Rakan Seperjuangan

Friday, August 14, 2009

Riak Dalam Ibadat

Korang tak sedar ia lebih dasyat dari dajjal!!

Semestinya pernah anda mengalami saat ini…semasa anda sembahyang sorang2 kat bilik tu..mesti mengambil masa yg sekejap dan x lebih dari 3min kan?? Tetapi bila anda pergi surau n ada org ramai di situ sembahyang korang menjadi lebih lama dari biasa..kerna anda telah membaca bacaan dalam sembahyang dengan lebih teratur n maybe berlagu supaya ada org sebelah mendengar nya..

Pernah juga anda..berseorangan sembahyang hanya sekadar berpakaian ala kadar ckup2 makan jer skadar tutup aurat kan..tp apabila kt luar ke masjid terus berpakaian bersih suci murni menampakkan anda seorg yg baik atau alim….dengan ini anda akn dipandang baik oleh masyrakat kn?

Itu sumer RIAK!!!

RIAK- salah satu syirik kecil iaitu syirik tersembunyi

Riak ialah memperlihat atau menyempurnakan ibadat dengan tujuan mendapat pujian serta perhatian orang lain seperti solat dan puasa.
RIAK ialah penyakit hati yang paling ditakuti Rasulullah SAW menimpa umatnya kerana ia boleh berlaku dalam pelbagai keadaan, hatta ketika menunaikan solat yang sepatutnya dilakukan dengan ikhlas.

Kerisauan itu dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: “Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: “Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajjal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya kerana melihat seseorang memandangnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Riak juga berbahaya kerana meresap dalam amalan umat Islam dalam keadaan samar. Mereka yang dihinggapi penyakit riak tidak menyedari ibadah sudah tercemar kerana hilang keikhlasan.

Riak dianggap Rasulullah SAW sebagai amalan syirik kecil kerana bagi seseorang yang sudah dihinggapi sifat ini ibadahnya tidak lagi ikhlas untuk mendapat keredaan Allah, sebaliknya menempatkan insan lain sebagai tandingan bagi Allah kerana amalnya bertujuan menarik perhatian insan itu.

Justeru, riak bukan sekadar boleh menyebabkan seorang terjebak dalam dosa, ia sebenarnya boleh menyebabkan amalan tidak diterima Allah. Imam Ibnu Taymiyyah berkata: “Sesungguhnya bagi seseorang yang bersikap riak dalam ibadah, bukan saja ibadahnya batal, malah dia turut mendapatkan dosa daripada perbuatannya itu yang dianggap syirik kecil.”

Apabila suatu amalan dilaksanakan dengan ikhlas kerana Allah, ia akan diterima oleh-Nya. Sebaliknya, apabila amalan diniatkan untuk mendapat perhatian, pujian atau meraih keuntungan duniawi, maka ia tidak diterima Allah.
Ini halangan bagi mereka yang membuat ibadat, kalau tidak buat langsung camna?? Lagi laa kan..

Amal kita hanya akan diterima sekiranya memenuhi 2 syarat iaitu IKHLAS SEMATA-MATA ALLAH DAN MENGIKUT SYARIAT…
Ilmu ikhlas sangat tinggi tambahan lagi untuk menjumpai org ikhlas di zaman ini…macam dalam cerita ‘kiamat sudah dekat’….

Tetapi…Jika seseorang pada asalnya berniat mengerjakan ibadah ikhlas kepada Allah, namun kemudian perasaan riak itu datang secara tiba-tiba dan dia berusaha menghilangkannya, keadaan itu tidak menyebabkan amalannya ditolak Allah…(ustaz)

Riak adalah duri dalam daging yg mnyusahkan kita…berusahalah kita sama2 supaya tulus ikhlas dalam menyembah-NYA…

p/s : ia tersembunyi tapi sangat berpengaruh..

ARTIKEL INI DITULIS OLEH CO WRITER MERANGKAP MEMBER AKU YANG SELALU BAGI DORONGAN KAT AKU= Hamba ALLAH..

P/s: aku cuma nak tambah sikit..andai kita tgh buat satu ibadat contohnya solat, pastu datang lintasan dalam hati yg mengatakan kita sedang berlaku riak..jgnlah dilayan lintasan2 hati seperti itu kerana ia adalah dari syaitan...yg jadi riak ni bila kita benar2 berlaku riak dan menunjuk2 dalam apa juga ibadat...agar kita dipandang alim dan sebagainya..contohnya kita saje2 niat nak tunjuk alim depan org..Wallahua'lam..

4 comments:

ustazah dyLLa said...

btul 2 USTAZ...nk cri org2 yg btul2 ikhlas n jujur dizaman ni mmg payah...hnya ALLAH MAHA MENGETAHUI sikap keikhlasan n kejujuran hamba2NYA...

Admin said...

thats right...payah cari itulah yg jadi berharga...

CHELAH said...
This comment has been removed by a blog administrator.
hady83 said...

komen terpaksa delete pasal agak kontroversi...huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...