Tahukah anda foto2 anda juga mempunyai aurat...sama seperti keadaan kita kat luar di dunia nyata ni...jika gambar kita xmenutup aurat, maka haram hukumnya dan sudah semestinya BERDOSA dan API NERAKA jika kita tayangkan pada org yang haram tgk aurat kita...
Tapi setakat yang aku tahu, ini tidak termasuk gambar kita pada zaman kanak2 yang majoriti tidak menutup aurat...jadi jika ada seorang mak cik yang tunjuk gambarnya pada masa dia kanak2 yang berseluar pendek, atau pakai lampin saja pun...maka hukumnya tidaklah jatuh haram...tapi jika mendatangkan fitnah tu lain pulak cerita, dah masuk bab lain..
Ini kerana kanak2 tidak dikira mendedahkan aurat jika nampak rambut atau berseluar pendek...tapi yang jadi haram adalah bila gambar2 kita yang sudah akil baligh dipamerkan pada org...contohnya kita tunjuk gambar kita yang pada ketika itu baru lepas spm tgh posing baeekk punya sambil pakai pakaian renang sahaja...time tulah baru jatuh haram...walaupun ia cuma gambar, tapi hukumnya tetap haram kerana ia mendedahkan kawasan aurat yang sepatutnya ditutup...
Aku dulu pun keliru, igt bila dah dewasa, maka gambar2 kita masa kecik pun xleh tunjuk kat org(gambar xtutup aurat)...jadi aku pun tanya orang yang lagi pakar dan berpengalaman dari aku...dia kata aurat gambar sama seperti diluar gambar...jadi xde masalah tunjuk gambar masa kecil yang belum baligh...yg jadi masalahnya dah tua pun xreti2 nak tutup aurat lagi...
Aku pun xreti dah nak tulis dengan bahasa lembut2...ni pun dah kira lembutla bagi aku...klu xsuke baca blog aku, sila pergi ke blog lain yang guna bahasa elok sket...tapi intipatinya sama je...
Aku cakap JOMLAH KEDARAH MENATANG NI...org lain cakap SILAKANLA MAKAN JUADAH INI...
Macam tulah perbezaannya gaya penulisan aku ni kot...tapi xpelah...niat aku cuma satu, untuk bagi peringatan pada diri aku dan orang2 lain juga...khutbah jumaat jika khatib baca lemah lembut, org akan tido...klu baca kuat2 dengan nada keras..baru org xberasa nak tido..tapi klu dah kaki tido tu tido jugak...
P/s: Ada hikmahnya Allah menyuruh umat Islam menutup aurat, anggaplah ia suatu tanda bahawa kita akan melakukannya kerana ALLAH...bukan kerana takut orang lain mengumpat...bukan nak tunjuk baik...tapi semata2 kerana itu SURUHAN yang WAJIB kita taati...amacam???lembut x nada aku ni?
No comments:
Post a Comment