Rakan Seperjuangan

Saturday, October 17, 2009

Apa Itu Islam Liberal?

"HARI ini penganut Hindu di seluruh dunia menyambut Hari Deepavali. Mengikut kepercayaan penganut agama berkenaan, ini adalah hari istimewa BAGI MEMPERINGATI KEJAYAAN DEWA KRISHNA MENUMPASKAN KUASA JAHAT NARAKASURA."- sumber dari Kosmo Online 17 Oktober 2009.

Tajuk entri aku kali ini adalah pasal Islam liberal itu Islam yang hanya berpandukan logik akal dan tidak lagi merujuk pada hukum hakam Islam yang sebenar...contohnya hari ini sahaja, berapa ramai orang Islam yang mengucapkan selamat menyambut hari deepavali kepada rakan2 dan kenalan yang menyambut deepavali...atas apa alasan sekalipun, deepavali ini mmg dirayakan oleh kaum hindu sempena kejayaan dewa mereka menewaskan kuasa jahat...

Persoalan yang timbul adalah, org Islam tidak patut mempercayai kewujudan dewa, tetapi seolah2 turut memberikan semangat pada kaum lain utk memperingati dewa...itu adalah salah satu dari cabang Islam liberal...dimana suatu tindakan itu, walaupun menyalahi dari segi hukum syarak, tetapi tidak dipandang salah dari kacamata masyarakat, maka ia diterima...INILAH ISLAM LIBERAL...dan IANYA ADALAH FAHAMAN YANG SESAT...

Dalam Islam hanya ada dua perayaan iaitu raya puasa dan raya haji, dimana raya haji adalah lebih besar dari raya puasa, tapi realitinya, umat islam tidak meraikan raya haji seperti raya puasa...sudahlah raya haji semakin terpinggir sambutannya, ditambah pula dengan sambutan perayaan oleh kaum2 dan agama lain yang kadangkala turut disambut oleh org islam melebihi sambutan raya haji...

Sebut sahaja tahun baru cina, krismas, deepavali, kongsi raya, merry raya, deeparaya...org islam kat negara ini suka beraya...sedangkan adalah haram hukumnya mengucapkan selamat pada golongan yang menyambut deepavali dan krismas ini...tahun baru cina tu aku xberapa sure, rasanya xde kaitan dengan dewa kot...sekarang permulaan kalendar baru, tapi jika ada unsur2 dewa, maka haram bagi kita meriahkannya...kalau deepavali, thaipusam, krismas tu dah jelas haram...silap2 buleh jatuh murtad pasal kita tanpa sedar telah mengiktiraf kepercayaan yang bercanggah dengan Islam ini...

Islam liberal mudah sekali menular dikalangan masyarakat yang meminggirkan ilmu agama...mereka tidak lagi cuba untuk merujuk kepada hukum syarak, tapi hanya mengikut logik akal semata2...sekalipun perkara tersebut adalah haram, seperti perbuatan mendedahkan aurat dikhalayak ramai, tetapi masyarakat tidak memandang serong perbuatan seperti ini..maka ia terus diamalkan tanpa segan silu...

Berikut adalah edited version 2010:-

Dari laman web Ustaz Azhar Idrus...


Joined: Fri Nov 05, 2010 3:54 am
Posts: 6
Post Larangan mengucapkan "Selamat (Perayaan Kafir)"
Assalamualaikum,

Seperti yang kita ketahui seorang muslim tidak boleh mengucapkan "Selamat (Perayaan Kafir)" kepada orang kafir. Saya nak tanya ustaz, saya pernah terlibat dalam situasi begini:

Saya sedang duduk dalam satu ruang kemudian didatangi oleh sebuah kumpulan yang saya hanya kenal pada muka. Kemudian ada seorang lelaki dalam kumpulan itu (kemungkinan besar muslim) mengucapkan kepada seorang yang beragama kristian ni "We wish you a merry Christmas".

