Rakan Seperjuangan

Monday, August 31, 2009

Hari Ini Merdeka









Sebelum tu aku nak buat pengakuan...aku ni mmg tidak patriotik langsung pada negara ni...aku xkisah langsung hari ini merdeka atau tidak...entahla..apa yg ada pada hari merdeka? bg mengenang peristiwa Malaya diLEPASKAN dari British secara RASMInya pada 31hb Ogos 1957...

Bagi mengenang pengorbanan mereka yg berjuang menuntut kemerdekaan dari British..agar kita diberi kuasa utk memerintah sendiri..ada menteri2 kabinet dari kalangan rakyat kita sendiri..kita sendiri ada kuasa utk menentukan hala tuju negara...Well..itulah erti merdeka kot bg aku yg tidak patriotik ni...

Aku tidak begitu taksub pada hal2 negara ni...kerana pasal taksub pada negara nilah yg menyebabkan umat islam berpecah2 dan berpuak2...kita kat malaysia xberapa nak ambil kisah jika umat islam dinegara lain ditindas..umat islam di Palestin disembelih, umat islam di negara2 selain dari negara kita dizalimi dan sebagainya...kita hanyalah mmpu mengutuk je tindakan mereka yg menindas umat islam...dlm masa yg sama kita masih meneruskan hidup seperti biasa...pasal yg menderita tu bukan rakyat negara kita...mereka rakyat negara lain...kita baca paper dan tgk tv pasal kekejaman israel, kita pun ckp..kejam sungguh israel ni..pastu berakhir disitu jelah...ibarat kita ni tgk drama atau tgk filem...masa tgk tu mmg sakit hati dengan penjahat dlm drama atau filem tu..tapi lepas dah tamat cerita..kita pun kembali kepada hidup kita yg biasa...

Tidak dinafikan negara mmg penting...Nabi dulu pun ada negara...tapi negara zaman dulu xde imigresen..xde passport..xde visa dan xde pulak hak istimewa pribumi...xmacam sistem negara sekarang ni...dlm Islam hanya ada satu, KITA UMAT ISLAM ADALAH BERSAUDARA...xkiralah dari mana datangnya...ia melampau batasan negara...

Sekarang ni dah lain...kita duk sibuk nak sambut negara kita merdeka, tapi adakah dalam masa yg sama kita ambil masa nak pikir pasal umat islam kat negara lain yg mati2an nak merdekakan wilayah depa dari negara2 bukan islam yg menuduh pejuang2 islam ni pengganas? pengganas pasal nak merdekakan diri dari negara bukan islam? pejuang islam yg tuntut kemerdekaan seperti ni filipina, aceh, chechnya, khasmir, selatan thai, dan byk lagilah yg mahu merdeka...adakah kita ambil tahu? dah tentu tidak..kita pun sama2 labelkan saudara seagama kita ni pengganas...pengganas pasal xtaat pada pemerintah bukan islam yg tenteranya suka2 hati tembak org islam dlm masjid..hehe...

Tapi xpelah...mereka tu bukan warganegara kita...contoh paling terbaru adalah noordin mat top...org johor yg jadi penjenayah paling dikehendaki...pasal jadi perancang pengeboman di indonesia...mereka bukan nak tangkap hidup2..tapi nak bunuh terus noordin mat top ni...mmg xnak dibicarakan langsung kot..hehe..btw...aku ni sape yg nak pertahan nordin mat top ni?aku cuma pikir xadil jika presiden bush tu xdibicarakan sekali pasal dia telah menyerang iraq dan afghanistan..berapa ramai yg mati..tapi dia xde pulak kena bicara...klu org islam yg buat...maka satu dunia kutuk termasuk umat islam sendiri...konon islam xajar keganasan, islam xsuruh itu, islam xsuruh ini...ini bukan ajaran islam...

Dah jauh menyimpang ni..tapi aku cuma nk ckp..xsalah nak sambut merdeka..tapi penah ke kita pikir yg kita ni betul2 dah merdeka? sedangkan perlembagaan negara yg digunapakai sekarang ni adalah syarat utama British kenakan pada kita jika kita nak merdeka...British sanggup beri kita kemerdekaan, dengan syarat Perlembagaan negara digubal oleh British...sedihnya sampai dah 50 tahun lebih pun kita masih duk junjung perlembagaan tu...siap bangga2 lagi..nak pertahan sampai mati...hahaha...ini ke merdeka? perlembagaan sendiri pun xleh buat..dulu org duk kutuk malaysia xreti nak buat enjin kereta sendiri...sekarang dah ada enjin sendiri..tapi perlembagaan sendiri masih belum ada...

Paling malang adalah tema merdeka tahun ni...1malaysia...aku bukan nak kata...tapi kat negara israel pun ada slogan tu...oneisrael...dulu kecoh dengan wawasan 2020..pun kebetulan dgn israel 2020...kebetulan yg menarik kan? dahla bendera pun mcm bendera amerika klu tgk dari jauh..lagu negara pun bunyi mcm lagu ciplak je...tapi xkisahla kan..bg org yg xkisah...bersyukurlah negara ni aman dan bebas dari segala ancaman musuh...ancaman musuh?hehe..musuh xpakai senjata..musuh pakai cara halus je...

