Rakan Seperjuangan

Thursday, August 25, 2011

Lawak Ke Rahmat Ke Apa?

Dalam minggu ni aku ada tgk berita kat tv...pasal sorang rakyat malaysia dibawak balik dari peru...ditahan kat sana atas tuduhan jadi keldai dadah...seberat 5 kilogram....bukan 5 gram ye pembaca sekalian...5000 gram...yang mana kalau kat negara ini dah lama dah almarhum...negara ini amat ketat isu mengedar dadah ni...cuma yang tertentu je buleh lepas...kalau yang cikai2 mmg konfem almarhum...

Yang jadi lawak adalah kat sini beberapa gram je dah kena mati...kat sana ribu2 gram penjara xsampai 10 tahun...siap kita buleh bawak balik lagi...kita negara islam ke depa negara islam?yg xpatut hukum mati kena mati..yang patut hukum mati xkena mati...hmm...

Aku percaya jahat mana pun orang itu..dia ada alasan sendiri dan mesti dia nak berubah kalau diberikan peluang...aku asik tgk berita tv9...yang mati mostly pengedar dadah dan kebetulan pulak majoriti melayu islam dan nama pun jelas islam...rasanya banyak negara dah mansuhkan hukuman mati...tapi kat sini belum lagi..tapi aku caya akan datang mesti kena mansuh juga...


Dadah dan arak tu lebih kurang je kot..memabukkan..mengkhayalkan..cuma dadah tu efeknya lebih teruk...dan susah nak berhenti..mcm rokok jugak..klu diteliti..rokok pun haram..tapi penjual rokok xda pulak kena tangkap..bahan dalam rokok pun lebih bahaya dari dadah kot..cuma rokok tu efek jangka panjang..dadah ni efek jangka pendek...aku pun xsuke mat dadah..kat kampung aku pun ada...pendek kata sume kampung ada kot...dadah dulu xbahaya sangat...dadah sekarang ni yang bahaya..buleh jadi gila dan mati...

Akhir kata...aku cuma hairan perbezaan pandangan mengenai bahaya dadah antara negara...kat negara lain edar dadah tu lebih ringan hukuman dari jual mercun kat negara ni kot...hehehe..betulkan jika aku silap...

Wednesday, August 24, 2011

Sekadar Menceloteh

Segala nama khas akan diubah bagi mengelakkan hashtag atau google crawl.

Baru2 ini aku diperkenalkan oleh sorang mmber pasal rancangan baru dari astero perima yang bertajuk kumpulan mengaji...aku mula2 igt biasa2 je citer tu..ala..mcm citer kumpulan sekolah bas tu, kumpulan musolla, kumpulan jamuan lepas buka kat surau masjid dan mcm rancangan lain yang boring tu..

 Tapi dek kerana kebosanan nak tunggu berbuka...aku layankan juga lah...sekali tgk..aik..ini bukan rancangan kanak2..tapi rancangan dewasa..cuma pelakon je majoriti kanak2...malah kanak2 tu pun mcm terlebih dewasa dari yang dewasa...

Xtaulah apa motif pengarah citer ni..unsur komedi tu mmg ada...tapi kadang2 agak melampau kerana dalam surau, dan yang tok imam tu pun mcm pelik je...adik tok imam pulak menjadi aset kegilaan budak2 lelaki belum baligh? eh..ape dah jadi ni..yang pempuan pulak duk gilakan lelaki dewasa...eh...ini cerita ape sebenarnya ni..

 Fokus mengaji mmg sangat kurang tapi fokus bende lain mmg banyak...nak kata ianya menggambarkan realiti aku xberapa pasti lah..yang pasti ini adalah cerita yang kalu kanak2 tgk pun belum tentu paham...cuma orang dewasa yang dah baligh je buleh paham...itu pasal masuk saluran perima kot...hmm...

Ape nak jadi...agama pun orang buleh main2 buat lawak sekarang ni...telatah guru mengaji yang main iphone, guru mengaji xadil, anak murid gangster, imam yang melatah dalam tido...siap minat lady gaga lagi...haahaha...

Tak dinafikan mmg lawak citer tu...tapi ada certain bab tu agak sensitif bagi penganut agama Islam...sampai tahap perli pun ada...kalau boleh fokuskan isu pakaian pun dah cukup...nampak sangat tak ikhlas nak tolong naikkan martabat agama...scene jemur baju kat rumah xpakai tudung kepala sambil dihendap budak2 belum baligh tu pun nak highlight ke? kenapa xletak scene mandi dan berkemban sekali...kan realiti tu...

episod ke 13 dah masuk elemen mistik pulak dengan panggil penghalau hantu pulak..adoi..mmg aku xpatut komen rancangan kanak2..mmglah citer kanak2 sume xlogik...sume xmasuk akal...tapi klu dah masuk bab memperkecilkan agama...aku xleh berdiam lah...

P/s: Siapa lah aku ini...aku rasa aku sedang cuba mencegah kemungkaran dengan tangan(pasal taip guna tangan)...sekian..

Thursday, August 18, 2011

All About Puasa

Selamat sejahtera pada pembaca sekalian, sorry lah lama sangat xupdate blog ni...idea ada tapi masa untuk mengarang tak ada...perfect timing tu hampir xda langsung..ini pun aku mengarang kerana boss bercuti dan aku rasa aku nak skip kerja kerana tarikh submitnya lepas raya nnti...