Adakah pada masa itu menjadi WAJIB untuk saya halang/nasihat? Pada waktu tersebut saya hanya mendiamkan diri kerana berpegang dengan prinsip "selemah-lemah iman (halang dengan hati)". Ataupun adakah saya BERDOSA kerana tak halang? Kadang-kadang benda ni berlaku dengan cepat dan orang yang lakukan benda tu adalah orang yang kita tak beberapa kenal. Tak tahu macamana nak "approach".

2. Bagaimana pula menyanyi lagu "We wish you a merry Christmas" berseorangan tanpa menujukannya kepada sesiapa? Dukacitanya saya pernah berbuat sebegini kerana pengaruh melodi dalam lagu tersebut. Sekarang saya harap dijauhkan.

Sila beri penjelasan. Terima Kasih.
 

Joined: Sat Jan 03, 2009 12:58 pm
Posts: 7206
Post Re: Larangan mengucapkan "Selamat (Perayaan Kafir)"
 
Lagu berkenaan memang bermaksud syirik atau kepercayaan kristian tentang Jesus dan Siti Mariam yg bercanggah dengan Quran.
Olih itu haram mennyanyikannya sekalipun tanpa ditujukan kpd sesiapa.
Wajib atas jln fradhu kifayah melarang orang Islam lain berbuat demikian.

_________________
my gallery : http://www.digitalmukmin.com/
my website : http://ustazazhar.com
The quickest way to make money at photography is to sell your camera

 
 

Dari laman web Drmaza....

Soalan: Dr MAZA, kita negara yang berbilang agama. Ramai yang mempunyai kawan pejabat, jiran dan lain-lain yang bukan muslim. Apabila tiba hari raya kita mereka mengucapkan selamat hariraya. Masalahnya, apabila tiba giliran hari raya agama mereka pulak, kita rasa macam serba salah. Bolehkah seorang muslim berikan ucapan selamat hari raya agama lain. Saya takut rosak akidah, tapi ramai pemimpin dan kawan-kawan muslim yang lain ucapkan. Saya pun risau juga kawan-kawan bukan muslim kecil hati, tapi saya pun nak jaga akidah saya. Bolehkah Dr Asri berikan pandangan?

"Islam mengharamkan seseorang muslim membuat apa-apa perbuatan atau ucapan yang mengiktiraf kekufuran atau kesesatan. Termasuk dalam hal ini membesarkan agama lain dengan mengucapkan ucapan yang mengagungkan atau mengiktiraf kekufuran, atau melakukan amalan ibadah yang mempunyai makna menyembah atau menyeru tuhan selain Allah. Maka, apa sahaja tindakan yang membawa kepada maksud yang disebutkan tadi adalah haram jika dilakukan dengan perbuatan atau ucapan. Jika disertai iktikad bahawa apa yang dilakukan itu benar atau betul, maka dia menjadi kafir."
(Jangan segan dan malu nak klik link2 itu)

P/s: kepada kawan2 bukan islam yang baca entry aku ini(rasanya xde)...aku xboleh nak ucapkan deepavali atau krismas...kerana agama aku tidak membenarkan aku berbuat begitu..tapi agama aku tidak menghalang kamu dari merayakan perayaan agama kamu...

8 comments:

pengayau said...

OWH, SATU POST YG AMAT BAIK SKALI TPI INGIN SAYA KATAKAN ADAKAH MENGUCAP SELAMAT PERAYAAN AGAMA/KAUM LAIN ADALAH SATU PERBUATAN YG "MULIA"...

ADALAH BEBERAPA POINT YG KORG KENE TAU PERTAMA SKALI (BUKAN NIAT NK MGAJAR TPI MYEDARKAN ANDA)!

-NEGARA MALAYSIA DH TERMAKTUB ADALAH NGARA YG BERBILANG BANGSA DAN KAUM.
-KLU DISISI AGAMA MMG SALAH DH MMG SYIRIKNYA PERBUATAN ITU, KNPA STIL ADA LGI YG MGUCAP SLAMAT EVEN TERPAMPANG BESAR KAT NEWS MGUCAP SLAMAT DEEPAVALI??..

