Sebelum ini aku dah dengar ceramah dari Ustaz Kazim Elias tentang seorang pemerintah selepas zaman nabi dan juga selepas zaman khalifah yang keempat...kisah ini berlaku pada zaman pemerintah Yazid Bin Muawiyah...Muawiyah adalah khalifah ke 5 yang menggantikan Saidina Ali...Yazid merupakan anak kepada Muawiyah...
Kisah seorang pemuda berani dan gagah bernama Hajaj bin Yusuf dan seorang Wali bernama Said bin Jubir...mula2 nak cerita tentang hajaj yang pada mulanya seorang tentera dibawah pemerintahan Yazid...pada zaman itu, umat islam telah pun mula berpecah belah...diceritakan bahawa hajaj inilah yang bertanggungjawab memancung dan menyepak kepala cucu nabi yang ingin lari ke Iraq...
Hajaj bertanggungjawab membunuh seramai 120 ribu nyawa dalam penjara dan tahanan...tidak termasuk org yg dibunuh tanpa sebab yg munasabah...jika dia lalu org itu tidak mengelak, maka akan dibunuhnya, dia suka2 membunuh tanpa sebab yg kuat...tapi sebelum dia bunuh, ditanya dulu, samaada org itu solat subuh berjemaah atau tidak, kerana dia paham satu hadis nabi, org yg sembahyang subuh berjemaah dipelihara oleh ALLAH...jika yg menjawab itu solat subuh sendirian, maka akan dipancung kepala org itu...
Sebelum wafat, Nabi telah menceritakan tentang dua org yg sangat celaka, salah seorangnya mengaku menjadi nabi dan seorang lagi adalah penumpah darah...ramai yg berpendapat bahawa hajaj inilah yg dimaksudkan dengan penumpah darah itu...kerana dia telah banyak menumpahkan darah...termasuk membunuh cucu nabi dan saki baki keluarga Bani Hasyim yang lari ke Iraq yg seramai 80 orang...Ini bukannya atas arahan khalifah Yazid utk membunuh cucu nabi, hajaj hanya diperintah utk menghalang mereka dari sampai ke Iraq...tapi oleh kerana dia inginkan pangkat dan nama...dia telah membunuh tanpa rasa kesal...
Hajaj juga bertanggungjawab menembak Kaabah hingga runtuh kerana memburu cucu Abu Bakar Assiddiq bernama Abdullah bin Zubir yang tidak bersetuju dengan tindakan Muawiyah yg menurunkan takhta kepada anaknya Yazid bin Muawiyah...justeru Abdullah bin Zubir tidak bersetuju dengan sistem monarki ini, dan mengisytihar tidak bersetuju dengan dengan kerajaan Yazid...Mekah ingin menubuhkan kerajaan Mekah dengan cara lantikan...maka diarahkan kepada hajaj oleh Yazid agar menangkap Abdullah...lalu dikejar oleh hajaj sehingga bersembunyi dalam Kaabah...hajaj dengan selambanya menembak kaabah hingga runtuh dan membunuh Abdullah bin Zubir yg bersembunyi dalam Kaabah, walaupun haram menumpahkan darah pada tempat itu...
Mayat Abdullah digantung selama 3 bulan tanpa dikebumikan sehinggalah ibunya iaitu Asma' binti Abu Bakar, kakak kepada Aisyah, isteri nabi yg pada ketika itu berumur lebih 100 tahun datang ke Mekah utk menunaikan umrah...lalu Asma' pergi kepada hajaj, hajaj bertanya, "apa perasaan kamu melihat anak kamu digantung begitu"...Maka Jawab Asma', "sesungguhnya kamu telah merosakkan dunia anak aku dengan membunuh dan menggantung dia tanpa dikebumikan, maka dengan sebab kamu telah merosakkan dunia anak aku, maka anak aku ini akan merosakkan akhirat kamu."
Hajaj yg mendengar jawapan Asma' terus menurunkan mayat Abdullah bin Zubir dan mengebumikannya...namun kekejaman Hajaj tidak berakhir disitu...tapi apa yang pelik, Hajaj ini apabila solat, dia menjadi imam, dan dia juga memberi khutbah, dan antara yg menjadi makmum kepada hajaj adalah Abu Hurairah, apabila ditanya, Abu Hurairah menjawab, Hajaj tidak melakukan kekejaman ketika solat...dia hanya melakukan kekejaman diluar solat...
