Rakan Seperjuangan

Tuesday, June 5, 2012

Islam di Bollywood



Pernahkah anda melihat bagaimana agama islam dieksploitasi dengan negatif dalam kebanyakan filem bollywood…bagi mereka yang tak tahu india merupakan negara yang memiliki penganut islam yang agak ramai…pada zaman mereka mula2 merdeka dulu..umat islam mereka agak ramai sampai buleh buat satu negara baru iaitu Pakistan…jadi nak tak nak mereka mmg tak boleh nak lenyapkan terus imej islam di india…tambahan pula mereka pernah diperintah oleh pemerintahan mogul atau mughal selama beratus2 tahun…

Namun apa yang menyedihkan adalah pembuat filem mereka nampaknya tak berapa nak faham tentang umat islam…kat sana bukan tak ada ulamak, bukan tak ada mufti…tapi nampaknya agama islam tetap dipaparkan dan dikaitkan dengan isu negatif dalam kebanyakan filem mereka yang melibatkan agama islam…tidak cukup dengan memilih pelakon bukan islam untuk melakonkan watak islam…malah terdapat juga simbol2 yang berkaitan dengan islam mereka buat main2 saja…terutamanya bila ada rantai atau cincin yang tertera kalimah Allah dalam tulisan arab...bukan saja ia di buat seperti tangkal malah ia turut di pegang dan dibuat main2 oleh pelakon bukan islam…

Aku mula terasa nak tulis pasal ni bila aku menengok cerita yang tajuknya aku dah lupa…ia cerita tentang pemerintah mughal yang paling tersohor iaitu jalaluddin mohd akbar…ikut sejarah yang aku xpasti betul atau sudah ditokok tambah…raja yang beragama islam tu ada 4 isteri yang semuanya berlainan agama…dalam filem tu isteri pertamanya adalah hindu dan ada kuil lagi dibina dalam istana…gara2 nak tambat hati isterinya itu…dalam filem tu turut memaparkan ulama2 yang tak setuju dengan sultan dianggap pemberontak dan diusir…siyesla dalam filem tu mmg dah xberapa nak nampak kemurnian dan kesucian agama islam…walaupun heronya dipercayai orang islam…

Bertitik tolak dari filem tu..mula lah aku buat kajian santai aku…barulah dapat gambaran bahawa ia dah berlaku sejak dulu lagi...paling xbest tgk ialah nampak sangat stereotype imej orang islam…mesti pakai kain pelikat..baju panas sendat dan jarang…pakai celak tebal…pakai tangkal kat leher dan lengan…pakai kopiah lembik..pastu kebanyakannya adalah samseng kat kampung atau kongsi gelap kat bandar…paling xbest adalah jadi penjahat yang menentang hero…atau golongan yang menentang kerajaan..yang jadi pengganas…

Aku pun xpasti macam mana filem2 begitu buleh lepas kat sini…klu filem macam tu ada dibuat kat sini..gerenti kena gam…maybe lembaga penapisan xanggap ianya begitu membawa kesan kot…atau kesannya minima…tapi sedikit sebanyak aku yang menganut agama islam ni tetap rasa xbest bila lihat sentimen agama aku disalahgunakan…dah cukuplah Hollywood hentam islam…bollywood pun tumpang sekaki…

Mungkin ada yang beranggapan..ia Cuma filem rekaan je..xda kena mengena dengan situasi sebenar..tapi rasanya islam xpatut diletakkan begitu rendah sekali…klu mereka nak berbalah dan ugut tuhan mereka dlam filem pun lantaklah…tapi apa kes nak babitkan islam pulak…bila dah tahu orang islam xda patung…mereka cuba buat simbol jugak macam gambar bulan bintang, gambar kaabah, loket berukir yang ada tertera kalimah Allah dan sebagainya...

Aku pun ada jugak perhati hero2 yang ada khan tu bila berlakon..macam mana mereka berlakon bila kena berhadapan dengan patung hindu…mereka ni jarang buat eye contact dengan patung…kebanyakannya memalingkan muka dan badan dari patung…tapi ada jugak yang terbabas buat upacara terus…terutamanya bila scene keliling api…setakat ni yang aku perasan..dalam byk2 khan..Cuma salman khan je yang pernah berlakon scene solat…siap berwudhuk dan baca fatihah lagi..tapi dalam citer tu..dia adalah pembunuh upahan…bermain2 dengan anjing pun ada…mmg caca merba depa2 ni…islam pada nama saja…datuk khan tu lagilah..isteri hindu…kat umah dia ada satu sudut tu dia letak holy quran atas rehal cantik..tapi kat sebelah tu ada simbol hindu pulak…aku mintak2la satu hari nnti dia akan diberi hidayah dan insaf…bgitu juga dengan khan2 lain…harap mereka tak anggap cara hidup islam akan halang mereka dari cari makan…pasal yang beri makan tu bukan filem mereka tapi tuhan yang maha pemberi rezeki pada sume hambaNya tak kira islam atau kafir…

Harap2 jugak lepas2 ni dah xda filem2 depa yang memaparkan orang islam yang samseng,menyeleweng, ekstrem dan sifat2 negatif lain…apa dah xda idea sangat ke nak buat filem…yang aku pun satu hal membebel kat sini..bukannya mereka paham pun…xda lah..aku Cuma nak pembaca bukak mata luas2..terutama yang masih minat filem2 hindustan tu…aku mmg masih minat..Cuma xberapa best klu yang baru2 ni..seksi nak mampus..xda motif langsung scene seksi2 tu…aku lebih suka tema hero dan penjahat…bukannya tema cinta terhalang…hero lembik xreti bergaduh dan sebagainya…

P/s: Kalau nak mendalami islam…jgan jadikan filem hindi sebagai panduan…zman sekarang ni ustaz2 yang beri kuliah dan ceramah free ada bnyk…yang kat laman2 web pun banyak…download saja…klu xpaham tanya yang pakar…jgn nak pandai buat kesimpulan sendiri…


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...