawab."Ya, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang Islam yang lengkap." Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut". Rasulullah menjawab,"Hendaklah kamu cari ulama-ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya."

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).


p/s: pahit dahulu manis kemudian

ARTIKEL INI DITULIS OLEH CO WRITER MERANGKAP MEMBER AKU YANG SELALU BAGI DORONGAN KAT AKU= Hamba ALLAH..


P/s: Semoga kita sama2 muhasabah diri dan tentukan kita diperingkat yg mana...

Monday, August 10, 2009

Muslim Vs Mukmin (baru aku faham)

Muslim= org yg mengucap dua kalimah syahadah yg mengakui tiada tuhan selain ALLAH dan Muhammad itu rasul@pesuruh@penyampai ALLAH...umumnya dikenali sebagai org Islam.

Mukmin= org Islam yg semasa hidupnya melakukan perintah ALLAH dan RASUL dan meninggalkan segala larangan ALLAH dan RASUL...umum dikenali sebagai org Islam yg beriman.

Beza antara dua istilah itu bagai langit dengan bumi bagi mereka yg betul2 memahaminya...tidak dipanggil beriman org Islam jika tidak mengikut perintah ALLAH..tapi tetap dipanggil sebagai org Islam selagi tidak murtad atau melakukan perkara yg mmbatalkan iman atau membatalkan syahadah...

Dalam dunia ni..seseorang tu dah dianggap bertuah jika dikurniakan dengan nikmat Islam dan Iman...kita bertuah jadi org Islam kerana hanya Islam agama yg benar disisi ALLAH..jika lebih bertuah lagi jika kita termasuk dlam golongan org2 yg beriman yg sudah pastinya mendapat kerahmatan dan kemuliaan disisi ALLAH...

BERIMAN BERILMU BERAMAL...nak tambah darjat kita disisi ALLAH, kita kena menjadi org yg BERIMAN, bukan itu sahaja, kita juga perlu mempunyai ilmu khususnya ilmu2 tentang agama Islam...tidak cukup dengan itu, kita mesti beramal dgn ilmu2 yg kita ada...

Contohnya org islam(muslim) yg mahu menunaikan perintah ALLAH(solat) dan belajar tentang cara2 solat yg sempurna(ilmu) dan kemudian menunaikan solat dgn sempurna (amal). tidak cukup jika kita hanya muslim, tapi tidak mahu belajar tentang Islam, dan tidak mahu mengamalkan ajaran2 dalam Islam...

Zaman sekarang kita dpt lihat perbezaan ketara antara ISLAM dan IMAN...kita tahu samaada seseorang itu hanya Islam pada nama tapi tidak betul2 beriman...kita juga tahu seseorang itu Islam pada nama dan pada masa yg sama beriman...aku paling suka guna contoh tidak menutup aurat...kerana ia paling jelas dan dah jadi fenomena biasa...ia bukan tersirat tapi tersurat...jelas kita dpt lihat jika seseorang itu tidak menutup aurat...

Pergi je kat mana2 negara Islam dan tempat tinggal org2 yg mengaku Islam...kita akan dpt lihat ada dikalangan org2 yg mengaku islam ni tidak menutup aurat dengan sempurna, sengaja tidak menutup aurat...tuntutan menutup aurat ni bukan ditetapkan oleh mana2 udang2 yg dicipta makhluk...tapi tuntutan menutup aurat ni adalah PERINTAH DARI PENCIPTA KITA(ALLAH SWT)...yg pelik bila kita sesama Islam ni nak tegur atau beri nasihat, mcm2 hal yg xbaik akan berlaku...aku pun dah cuba macam2 cara...hingga sampai satu tahap aku hampir putus asa...

SEKARANG BARU AKU PAHAM kenapa hati aku xpernah nak redha atau gembira bila tgk org2 Islam xtutup aurat...ini adalah salah satu nikmat dari ALLAH...kerana bila aku lihat org2 Islam xtutup aurat, aku akan berdoa agar ALLAH memberikan petunjuk dan hidayah pada mereka agar menutup aurat...ini kerana, mendoakan perkara2 yg baik bagi org lain adalah satu dari tuntutan dlam Islam...termasuk dlm AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR.

AMAL(buat) MAARUF(baik) NAHI(cegah) MUNGKAR(kemungkaran)...xsempurna Iman jika kita hanya berbuat baik tapi tidak mahu mencegah kemungkaran...selagi kita tahu adanya kemungkaran berlaku, kita WAJIB cegah samaada dgn kuasa, dgn mulut dan dgn hati(selemah2 IMAN)...jgn pulak kita memandai2 mengasingkan diri ditempat jauh dari org utk beribadat semata2 dan tiada usaha langsung utk mencegah kemungkaran...

Dapat mendoakan agar mereka yg masih dibelenggu dgn kemungkaran adalah suatu anugerah dari ALLAH...bygkan jika kita langsung xkisah akan kemungkaran yg berlaku, apakah yg akan berlaku pada dunia ini...kita lihat seorang perempuan diganggu oleh sekumpulan lelaki tapi kita tidak mengambil apa2 tindakan kerana perempuan itu bukan ada kena mengena dengan kita...Pada satu ketika yg lain, giliran anak perempuan kita yg diganggu oleh lelaki2 gatal, kita tidak ada ditempat kejadian, anak kita menjerit meminta tolong tapi tiada siapa pun yg mahu menolong kerana anak kita tidak ada kena mengena dgn mereka..apa akan jadi pada dunia jika ini berlaku?

Kesimpulan utk kali ini, tidak cukup mengaku islam tapi tidak beriman...tidak beriman jika kita redha dengan kemungkaran yg berlaku disekeliling kita( contohnya kita lagi suka melihat perempuan2 berpakaian tidak menutup aurat berbanding perempuan2 yg menutup aurat dengan sempurna)...tidak beriman jika kita anggap org yg menutup aurat dengan sempurna tu hendak menunjuk2 dan hendak berlagak baik..tidak beriman jika kita anggap pakaian menutup aurat yg longgar2 dan tidak menjolok mata tu sebagai diskriminasi terhadap kebebasan wanita...

P/s: InsyaALLAH jika panjang umur aku akan sambung lagi bab ni..klu bukan aku, aku mintak co-writer utk huraikan dengan lebih lanjut...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...