Rakan Seperjuangan

Wednesday, October 22, 2014

Entri ulung 2014

Assalamualaikum WBT...

Kepada pembaca sekalian...blog ini dah masuk dalam kategori basi kerana dulu hampir tiap2 hari ada posting baru..sekarang setahun sekali pun susah...kadang tu ada rasa nak menulis...tapi tak sampai ke sini..lebih kepada status panjang kat fesbuk dan komen panjang kat fesbuk...

Kepada yang post komen soalan dan kritikan...mintak maaf banyak2...aku dah lama tak meluangkan masa menjenguk blog ini...kalau dulu tiap2 hari aku memerhati trafik yang masuk dalam blog ini..sekarang aku gunakan blog ini utk rujukan sendiri..kadang aku dah lupa apa yang pernah aku taip..jadi aku search semula sebagai memperbaharui memori..aku pun tergamam dengan tulisan aku yang lama dan kadang2 hairan bagaimana aku mampu menaip sedemikian rupa...

Antara punca aku tidak lagi menulis disini adalah kerana aku tak dapat nak kawal emosi ketika menaip...aku risau nnti ada kenalan2 rapat yang terasa...aku tuju kat umum..tapi ada yang jiwa sensitif akan menganggap aku tuju direct kat dia...sampai satu tahap aku pernah menjadi bahan ejekan..tapi itu semua dugaan...

Blog ni aktif di zaman aku masih bergelar student dan termasuk dalam kategori pahlawan keyboard...sekarang dah kerja...walaupun kerja yang melibatkan komputer dan internet...namun blog ini masih bersawang...aku leka dengan medium yang lebih canggih seperti fesbuk..yang semakin hari semakin panas..

Kalau dulu aku rajin bagi komen tentang isu semasa...sekarang isu pegang anjing..beberapa tahun lepas aku pernah kupas isu bela anjing tetatkala ada sorang manusia berserban berjubah memeluk anjing..mendakwa memakai fahaman mazhab lain...masa tu fesbuk dan internet masih bertaraf eksekutif...sekarang fesbuk dan internet dipenuhi sampah...

Akhir kata...terima kasih pada mereka yang sudi mempromosi blog ini..mengklik butang share dan sebagainya...sayang sekali aku belum ready nak membalas komen2...kerana aku tgk komen2 tu ada yang berunsur negatif..bukan utk bertanya..tapi nak menganjing2 dan mencuba ilmu baru...sorryla..ilmu aku ni basic saja..nak yang tinggi cari tempat lainla ye..aku bukan ustaz pun...

Buat rakan2 blogger..teruskan perjuangan kalian...jangan biarkan media sosial terus dipenuhi sampah2...hmm..macam tagline orang je..xpela..janji niat kena betul...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...