INGIN SAYA KATAKAN BUKANNYA SLAH UTK KITA SMUA BERPEGANG KEPADA AGAMA MASING2, TETAPI SALAH KER PBUATAN NK MGUCAP SLAMAT KEPADA AGAMA LAIN KLU KITA MMG DH BERPEGANG TEGUH DAN IMAN KITA KEPADA AGAMA KITA SENDIRI??..

~~KEPADA YG RSA TEGUGAT KEPADA AGAMA N IMAN KLU MEGUCAP SLAMAT KEPADA AGAMA LAIN MAKSUDNYA ANDA MSIH TIDAK LGI BPEGANG TEGUH KPDA IMAN SENDRI!!... ANDA MSIH WAS2!!

**sje mbuahkan pendapat

Hady83 said...

Terima kasih kepada saudara Pengayau...utk memudahkan...aku dah pecahkan soalan dan jawapan...

Soalan: -KLU DISISI AGAMA MMG SALAH DH MMG SYIRIKNYA PERBUATAN ITU, KNPA STIL ADA LGI YG MGUCAP SLAMAT EVEN TERPAMPANG BESAR KAT NEWS MGUCAP SLAMAT DEEPAVALI??..

Jawapan: Dedah aurat itu jelas haram tanpa khilaf, tapi kenapa tv, paper, majalah masih paparkan org islam buka aurat? halal haram bukan kuasa news or hati or tindakan manusia, tetapi ia dah jelas dalam quran...Syirik terbahagi pada dua, syirik khafi dan syirik jali...

Syirik jali tu syirik terang2an...sembah berhala dan puja benda yg mmg org nampak pun org tau bende tu syirik...tapi adakah kita beri penekanan pada syirik khafi iaitu syirik tersembunyi...ia tersembunyi kerana ia melibatkan hati, mcm beribadat kerana nak menunjuk2...dan tidak keterlaluan bila ada yg kata, semua agama seru pada kebaikan, kebaikan apenya kalau ALLAH disekutukan? sama kes ucap perayaan lain ni...kita dah tau kenapa deepavali diraikan, kita kat situ mcm dah iktiraf bahawa mereka berhak merayakan perayaan sempena kejayaan dewa mereka...walaupun kita xpercaya pada dewa, tapi kita tetap dapat share kerana membuat mereka yg bukan islam ni rasa mereka juga dipihak yang betul, bahawa org islam pun mcm bagi sokongan moral gitu...Kalau ikut saidina Umar, org kafir tidak sepatutnya menzahirkan sambutan perayaan mereka di negeri umat islam...kat sini, berbilang kaum punye pasal, klu ckp bukan negara islam terus melenting, tapi kelonggaran diberikan pada bukan islam nak raikan..tak cukup dengan itu..org islam pulak wish "selamat"...

Soalan:SALAH KER PBUATAN NK MGUCAP SLAMAT KEPADA AGAMA LAIN KLU KITA MMG DH BERPEGANG TEGUH DAN IMAN KITA KEPADA AGAMA KITA SENDIRI??..

Jawapan: Iman kita ada naik turun, antara tujuan sembahyang 5x sehari adalah bagi memperbaharui iman kita...at least kita masih mengucap 5x sehari, syahadah tu termasuk dalam rukun islam, seperti juga puasa, zakat, solat, haji yg boleh terbatal dengan mudah, syahadah pun sama...ape jaminan syahadah tidak pernah batal? apa jaminan iman kita masih ada? kalau mcm tu, xperlu susah2 nak ajar org yg nazak tu mengucaplah kot..sila rujuk pada perkara yg membatalkan iman dan syahadah..baca saje xckup..kena cari ulamak yg akan jelas satu persatu yang aku rasa 20 tahun mengaji pun belum tentu selesai...setakat baca tulisan je ramailah ulamak kat dunia ni...harap jgn terlalu yakin bahawa iman tetap ada dalam diri kerana ia mudah sekali terbatal dengan ucapan yg mensyirikkan ALLAH...ucap deepavali atau diwali tu klu ikut bahasa mmg tidak ada apa..tapi kalau dikaji rasional kenapa disambut deepavali tu..pasti kita xmau sebut langsung, apatah lagi nak wish...smpaikan dulu AKUM atau ASKUM pun kecoh...

