Rakan Seperjuangan

Friday, August 28, 2009

Meriahnya Ramadhan







Masih di dalam minggu rahmat, 10 hari pertama dalam bulan Ramadhan. Terasa cepat masa berlalu. Di siang hari kebelakangan ini redup dan mendung mengiringi, yang memungkinkan betapa Ramadhan ini benar-benar diberkati. Hujan turun sesekali sekadar renyai membasahi bumi. Terkadang juga hujan lebat x tentu masa membuatkan perut yang kosong bertambah keroncong, sejuk.

Susana di masjid masih meriah dikunjungi makmum untuk berterawih berjemaah. Boleh dilihat diawal-awal ini jemaah masih setia berterawih bermakmumkan imam 20 rakaat. Jarang yg terawih 8 rakaat. Namun tidak menjadi hal samada seseorang itu mahu membuat 8 rakaat ataupun meneruskan bersama imam sehingga berakhirnya 3 rakaat witir. Habis solat, juadah ringkas yang dinamai 'moreh' oleh sebilangan masyarakat dijamah bersama-sama, mengeratkan lagi ukhwah sesama muslim. Terasa betapa ramadhan adalah bulan yang membawa rahmat. tersimpul 1001 hikmah di dalamnya.

Namun x kurang juga meriahnya bazaar ramadhan. Aneka juadah menanti untuk diborong pembeli. Dari makanan berat, hinggalah ke makanan ringan, pencuci mulut dan minuman. Semuanya ada. Malah ada jenis2 makanan tak pernah dijumpa semasa hari-hari bukan puasa ada di sepanjang Ramadhan. pelik. Tapi itulah juga satu daripada rahmat Ramadhan. Benar, bukan?

Jika difikir-fikirkan banyak lagi kemeriahan yang dapat kita saksikan sepanjang bulan ramadhan ini. Meriahnya majlis berbuka puasa contohnya telah menjadi kelaziman dalam masyarakat. Bertadarus al-Quran juga tidak kurang meriahnya walaupun ia berlaku dalam kelompok-kelompok kecil sahaja. Tidak lagi melihat pada promosi-promosi hotel yang menyediakan buffet berbuka puasa dengan pekej-pekej menariknya. Sungguh meriah, seolah sama macam meriahnya raya.

Namun, semeriah manapun kita lalui ramadhan, apa yang penting amalan kita itu benar-benar berkualiti untuk dipersembahkan kepada Allah. Apa yang kita lakukan pastinya mencapai piawaian keredhaan Allah. Beramal bukan kerana terpaksa, bukan juga kerana pandangan orang, jauh sekali jika beramal sehingga menimbulkan riak di hati. jika kita boleh meriah dalam perkara-perkara yang tidak berkenaan, maka kala ini sama-samalah kita memeriahkan ramadhan dengan menggandakan amal kita. Moga-moga puasa kita lebih baik daripada puasa kita di masa-masa lalu.

ARTIKEL INI DITULIS OLEH PENULIS JEMPUTAN MERANGKAP RAKAN SEPERJUANGAN AKU: EMI..


P/s: Bulan ramadhan dimana ALLAH telah membelenggu semua syaitan agar tidak lagi menghasut manusia dari lalai melakukan ibadat...tapi jangan salah anggap...tanpa syaitan pun manusia masih melakukan maksiat dan lalai dari beribadat...so, renung2kanlah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...