Rakan Seperjuangan

Tuesday, October 27, 2009

Apa Itu Bidaah?

Wow..xsangka ada org ambil pot pasal ape yg aku tulis kat sini..ini dah kira bagusla...daripada aku menulis tapi xtahu setakat mana penerimaan org terhadap ape yg aku tulis...better la jika aku tulis kat sini, pastu ada org respon kat tempat lain...igtla aku menulis kat sini bukan nak menunjuk2...tapi aku rasa terpanggil utk kongsi tentang ape yg aku tahu...jika ada salah silap, mmg itu tidak disengajakan...jika aku tertulis pasal suatu yg sesat atau "menegakkan" bidaah..."menguatkan" hadis dhaif(lemah), ini adalah hasil dari pemahaman aku terhadap ceramah2 dan kuliyah2 yang aku dengar....

Kita org melayu ni bagusla...org kata ape pun, kita xkisah, mmg budaya kita mcm tu...org kata amalan kita tu bidaah, kita relax je...cuba sekali g tegur pak2 arab kat Masjidil Haram tu time depa tgh solat terawih...p kata kat depa...

"Ya, syeikh, ape yg sheikh buat ni adalah bidaah, nabi xbuat mcm ni, nabi xsolat terawih berjemaah, ini adalah bidaah, sesungguhnya setiap bidaah itu adalah sesat"

Aku rasa time tu jugak kita kena sepak(lempang) sampai jatuh...pasal depa ni bukan mcm kita...kita ni senyap je org nak kata ape...hehehe...

Bagi yg "kurang paham" tentang bidaah ni...mmg mereka ni mudah melenting...ya, mmg diakui byk amalan kita hari ini adalah bidaah, yg mana zaman nabi dulu, nabi xbuat...kalau nak yg lagi spesifik, apa yg kita buat hari ini seperti doa qunut, wirid lepas solat, talqin dan maulidur rasul itu adalah bidaah...

Ianya menjadi bidaah kerana tidak ada nas2 yg jelas atau hadis yg disandarkan itu kurang elok sanadnya...tapi aku dah terang byk kali bahawa xsalah kita nak beramal dengan hadis dhaif, asalkan hadis itu bukan hadis maudhuk atau palsu...

Tahukah anda ape itu hadis dhaif? hadis dhaif atau lemah ini asalnya daripada Nabi sendiri, cuma ia menjadi dhaif jika pembawa hadis itu(SANAD) tergolong dalam beberapa kategori seperti lemah ingatan, kencing berdiri, dan pernah melakukan kesalahan yg menyebabkan hadis yg dibawanya itu turut terjejas...oleh sebab itu ia jatuh kepada hadis dhaif atau lemah...bukan hadis palsu...boleh jadi pembawa hadis itu mendengar sendiri dari mulut nabi, tapi org lain xpercaya pada dia kerana dia terkenal dengan ingatannya yg lemah serta seorang pernah melakukan dosa...

Tidak salah nak beramal dengan hadis dhaif, cuma hadis dhaif ini tidak boleh dijadikan hujah...kedudukan hadis dhaif ini adalah lebih rendah dari hadis hassan sahih(betul dan baik)...justeru kita yg hanya nak berpegang kepada hadis yg sahih sahaja tidak sepatutnya memandang rendah pada mereka yg beramal dengan hadis dhaif ini...itu hak mereka, selagi ia bukan tergolong dalam perkara mudarat dan maksiat...

Contoh pendapat yg mengatakan bahawa roh akan pulang pada malam jumaat, roh simati bangkit bila kita seru namanya sebanyak 3x(hujah bg amalan talqin) serta bacaan qunut dalam solat subuh...itu semua tergolong dalam hadis dhaif...nak percaya xsalah, xnak percaya pun xsalah...jadi xperlulah nak kecoh2...ulamak2 dulu dah berbuih mulut ckp pasal ni...tapi kita ni masih lagi nak perbesar2kan...

Aku percaya, jika niat kita adalah baik, kita akan diberikan petunjuk dari ALLAH...jika niat kita hanya utk mencari kebenaran, dan bukannya nak mencari salah org lain...buat ape nak bertelagah pasal perkara2 kecil ni padahal dalam perkara yg menjadi kata sepakat para ulamak, kita buat2 bodoh je...bab tutup aurat, hiburan melampau, pergaulan bebas...

P/s: Akhir kata, aku gembira kerana tahu ada juga org yg baca ape yg aku tulis kat sini...dan aku bukannya ulamak, aku hanya nak berkongsi2 pendapat disini...kalau nak tahu lebih lanjut...sila cari guru2 yg mursyid....klu nak baca kitab, silakan, tapi klu jumpe part2 yg mengelirukan, sila rujuk pada yg pakar...pasal tu aku belum berani nak baca kitab2...aku hanya menadah telinga sahaja mendengar guru2 membaca dan menghuraikan kitab2..seperti mana yg telah diajarkan kepada mereka oleh guru2 mereka dan seterusnya....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...