Jangan sangka kerana hajaj ini dipihak yg benar maka dia masih lagi hidup dan bermaharajalela membunuh dan melakukan kekejaman...sesungguhnya kisah hajaj ini merupakan satu pengajaran berguna kepada kita semua, menang xsemestinya betul(hak) dan kalah xsemestinya salah(batil)...
Nak dijadikan cerita, pada suatu ketika, hajaj telah naik marah ingin membunuh seorang wali Allah yg bernama Said bin Jubir...Said bin Jubir sempat ketawa kerana hajaj melakukan sesuatu kerana tidak mengikut hukum, lalu hajaj yg marah kerana Said tidak bersetuju dengan hajaj, maka mahu dibunuhnya Said,sebelum dijatuhkan hukuman mati, Said sempat berpesan kepada pengikut dan anak2 muridnya, agar tidak membalas dendam atas kematiannya kerana dia merupakan org terakhir yg dibunuh oleh hajaj, selepas itu, hajaj tidak mampu lagi membunuh orang lain...
Maka hajaj pun yg pada ketika itu menjadi gabenor dan raja yang sangat zalim, telah memancung kepala Said bin Jubir sehingga putus. Diceritakan bahawa darah yg memancut dari badannya itu terkena bumi, darah itu membentuk kalimah ALLAH sebanyak 3 tulisan...dan kepalanya yg telah putus itu masih sempat lagi menyebut kalimah syahadah LAAILAHAILLAH sebanyak 3 kali...selepas itu baru diam kepalanya...namun kejadian itu tidak sikit pun mendatangkan gerun kepada hajaj...hajaj sempat lagi mengadakan pesta pada malamnya kerana berjaya membunuh orang alim yang terkenal.
Dengan kuasa ALLAH, pada ketika dia sedang berpesta itu, hajaj nampak kelibat Said bin Jubir datang kepadanya...lalu hajaj pun hairan dan bertanya kepada Said, bukankah kamu sudah mati? maka tiada sebarang jawapan dari Said, dan perkara ini hanya dialami oleh hajaj sahaja, hanya dia yg nmpak Said ketika dia hendak tidur, hendak makan, mandi dan sebagainya...dengan sebab itu, hajaj telah jatuh sakit kerana xlalu makan dan minum...siang malam hajaj menyeru pada Said, supaya Said lari darinya...sambil tangannya selalu menepis Said...dan akhirnya Hajaj mati dalam keadaan sakit dan dera tidak boleh makan dan minum dan menderita siang dan malam...
P/s: setiap kejahatan dan maksiat yg kita lakukan, ianya akan mengikut kita, hanya menunggu masa saja untuk membelenggu kita...kejahatan dan maksiat yang kita lakukan menunggu masa sahaja utk "mematuk" kita...jadi kita jangan sekali2 berasa aman bila kita buat maksiat, lambat laun, ia sentiasa mengekori kita dan menunggu masa untuk "mematuk" kita...marilah kita jauhkan diri dari Bala ini dengan bertaubat, berzikir, bersedekah dan sebagainya moga2 bala ini diangkat dan dijauhkan dari kita.
2 comments:
kejahatan yg kte bwt akan kembali kpd kte jika kte x bertaubat..tp x tau bila..mungin esk lusa ataupun berpuluh2 tahun lagi,ataupun diakhirat kelak..wallahualam..insaf jgk bce cte ni..kejam tul
Mula2 dengar pun mcm xpercaya...tapi cerita ini ada dlam kitab Bahrul Maazi...bukannya kitab dari imam2 syiah...ini kali pertama sy mendengar kisah penuh pengajaran ini...mesej utama ialah, hajaj ini hidup senang lenang dan pangkatnya semakin naik bukan kerana dia diberkati ALLAH, tapi ALLAH sengaja menangguhkan balasan terhadapnya...agar menjadi pengajaran kepada kita semua...
Post a Comment