Perdana menteri British yg dulu2 dah ckp dalam persidangan depa..masa tu malaysia belum merdeka lagi kot...sambil memegang kitab suci al Quran...dia mengatakan, selagi umat Islam berpegang pada ini(AL Quran), selagi itulah kita xde harapan nak mengalahkan mereka...pasal tu sekarang ni kat negara kita dan mana2 negara umat islam yg lain...Al Quran dipandang sepi..ia hanya menjadi kitab suci...umpama barang berharga dlm muzium yg dipamerkan dlm bekas kaca kalis peluru yg diawasi oleh penjaga setiap masa..tapi xde sorang pun yg mmpu sentuh dan guna..Al Quran pun sama, kita hanya baca saja, pastu peluk cium..letak tempat elok2..tapi kandungan dia kita xguna pun..xambil iktibar pun..sorry to say, mmg xde niat nak memahami Quran..

Dalam Al Quran dah tetapkan hukum2 jenayah dan sebagainya..tapi kita tetap gunapakai hukum dari British..MERDEKA APE NIH?kita sendiri xkisah jika anak2 muda xreti baca Quran...tapi kita pantang bebenor jika anak2 muda xreti berbahasa Inggeris...kita pantang terlepas tiket konsert, bola, wayang, teater jika yg datang tu dari negara2 org putih...tapi kita langsung xkisah jika kita dah lewat dan melepasi waktu solat...xkisah langsung jika terlepas kuliah bulanan atau mingguan yg diadakan kat surau tepi rumah kita...kita pantang jika terlambat beli atau terlupa beli majalah hiburan, gosip, fesyen terbaru...paling pantang bila belum sempat baca tapi tertinggal kat bustop, cafe dan sebagainya...tapi kita xkisah jika rumah kita xde satu pun naskhah al Quran...naskhah yg xperlu dibeli setiap bulan tu...ini ke merdeka?

Kita pun pantang jika xdengar atau xsempat nak hafal lagu2 terbaru dari artis barat...tapi adakah kita pernah ambil kisah jika surah2 pendek pun kita xhafal...bukan nak suruh hafal satu Quran...tapi surah2 pendek pun xmau hafal..tanpa rasa menyesal pulak tu...dahla sepotong hadis pendek pun susah nak hafal...tapi klu bab lagu2...mmg hebat...siap ada rancangan "jangan lupa lirik"...klu ada rancangan "jangan lupa hadis"...itu dah kira bagus...hehe...

Nama2 artis cair dimulut..cuba tanya nama2 nabi dan susunannya dari 1-25...entah2 nama2 malaikat yg 10 tu pun xlepas..itu belum lagi tanya susunan bulan2 islam?hehehe...klu ditanya tarikh lahir sendiri dlm tarikh islam pun xtahu...hahaha...ternyata agenda utk memisahkah umat islam dari AL Quran dah berjaya...xperlu jajah negara...cuma perlu jajah pemikiran je..segala yg datang dari mereka tu adalah baik, terkini, sensasi, dan bertamadun...klu ikut agama, nnti jadi mundur, xmaju, menyusahkan, zalim dan sebagainya...
MERDEKA dari sudut pandangan Islam adalah MEMBEBASKAN DIRI DARI PERHAMBAAN KEPADA SESAMA MAKHLUK KEPADA PERHAMBAAN HANYA KEPADA ALLAH S.W.T…ini bermakna merdeka itu bukan hanya bebas dari penjajah bangsa asing dan agama asing..tapi juga merdeka bermakna kita ini tidak lagi menghambakan diri kepada manusia baik dari segi fizikal, mental, ideologi dan sebagainya…merdeka dlm islam adalah seperti seorang hamba yg dibebaskan dari tuannya tetapi masih perlu mengikut perintah ALLAH..Cuma hamba itu tidak lagi perlu patuh kepada bekas arahan tuannya…apa guna hamba itu dimerdekakan tapi masih takut nak melawan bekas tuannya…masih lagi bernaung dibawah bekas tuannya…pasti hamba itu belum betul2 merdeka…nama saja merdeka tapi masih melakukan kerja2 utk bekas tuannya…

Begitulah serba sedikit tentang ERTI MERDEKA dari sudut Islam…dlm konteks Negara, merdeka ini bukan hanya kita tidak lagi dijajah oleh bangsa asing…tapi kita juga bebas untuk mengamalkan ajaran Islam tanpa perlu berasa risau akan kemarahan bekas penjajah kita…timbul pulak persoalan bahawa Negara ini bukan 100% rakyat beragama Islam…kenapa nak sangat buat Negara ini macam Negara Islam? Nnti akan timbul huru hara…


