Entri ke 268: Aku nak kongsi sikit apa yang aku tahu pasal mcm mana nak jadi imam solat...dah puas mengelak kena tolak juga..nak tak nak kenalah jadi ye...
Niat: Macam biasalah..cuma part makmum tu tukar jadi imam...makmuman=>imaman
Bacaan: Eloknya bacalah doa iftitah sebelum al fatihah diikuti dengan surah pendek/ayat lazim selepas al fatihah.
Nada Bacaan: Bagi solat waktu siang, tidak ada masalah sangat kerana bacaan senyap, kalau maghrib, isyak dan subuh, bacaan kena berbunyi pada al fatihah dan dua surah/ayat lazim. Perlu diingatkan bahawa lafaz takbiratul ihram perlu jelas dan kedengaran oleh makmum, begitu juga takbir antara dua perbuatan, seperti takbir antara sujud dan duduk antara dua sujud...Lafaz iktidal pun elok jika kedengaran jelas oleh makmum di belakang.
Kelajuan bacaan: Elok sederhana, tidak terlalu cepat, tidak terlalu lambat.
Salam: Elok jika kedengaran oleh makmum dibelakang.
Doa: Elok jika lepas salam, istighfar 3-5 kali, diikuti bacaan al Fatihah. Pastu pusingkan badan kearah makmum..dan mula lah berdoa...
Itu sahaja lah kot yang basic/asasnya...Bukan susah sangat kan?
Kalau rasa bacaan kita tak berapa sempurna, jangan nak offer diri jadi imam solat yang memerlukan kita kuatkan bacaan al fatihah..melainkan kita tahu makmum kita tu bacaan mereka lebih kurang macam kita...Kerana tidak molek jika makmum mengikut imam yang bacaannya kurang betul...ada yang kata tidak sah...
Pertama sekali pastikan bacaan al fatihah kita sempurna dengan sebutan dan makhraj dan tajwidnya..kerana itu merupakan kesempurnaan solat...
P/s: Sesiapa yang ada nak tambah..sila tinggalkan komen..aku pun budak baru belajar..pasti ada salah silap...niat cuma nak kongsi ilmu...bertukar2 pendapat..ikut mazhab syafiee..kalau mazhab lain aku xmau campur..nnti jadi kes lain...hehehe...
No comments:
Post a Comment