Soalan: KEPADA YG RSA TEGUGAT KEPADA AGAMA N IMAN KLU MEGUCAP SLAMAT KEPADA AGAMA LAIN MAKSUDNYA ANDA MSIH TIDAK LGI BPEGANG TEGUH KPDA IMAN SENDRI!!... ANDA MSIH WAS2!!

Jawapan: Hanya org jahil sahaja yg anggap iman xkan tinggalkan kita, yg yakin iman xkan berkurang, ini bukan masalah was2...tapi ini adalah tentang mengelakkan bende2 yg boleh merosakkan iman..andai dibiarkan berlarutan, hati kita secara tidak sedar akan menganggap perayaan meraikan kemenangan dewa tu satu perkara yg tidak akan mengugat iman kita...padahal ia mmg mengugat iman...bukan senang nak terangkan apa itu iman..nak dpat iman bukan senang, tapi nak rosakkan iman mmg mudah saje...persoalan ucap selamat kepada agama lain mmg ditegah dalam islam..kita dilarang bagi salam pada org kafir, kalau mereka bagi salam, kita jawab waalaikum je...bukan waalaikumussalam, kerana tidak ada selamat atas mereka selagi mereka tidak masuk islam...kita sekarang terlalu moden hingga mengabaikan kitab al Quran dan hadis, kita lebih percaya hati dan penilaian sendiri...seperti mana org tidak tutup aurat dakwa hati mereka baik walaupun tidak tutup aurat..klu ikut akal mmg betul, tapi ikut hukum, mcmna dikatakan baik jika melanggar, ingkar, kufur pada tuntutan menutup aurat yg jelas termaktub dalam Quran...

Hady83 said...

Kesimpulan, perkara ini mmg berlaku khilaf dikalangan ulamak dimana majoriti mengharamkan dan minoriti mengharuskan...yg mengharuskan itu ulamak yg berpengalaman yg ada alasan dan tafsiran sendiri, bukannya kita yg pakai ikut je hukum harus tanpa alasan yang kuat...bila ditanya kenapa harus, jawapan konkrit ikut hukum agama tak ada, sebaliknya jawapan yg berdasarkan logik akal semata2..berhati2lah..sesungguhnya org bukan islam xakan sekali2 redha dengan islam selagi kita tidak ikut agama mereka...daripada ucap deepavali nak jaga hati...baik kita terangkan secara berhemah pada mereka kenapa kita tak patut ucap...mudah2an mereka terima..sama seperti kenapa org islam xmakan babi dan xminum arak, dan xberjudi, walaupun dalam negara umat islam sendiri bende2 tu ada bersepah...

AnWaRnAiM said...

wah..syukran atas jawapan2 yang dikemukakan berdasarkan pendapat pengayau..dan enttry ini :)

Hady83 said...

Saja berkongsi pendapat, kita sama2 masih belajar...huhuhu...

~hAKim ZaiLAn~ said...

okeh,dah jumpa sedara..huhuhu.

Hady83 said...

Terima kasih kerana menghangatkan balik topik ini...hehehe...

Mohamad Uzair Hazzard b.Ahmad Zaini. said...

Syukran akhi hadi n pengayau. Tanpa pendebatan n hujah yg diberikn sje xtaw akn jawapan persoalan2 ni. Syukran2. Tidak salah dan berdosa ke ats seseorg yg bru mempelajari sesuatu ilmu itu dia memberi pndpt or cdgn yg slh or kurg tetap. Kerana dia msih didlm proses menghadam ilmu yg dipelajari. Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...