Itu adalah pandangan sempit tentang ajaran islam…takut nak laksana hukum hudud pasal nnti timbul ketidakadilan pada org bukan islam…aku malas nak hurai kat sini..dah berbuih mulut ulama2 duk hurai…ape aku nak tegaskan..negara MADINAH juga di MERDEKA kan oleh Nabi kita..bukan kerana Madinah itu dijajah oleh bangsa parsi dan rom…tapi dimerdekakan madinah itu dari sikap2 jahiliyah puak2 arab yg berpuak2 dan berpecah belah…memerdekakan puak2 arab dari menjadi hamba kepada sesama manusia kepada menghambakan diri hanya kepada ALLAH S.w.T…nnti pasti ada org bertanya bahawa pada zaman nabi,,hamba masih wujud..tapi sistem perhambaan cuba dihapuskan dengan cara paling berhemah..iaitu ada syarat nak tebus kesalahan adalah dengan memerdekakan hamba…anak yg lahir dari bapa yg merdeka adalah merdeka meskipun ibunya hamba…dan banyak lagilah…nabi xlarang terus perhambaan tapi ajaran islam yg dibawa oleh nabi kita amat sempurna…contohnya larangan meminum arak yg diturunkan secara berperingkat2…begitu juga sistem penghapusan hamba…secara berperingkat2…


So, mari kita bertanya pada diri..adakah diri kita sudah merdeka? Adakah Negara kita sudah merdeka? Adakah Negara kita tidak lagi mengikut telunjuk barat? Adakah undang2 dinegara kita tidak mengikut undang2 dari penjajah? Adakah kita masing mengagung2kan bahasa penjajah? Adakah kita memandang rendah pada bangsa sendiri? Adakah yg datang dari barat tu semuanya baik dan patut diikuti? Muzik mereka, filem mereka, fesyen mereka, gaya mereka, bahasa mereka dan tidak kurang juga agama mereka..adakah kita bangga jika kita mampu mengikut cara2 mereka?


Pokok pangkalnya aku bukan xsayang Negara ini…Cuma aku xmahu tgk Negara ini terikut2 dgn cara barat…kita dah jadi Negara yg xkisah tentang ape yg berlaku pada negara2 jiran kita…meskipun sesama Islam..tapi kita masih xanggap mereka saudara seagama kita kerana batasan Negara…justeru xhairan dikala umat islam dinegara lain ditindas..kita tidak mampu nak berbuat apa2…bukan kata nak hantar tentera..nak hantar bantahan pun susah…bukan xbantah langsung..tapi sekadar hantar surat bantahan je..tapi hidup masih diteruskan macam biasa…semangat nak boikot pun xbertahan lama…kita tetap bangga berkonsert disitu berpesta disini berfiesta di sana berhibur disini…kita xpenah pun ambik masa nak pikir andai suatu hari nnti Negara kita maybe akan mengalami nasib yg sama…


Bagi muda mudi..golongan ini yg paling mudah dirosakkan…dibekalkan dengan segala mcm gejala dan hiburan..pergaulan bebas adalah lumrah..institusi keluarga yg porak peranda adalah lumrah…tgk saja filem2 malaysia..klu xbuat pasal cinta, mesti buat pasal hantu..klu xbuat pasal cinta dan hantu, pasti ia berkisar tentang lawak2..pendek kata..mesti ada cinta…so, rakyat pun xde nak pikir lain selain dari bercinta dan kawin..masa belajar, cari pasangan, pastu mula kumpul duit utk kwin..itu jelah…kurang sangat cerita2 pasal nak bela Negara, nak bela agama dan filem yg menaikkan semangat…lagu2 pun sama hampeh..mesti tangkap leleh punyer…klu xtangkap leleh..tangkap muat..xde makna langsung melainkan sedap didengar..langsung xleh wat iktibar..ape lagi nak menyedarkan org…


Penatla menulis panjang2 ni..bukan ada yg nak baca pun…tapi klu ada yg baca sampai sini..mmg aku respek la..hahaha..aku Cuma nak mengajak org berfikir tentang erti merdeka yg sebenar…bukan hanya tarikh nak mengingati british member kuasa pemerintahan pada rakyat Negara ini..tapi merdeka yg aku mahu adalah merdeka dari segala unsur2 negatif yg buleh mengganggu gugat Negara ini..isu dadah, rasuah, dedah, murtad, arak, dan sebagainya..


(aku ada pendapat lucu pasal perjuangan tokoh dahulu…depa ni mati2an menentang penjajah jepun, komunis, british, belanda, portugis dan sebagainya…tapi depa pasti menyesal tgk kita dah jadi kawan baik dan kamceng dengan golongan yg tokoh2 dahulu tentang mati2an ni…adakah depa ni mati sia2? Pasti depa xmati sia2 jika depa tentang tu kerana nak pertahan agama Islam…hehehehe)


P/s: sebelum aku ditahan dibawah akta hasutan..better aku stop kat sini dulu...hahaha...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...