Rakan Seperjuangan

Thursday, October 29, 2009

Hati-hati: 10 Golongan Yg Tak Diterima Solatnya

Aku bukan nak berlagak tuhan disini...cuma nak kongsi bersama salah satu dari hadis nabi yg mengatakan terdapat 10 golongan yg jika dia solat, maka ALLAH xkan terima solatnya...perlu diingatkan bahawa nabi adalah pesuruh ALLAH...bukan nabi suka2 cakap ikut sedap mulut dia...yg cakap sedap mulut tu aku...tanpa berlengah...ini dia 10 Golongan Yang dimaksudkan itu

1. ORANG YANG SOLAT SENDIRIAN TANPA MEMBACA AL FATIHAH :-
Kerana Al Fatihah adalah rukun solat, dalam mazhab lain, ada yg berpendapat, jika solat berjemaah, maka imam akan tanggung, maka makmum xperlu baca al fatihah, tapi dalam mazhab syafiee, kita perlu baca al fatihah, sama ada sendirian atau berjemaah...pas ni jangan memandai2 xnak baca al fatihah time solat, dengan alasan susah nak hafal atau sebagainya...


2. ORANG YANG TIDAK MENGELUARKAN ZAKAT :-
Solat membezakan antara islam dan musyrik, manakala zakat pula membezakan antara beriman dengan munafik, dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat, sia solat jika xmau mengeluarkan zakat apabila telah cukup nisabnya...


3. ORANG YANG MENJADI IMAM(PEMIMPIN) PADA SUATU KAUM SEDANGKAN KAUM ITU MEMBENCINYA:-
Oleh yg demikian, berhati2 memilih pemimpin dan hati2 jika nak jadi pemimpin...jika orang bawahan kita xsuka pada kita, maka solat kita xditerima...tapi jgn pula org xsuke pemimpin itu kerana pemimpin itu adalah pemimpin yg adil...xguna juga jika pemimpin itu zalim namun org suke dia jadi pemimpin...

4. HAMBA YANG MELARIKAN DIRI DARI TUANNYA :-
Jika hamba melarikan diri dari tuannya, maka amalannya xkan diterima selagi ia tidak kembali pada tuannya...islam tidak pernah memansuhkan sistem hamba, kena paham baik2, hamba dari sudut islam adalah bagi menghapuskan ego pada manusia, agar ia kembali pada islam..lazimnya hamba yg menganut islam akan dimerdekakan...akan terjadi pada akhir zaman nnti apabila Islam yg diketuai oleh Nabi Isa dan Imam Mahdi berperang dengan org2 kafir, Islam akan menang, dah org2 Islam akan memperolehi ramai hamba2 dari kalangan bukan Islam, diceritakan bahawa seorang tentera ada yg mempunyai hamba seramai 200 org, yg terdiri dari perempuan2 rom dan parsi...


5. PEMINUM KHAMAR(ARAK) ATAU PEMABUK :-
Setitik arak jika masuk dalam badan, maka 40 hari xditerima ibadat, bayangkan jika seteguk, segelas dan sebotol...arak merupakan induk kepada kejahatan, seperti cerita yg berlaku kepada ahli ibadat dari bani israel yg mati dalam kafir, hanya kerana mula meminum arak, pastu berzina, dan bunuh org...

6. WANITA YANG TIDUR MALAM MEMBUAT SUAMINYA MARAH :-
Ada hadis menyebut, jika dibenarkan manusia sujud kepada manusia, maka akan disuruh isteri sujud pada suami, begitulah tingginya kedudukan suami, jadi jika isteri buat suami marah, tidak hairanlah ALLAH menolak amalan isteri tersebut...

7. WANITA MERDEKA TANPA MEMAKAI TELEKUNG YANG SEMPURNA :-
Wanita merdeka ni adalah wanita yg bukan hamba kepada sesiapa, maka jika terkeluar rambutnya walaupun seurat rambut, maka batal solatnya...ALLAH tidak bernafsu, tapi nak mengadap ALLAH, diperintahkan menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan, apatah lagi berhadapan dengan lelaki yg bernafsu yg bermacam2...tapi org sekarang xmahu memahami hikmah disebaliknya...

8. ORANG YANG MEMAKAN RIBA :-
Pemakan riba akan berenang dalam lautan darah di padang mashsyar, diisythtiharkan perang oleh ALLAH, dan ada hadis menyebut, akan dibangkitkan dipadang mahsyhar dalam bentuk anjing dan babi...riba ni ada lebih 70 jenis, dosa riba yg paling kecil adalah seperti berzina dengan ibubapa sendiri...so hati2 dengan riba, nabi dah pesan pada akhir zaman, sume akan terlibat dengan riba, klu xterlibat secara langsung, debu2 riba pun kena...umum tahu bahawa sistem perbankan konvensional mmg mengamalkan riba...so, pandai2lah ye...bukan yg makan je...yg terlibat dengan riba pun termasuk sekali...kerani2, akauntan2...heheh...

9. PEMIMPIN YANG MENYELEWENG DAN DERHAKA PADA ALLAH :-
Tidak diterima solat pemimpin yg derhaka kepada ALLAH...tidak mahu mengikut perintah ALLAH...balasannya diletakkan didasar neraka Jahannam, digoyangkan diatas titian sirat, dan kekal di neraka Jahannam selama 50 ribu tahun...bukan tahun dunia, tapi tahun akhirat...

10. ORANG YANG SOLATNYA TIDAK MENCEGAH IA DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN :-
Tanda solat tidak diterima adalah, kita xdpt mengelakkan diri dari melakukan kemungkaran, ini kerana, solat sepatutnya mendekatkan diri dengan ALLAH, bukan menyebabkan kita jauh dari ALLAH, jika kita ni solat, tapi masih lagi melakukan perkara mungkar dan maksiat, masih lagi berdegil xmahu mengikut islam, itu adalah tanda solat kita tidak diterima...

P/s: Penting utk kita tahu, amalan pertama dihitung adalah solat, jika solat kita xditerima, maka sia2lah amalan2 lain, jgn terkejut apabila kita dibangkit dengan amalan yg kosong, kerana kita tidak menjaga solat kita...amalan2 lain tidak dapat membantu kita, kena paham betul2 apa maksud solat itu tiang agama...derma satu billion sekalipun, jika tidak pernah solat, tidak jaga solat hingga menyebabkan solat xditerima...maka pahala derma itu akan tersekat dari dihitung...Wallahua'lam...jgn tunggu dah tua baru nak taubat, berubahla dari sekarang...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...