Pernah dengar pasal perumpamaan dari org2 tua ni? Soryla, penulisan kali ini agak emo sket...aku pun manusia biasa...bagi sape yg xtahu tajuk entry kali ni..aku nak mengambil masa nak jelaskan sedikit...ia bermaksud jika ilmu kita dah cukup, kita memilih utk mendiamkan diri sahaja...yg jadi masalah tu jika ilmu kurang sempurna...kita akan mudah melenting...aku pun termasuk dalam golongan ni...cuba eksperimen sendiri dengan bekas berisi air...klu dah penuh, ia xkan berbunyi jika digoncang, tapi yg xpenuh tu, bila digoncang akan berbunyi...hehe...
Itu xkena ini xkena, itu xboleh ini xboleh...well aku amat menghargai sesiapa sahaja yg nak beri kritikan positif terhadap blog aku, baik dari segi gaya bahasa, layout dan sebagainya...pertama sekali adalah gaya bahasa, mmg aku pilih nak tulis macam ni pasal aku rasa cool...dan sememangnya kandungan dengan tajuk aku agar caca merba(berterabur)...pasal ape?pasal aku nak menarik golongan muda utk membaca, kerana aku rasa boring jika baca artikel macam bace novel atau baca paper...jadi pada siapa yg xsuke dgn cara aku...lantaklah...klu yg baca ni org2 muda, aku yakin depa buleh paham..
Gelinya hati aku bila ada org anggap aku taksub pada satu guru semata2...yg ni yg paling lawak sepanjang aku cuba menulis blog ni...sejak dari kecik, rumah aku xsunyi dari ceramah2 agama, mak ayah aku xpenah lekang dari beri "Ceramah free" kat aku, bermula dari zaman mendengar dan menadah, zaman kaset, zaman vcd hingga zaman internet ni...rumah aku xpenah sunyi dari itu...pasti ada saje ceramah free dari mak dan ayah aku...dan seperti aku, depa ni jarang nyatakan dalil..jika ada pun, aku mudah lupa...
Kat sekolah, aku paling suke subjek agama ni, pasal sume ustaz dan ustazah suke kat aku(bukan nak sombong tapi itu kenyataan)...maybe pasal nama aku kot...aku menumpang nama seorang tuan guru yg terkenal dikawasan aku...
Nak dipendekkan cerita, bila aku bangkit dari zaman kejahilan, aku mula menjinakkan diri dengar ceramah2 yg aku rasa org awam patut tahu, yg seingat aku masa sekolah, perkara ini xsempat ditekankan...mcm biasalah, pasti akan berlaku ulangan berulang2 kali tentang ape yg aku dengar dan alami semasa kat rumah dengan ape yg aku dengar dari ceramah2 yang aku donlod dari internet...
Aku kemudiannya menulis berdasarkan ape yg aku dengar, aku harap org lain yg xde masa nak mendengar sempat membaca ape yg telah aku cuba ringkaskan...kebetulan pulak aku ada sebut ustaz itu ustaz ini...jika aku sebut ustaz kat kampung aku, atau mak aku, atau ayah aku, atau ustaz2 dan ustazah2 aku...pasti org kurang percaya...
So, jgnla salah paham ye...tapi yg jelasnya, ustaz2 yg aku rujuk tu, pastinya lebih arif dari aku...dan aku tidak hanya dengar sahaja..ada juga aku bertanya pada member2 aku yg berada dalam aliran agama...klu isu tu penting, aku tanya pendapat mereka dulu...ada juga aku dah post baru aku minta depa komen...seperti yg sume tahu, aku ni bukan lulusan agama...jadi depa pun kadang2 pening dengan soalan2 aku yg bg mereka xkan ditanya oleh org2 kebanyakan...aku akui mmg aku ni jenis suke bertanya bende yg pelik2...
Akhir kata, aku akan terus menulis selagi ada kerajinan dan masa dan peluang...aku akan improve blog ini dari semasa ke semasa...dan aku rasa aku tergolong dalam bekas yg kurang penuh tu..aku akan mudah melenting jika ditegur oleh sesetengah org...hehe...
P/s: Renungilah satu hadis yg mengatakan bahawa jika kita berdebat dengan seseorang, jika kita undur diri, utk mengelakkan pertelagahan, sedangkan kita yakin kita boleh menang, maka diciptakan satu syurga bagi kita...xkisahla ni hadis kategori ape...tapi ia mmg berguna pada masa ini...Wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment