Rakan Seperjuangan

Thursday, August 20, 2009

Aku Sayang Semua (orang itu buat dosa, orang itu yg tanggung, org itu buat pahala, org itu yg dapat, tapi aku tetap mahu AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR)

Kenapa pulak entri kali ini mcm jiwang je...aku nak tukar genre blog ke?hahaha..bukan...sayang kali ini mmbawa maksud yg sangat mendalam...melepasi batasan agama bangsa dan negara...

Sayang disini bermaksud aku xsanggup melihat umat islam terutamanya yg depan mata aku terus dibelenggu kejahilan..justeru aku telah tekad utk mengubahsuai blog aku ni agar ia menjadi blog yg menyentuh soal2 agama semasa...paling tepat lagi adalah berkaitan dengan mazhab syafiee sahaja...dan sudah tentu ianya bagi mereka yg reti baca bahasa melayu dan mahu google atau search pasal hukum hakam agama...

Aku ni bukanla ustaz, bukan pula alim ulamak...namun aku sayang saudara seagamaku..aku xsanggup nak biar mereka terus tertanya2 atau tidak mempedulikan soal2 agama semasa menjalani hidup seharian...harapan aku sekurang2nya bila kita nak buat sesuatu, kita mengambil masa sejenak adakah tindakan kita itu tidak melanggar hukum syarak..sebelum melakukan sesuatu, apakah hukumnya disisi Islam.


Aku sayang disini bermaksud aku mengambil berat, tak ada niat langsung aku nak menunjuk2 dan berlagak alim...tapi kan hati ini cuma ALLAH je yg tahu..andai manusia tahu, maka senangla keje aku..xplu nak susah2 tulis kat blog ni..xpayah nak tebal muka nak dakwah kat org...nnti org sindir2, aku jadi marah...mana xmarahnya klu buat main2 pasal hukum hakam...

Aku sayang bermakna aku xsanggup nak bayangkan kawan2 aku, mmber2 aku diazab dlm kubur, diazab kat neraka kerana aku terlalu nak menjaga airmuka mereka dgn langsung tidak menegur mrreka dikala mereka buat kesilapan...sedangkan aku boleh cuba utk beri nasihat atau teguran...aku sedar hakikat hanya ALLAH yg mampu mengubah manusia...

Aku juga sedar bahawa ALLAH boleh memberi petunjuk dan hidayah kepada siapa yg dikehendaki..ALLAH juga boleh menyesatkan sesiapa yg dikehendaki...tapi aku juga sedar tugas aku sebagai khalifah yg ditugaskan utk memakmurkan bumi ini...tugas aku sebagai org ISLAM yg WAJIB AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR...DI WAJIBKAN atas setiap org yg mengaku ISLAM MENYERU KEPADA KEBAIKAN, DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN...

kat blog ni, aku xsuruh org melakukan kemungkaran, aku cuba sedaya upaya menyuruh org melakukan kebaikan...setiap manusia tidak lepas dari melakukan dosa tapi JANGAN jadikan ia satu alasan utk terus melakukan kemungkaran...

Aku sayang disini bermaksud aku harap aku sendiri dapat melihat kawan2 dan mmber2 dan saudara sesama ISLAM masuk syurga...ini xbermaksud aku gerenti masuk syurga, tapi sekurang2nya aku dah tunjuk jalan utk ke syurga...aku sendiri xtahu adakah aku mati dalam ISLAM aku KUFUR...tapi aku tetap selalu berdoa agar aku dimatikan sebagaimana aku dilahirkan (suci dari segala dosa)...

Aku sayang disini bermaksud aku cuba utk menyeru agar kita hentikan sikap tangguh menangguh utk bertaubat dan kembali ke jalan ISLAM...aku tahu ramai antara kita yg tahu benda yg dilakukan itu haram tapi masih lagi melakukannya kerana tidak mmpunyai kekuatan dan kesedaran utk meninggalkannya...

Aku sayang disini boleh diumpamakan seperti kita yg celik melihat seorang buta yg menuju kearah perigi dan logik akal kita sedar jika kita xbimbing atau tegur si buta itu, nescaya si buta itu akan jatuh dlm perigi...contoh aku ni agak kasar tapi tujuan aku ni tidak lain dan tidak bukan...utk menjauhkan org dari balasan azab yg pedih dan ngeri...sebelum nyawa sampai ke halkum, sebelum matahari terbit dari arah barat...

Aku sayang kerana aku tahu sehari di akhirat bersamaan 50 000 (lima puluh ribu) tahun dunia...di hari kiamat yang amat dasyhat hinggakan ada manusia yg sanggup terjun ke neraka kerana tidak mahu menanggung malu apabila segala dosa dan perbuatan mereka disaksikan oleh org lain semasa dihisab dihadapan ALLAH...

Kepada golongan berikut:

Perempuan: tutuplah aurat dan jagalah tingkah laku, peliharalah kehormatan diri dan tundukkan pandangan dan pelihara solat.

Lelaki: tutuplah aurat, pelihara solat dan hindarkan perkara syubhah dan jauhi amalan sia2 seperti memakai gelang, rantai, seluar pendek dan sebagainya

Aku sayang semua, sebab itu aku beri nasihat ini...hanya kerana ibu bapa korang xpernah larang atau tegur mcm aku tegur, xbermakna aku ni mengada2 dan cuba berlagak lebih baik dari mak bapak korang sume...ape yg haram tetap haram..xkiralah korang ni anak raja sekalipun..sekalipun mak bapak korang xpenah tegur korang bila korang xtutup aurat...dlm dunia mmg xnmpak ape2..tapi bila dekat2 nak mati..barulah kita tahu akan kebenaran janji2 ALLAH dan para rasul...sedangkan pada masa itu penyesalan sudah tidak ada gunanya...

AKu sayang bermakna aku xmau korang ni menunggu seru utk berubah..itu seolah2 korang ni lebih hebat dari nabi...nak tunggu seru konon...habis tu AL Quran depan mata tu utk apa? susah2 nabi berdakwah dan nabi kita ni sanggup bersusah payah kerana sayangkan umatnya...

Aku sayang bermakna aku mahu semua org kembali pada ajaran Islam yg sebenar dan menyeluruh..bukan hanya dlm bab solat puasa zakat haji...tapi juga dalam hal2 lain...hanya dunia saja tempat kita untuk beribadat..kat akhirat kita hanya akan dapat balasan..baik amalan kat dunia, baiklah balasannya kat akhirat...

"Pada hari akhirat, kematian atau 'maut' dijelmakan dalam bentuk kambing, berada diantara syurga dan neraka, kemudiaannya disembelih oleh malaikat maut. ini bermakna tiada lagi kematian selepas dari itu..ahli syurga hidup selama2nya dan ahli neraka pun kekal hidup dlam azab neraka selama2nya"

P/s: kat dunia ni, org2 yg menyeru pada agama akan selalu diketawakan dan dihina dan diperli, kat akhirat, giliran org2 agama ini yg mentertawakan penghuni neraka...ia termaktub dlam AL Quran...ketika itu ahli neraka mintak belas ehsan penghuni syurga tapi penghuni syurga menjawab permintaan itu tidak akan ditunaikan...aku sayang semua, jgn biar dunia ini menipu kita...ajal maut kita xtahu...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...