Hari ini,16 Oktober 2009 bersamaan 27 Syawal 1430, pada ketika Khutbah Jumaat dibacakan, aku rasa ada banyak isu yang patut aku muatkan dalam blog aku...antaranya ialah ketidakseimbangan pembangunan mengikut Islam dan bila Islam dianggap sebagai satu ancaman serta bila yang hak dianggap batil, yang benar dianggap salah, yang halal jadi haram...
Namun aku cukup tertarik dengan hujah khatib yang menyebut pasal program Usrah yang dianjurkan oleh mahasiswa2 kat tempat aku belajar ni telah dianggap sebagai satu propaganda yang mengganggu gugat pemikiran mahasiswa...
Xtaulah cerita ini benar atau tidak tetapi pernah aku terbaca pasal satut program Usrah yang dianjurkan mahasiswa kat tempat aku belajar dan bekerja ini telah dianggap sebagai ancaman...maybe tidak mendapat permit, atau kononnya didalangi pihak2 luar atau mahasiswa2 tersebut adalah dari pihak pembangkang...
Tapi itu bukan isu sebenar yang aku nak sentuh disini, itu hanyalah contoh kecil betapa orang islam sendiri fobia atau takut dengan cara hidup Islam...kalau dulu hanya org bukan Islam yang tidak memahami tentang Islam sahaja yang fobia tentang Islam ni...TAPI SEKARANG, ternyata org Islam sendiri yang takut dengan nilai2 Islam yang SYUMUL(menyeluruh)...
Sedangkan majlis2 konsert dan nyanyian dan tarian dan sewaktu dengannya pula tidak ada yang menghalang, malah cukup berbangga jika majlis tersebut dihadiri oleh artis2 terkemuka tanah air..pertandingan nyanyian dan karaoke kat tempat aku belajar dan bekerja ini(ia merupakan satu institut pengajian tinggi awam yang agak popular akhir2 ini) diadakan saban tahun...tapi tidak pula dianggap sebagai perosak minda mahasiswa...
Pelik kan? macam mana program Usrah yang mengajak org supaya kembali pada agama itu dianggap satu ancaman...jelas org yang berfikir sebegitu adalah golongan yang fobia pada kebangkitan islam...senario paling malang bagi generasi baru mahasiswa yang akan datang...agak2nya nak pakai kopiah pun dah xdibenarkan kecuali pada hari jumaat...
Orang yang takut pada Islam ni, mereka ni patut kaji apa itu Islam yang sebenarnya...tidakkah mereka tahu Islam itu adalah cara hidup, dari sekecil2 perkara hingga ke sebesar2 perkara...semuanya dapat dijelaskan dan ada panduannya dalam islam...bangun tido, ada doa, masuk tandas ada doa, tengok cermin ada doa...semuanya ada dinyatakan dalam islam...tapi hairan pulak jika part perundangan kita xmau ada unsur2 islam...jenayah bertambah, anak luar nikah bertambah, sumbang mahram bertambah, rasuah bertambah...agaknya inilah kesan dari Undang2 sedia ada kot...ada duit buleh lepas...
P/s: Kepada para pembaca yang dihormati sekalian, sila buat kajian lanjut tentang ape yang aku tulis dalam blog ini...kerana aku bukan nabi...hujah aku ada kekurangan...aku cuma sekadar menyampaikan perkara2 yang aku rasa demi kebaikan bersama...
No comments:
Post a Comment