Setiap hari khamis, tempat aku kerja sementara ni ada buat majlis baca yasin dan tazkirah...tapi bulan puasa ni lebih meriah sesi tazkirahnya...soalan2 pun banyak diutarakan...aku pun pernah tanya pasal hukum makan ubat tahan lapar ketika bulan puasa..ustaz tu jawab xda masalah..ianya sama keadaan makan ubat tahan haid semasa nak pegi haji dan umrah..walaupun ubat itu mengubah kebiasaan...aku tanya pasal mak aku yang kencing manis tu tiap kali puasa mmg xlarat nak bangun dah klu menjelang petang..itu pasal tahun ni dia makan ubat tahan lapar...tapi kesan ubat itu pada dia adalah dia rasa nak tido je memanjang...hmm..

Aku juga ada tanya tentang perkara makruh ketika puasa..kalau buat juga macam mana, adakah pahala kena tolak atau tidak...aku cuma nak kepastian je...kata ustaz itu..makruh ni klu kita tinggal dapat pahala..klu buat jugak xberdosa...

Minggu ini aku xda nak tanya apa2...cuma aku teringat bila dalam tazkirah tu..ada menyebutkan tentang kelebihan puasa yang mana pahala dan ganjarannya adalah hak ALLAH...kalau amal ibadat biasa...ganjaran pahala dan darjatnya adalah antara 1-700x ganda..tapi bagi ibadat puasa...tidak ada had..ALLAH tidak menetapkan had ganjaran bagi ibadat puasa...

Ini kerana kita terpaksa menahan nafsu kita lebih lama ketika berpuasa berbanding ibadat lain...contohnya ketika solat..kita hanya tahan nafsu nak makan paling lama pun 10 minit..lepas tu dah buleh makan macam biasa...tapi kalau berpuasa..kita terpaksa menahan nafsu makan selama berbelas2 jam..klu ihram pun kita menahan nafsu selama beberapa jam je..nafsu untuk bersama isteri contohnya...tapi bulan puasa...terpaksa menahan dalam tempoh yang agak lama...

Justeru tidak hairan lah jika tidak ada had ganjaran bagi orang yang berpuasa dengan sempurna...menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa itu tidaklah sukar tetapi menahan mata, telinga, dan mulut dari melakukan maksiat adalah lebih mencabar...bukak tv je...segala mak nenek ada dipaparkan..yang buleh menguruskan pahala puasa kita...bukak internet...lagilah kurus..pergi bazar ramadhan...semua deria terangsang...makin lama makin kurus pahala puasa...sampai buleh jadi tahap mendapat lapar dan dahaga semata2...


Kita kita tahu bahawa bulan ramadhan ini adalah bulan yang penuh keberkatan, nescaya kita mahu bahawa ramadhan itu berlaku sepanjang tahun..tapi ALLAH tahu kemampuan hambanya...diberikan kita ramadhan hanya sebulan je dalam setahun..itu pun dah ramai yang merungut dan xsabar nak tunggu raya...tanpa memikirkan bahawa bulan ramadhan ini adalah bulan pencuci hati, penghapus dosa dan sebagainya...

Bagi yang tak tahu atau tak pasti...pada bulan ini...amalan sunat akan diberikan pahala amalan wajib...manakala amalan wajib akan diberikan pahala 70x ganda..ya...tujuh puluh kali ganda...dan ianya hanya berlaku pada bulan ramadhan sahaja...tidak sah untuk bulan2 lain...tapi kita manusia mudah lupa ini mmg penuh dengan kelemahan tidak ada masa nak ambil port tu sume...kita cuma risau nak berbuka lauk apa, nak sahur makan apa...cuti raya start bila..baju raya berapa pasang, tiket raya dah ready, kuih raya dah tempah, lampu raya nak sambut 7 likur, lilin dan pelita raya...bila masjid dan surau nak buat buka puasa dan sebagainya...

Tidak keterlaluan jika aku kata bahawa bulan puasa sudah menjadi pesta makanan...bukannya pesta ibadat...mmg betul masjid dan surau akan penuh pada bulan puasa...tapi hanya permulaan je..bila dah 10 terakhir..makin renggeh la...lagi satu..bazar ramadhan ada dimana2..macam2 juadah ada..lebih ramai yang pergi bazar berbanding pergi masjid dan surau...betulkan jika aku silap...

Yang kaya dengan berbuka di hotel2..dari satu segi mmg bagus kerana mereka turut mengajak anak2 yatim dan orang2 tua berbuka sekali...tapi yang buffet dengan harga sekian2 tu lah yang aku kurang berkenan..kita bayar dalam 60 ringgit satu kepala..klu dihitung jumlah yang kita makan...15 ringgit pun xsampai...cuma menjamu mata je...disitu berlaku pembaziran...

Kena ingat salah satu tujuan puasa adalah untuk merasai penderitaan orang2 miskin yang xda makanan...tapi kalau berbuka kat hotel dan buffet tu...rasanya itu tidaklah menepati matlamat merasai penderitaan orang miskin..kerana orang miskin hari2 berlapar...dan tidak makan kat hotel dan buffet...jarang sekali makan yang sedap2...

Puasa ini patutnya menyedarkan kita bahawa kita orang Islam ni makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan...makan untuk hidup bermakna kita hendaklah makan makanan yang bersih dan halal dan dari sumber yang jelas dan tidak syubhah..kerana makanan dari sumber yang kurang baik akan mengakibatkan hati menjadi semakin gelap dan makin lalai untuk mengingati ALLAH...kita bukannya hidup untuk makan mcm orang2 agama lain..yang makan semua benda tanpa mengira halal dan haram...sesuailah dengan tema hidup untuk makan...tapi kita orang Islam ni makan untuk hidup..makan agar ada tenaga untuk beribadat pada ALLAH...

P/s: Cukuplah dulu setakat ini...entri seterusnya entah bila...siapa2 yang nak berkongsi pendapat atau nak postkan entri kat blog ini..aku mengalu2kannya..dengan satu syarat...jangan copy paste...hendaklah taip sendiri dan buat rumusan sendiri...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...