Rakan Seperjuangan

Saturday, December 5, 2009

Hidayah Itu Paling Penting

Kalau ada org tu yg nak tanpa banyak soal nak baca doa qunut pagi2 waktu solat subuh, samada dalam waktu subuh, atau terlajak subuh, atau qada subuh...pasti xkan lepas dari meminta agar diberikan hidayah kepadanya...dalam ayat pertama doa qunut tu...ALLAHUMMAHDINI/NA= Ya ALLAH berikan hidayah/petunjuk kepada ku/kami...

Mungkin ramai diantara kita tidak menyedari bahawa kita ini sangat memerlukan hidayah atau petunjuk dari ALLAH, kita juga tidak menyedari bahawa kita ni amat beruntung kerana sentiasa berada dalam hidayah ALLAH...perlu kita igt bahawa ALLAH berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yg dikehendaki, bahkan ALLAH juga berkuasa menyesatkan sesiapa sahaja yg dikehendaki...adakah kita terlalu jahil sehingga tidak kisah jika kita termasuk dalam golongan yg sesat itu?

Baru2 ni, ketika aku tengah berchatting dengan mmber aku, seorang guru bahasa inggeris yg penah menuntut ilmu di jurusan yg sama dengan aku merangkap kosmet aku juga...dalam tgh2 rancak chatting guna skype(mcm ym jugak) tu, dia ada bagi satu link kat aku...aku igtkan ia berkait rapat dengan ape yg aku chat(sembang) dengan dia, rupa2nya link tu adalah berkenaan pasal satu website yg menterjemah Quran...

Aku malas nak baca semua, tapi website tu mmg menonjolkan ape yg aku dirasakan sebagai masalah dan percanggahan dalam Quran...ianya ditulis dalam bahasa inggeris...si penulis tu telah cuba menterjemahkan Quran dan mengkritik kandungan Quran...antara perkara yg dikritik adalah berkenaan cara perempuan dilayan dalam islam..berkenaan pembahagian harta pusaka dan juga poligami lelaki yg disebutkan dalam Quran...

Website ni juga mentertawakan amalan org islam ketika menguap dan bersin...dan terang2 ia mentafsirkan hadis2 nabi berkenaan menguap dan bersin ini...mulai saat itu jugak, aku tersedar bahawa itulah yg akan terjadi kepada sesiapa jua yg tidak mendapat hidayah dari ALLAH...

Penulis laman web itu telah mengkritik hadis2 nabi dan mengkritik ayat2 Quran yg dirasakan tidak sesuai pada hematnya yg tidak berapa nak hemat tu...kita jangan sesekali anggap bahawa jika org kafir tu kaji Quran, mereka akan terus tertarik dengan Islam...ini adalah pandangan yg salah...kerana tanpa hidayah dari ALLAH, mereka akan gunakan Quran utk mencari kelemahan umat islam, Quran akan digunakan utk menghancurkan umat Islam itu sendiri...cara yg paling berkesan adalah dengan menghilangkan Quran dari umat Islam...bukan bermakna mereka halang jualan Quran, tapi dengan cara melalaikan umat Islam dari mendekatkan diri dengan Quran...

Contoh paling mudah ialah bola sepak...berapa ramai sanggup berjaga malam utk menonton bola sepak?alangkah baiknya semangat berjaga malam bersengkang mata tu digunakan utk membaca Quran...contoh lain adalah hiburan, permainan, internet dan sebagainya...yg mampu menghadkan masa umat Islam dari dekat dengan Quran...

Pernah aku dengar satu pendapat yg mengatakan bahawa sistem pendidikan moden juga adalah agenda barat yg mahu agar masa muda umat islam dihabiskan di institusi pengajian, dalam tempoh masa tertentu, dengan peringkat tertentu...contohnya aku sendiri yg bakal berumur 27 tahun, tapi masih lagi belum habis belajar...perkara ni xjadi masalah jika aku dalam aliran agama...tapi aku bukan dalam aliran agama...jadi mungkin ada betulnya...sume ni adalah agenda barat...klu ikutkan ulamak2 dulu...mereka ni xde sibuk nak dapatkan sijil, diploma, sarjanamuda, sarjana, doktor falsafah dan sebagainya...tapi org sekarang ni klu xde kelayakan tu sume, maka kononnya masa depan xkan terjamin...jadi bertungkus lumuslah org2 kita termasuk aku sendiri cuba nak menghabiskan pelajaran...dalam masa yg sama, sudah berapa banyak masa aku tergadai? alangkah baiknya jika aku guna masa yg ada itu utk mendalami agama...tapi lumrah org sekarang...kelulusan agama xleh nak cari makan...susah nak dapat keje...org kampung pun xbangga...ibubapa sndiri pun xbangga anak lulusan agama...anak xlulus agama pun depa xheran...tapi klu xlulus english, xlulus matematik, siaplah...

Berbalik kepada pentingnya hidayah tadi, kita kena sedar bahawa tanpa hidayah, Quran itu tidak ada bezanya dengan kitab2 lain...berapa ramai yg hanya baca quran tapi xde usaha nak memahami maksudnya...bukan nak suruh tafsir satu persatu, tapi nak suruh terjemah pun susah...ada yg lagi hebat...hanya pasang audio org baca quran je...buat macam lagu yg hanya dipasang...konon nak ambil berkat...tidak dinafikan dengar org baca quran dapat pahala...tapi sampai bila kita nak pahala ciput tu...bukan ke baca dapat 1 pahala, baca dan paham dapat 2 pahala, baca, paham dan amal dapat lebih lagi...bayangkan jika dengar, baca, paham, dan amalkan...mudah2an ALLAH tidak akan mensia2kan usaha kita...tapi jangan pula ada unsur2 riak...

Ape yg nak ditekankan disini adalah...kita jgn sesekali lalai dari memohon kepada ALLAH agar terus menerus mengurniakan hidayah dan petunjuk kepada kita...jika tidak, jadilah kita mcm penulis yg aku maksudkan tadi...dia ada baca Quran, tapi sekadar baca dan tafsir sendiri satu persatu ayat itu, tanpa ada ilmu tentang sebab turunnya ayat itu...bygkan jika ayat pertama dia baca adalah pasal lelaki dibenarkan kawin 1, 2, 3 dan 4...pasti org yg xde hidayah tu akan menganggap Islam ni agama yg menindas kaum wanita...even umat Islam hari ni pun, berapa ramai yg terikut2 dengan fahaman monogami ni...tanpa ilmu yg cukup...ada sesetengah pendapat mereka itu buleh membawa kepada kekufuran...

Tanda2 kita mendapat hidayah adalah, bila kita dengar ayat2 Quran, hadis2 nabi...kita akan berasa insaf dan semakin dekat dengan ALLAH...bukannya semakin meragui kandungan Quran dan Hadis...konon Quran dan hadis xsesuai nak amalkan pada zaman sekarang...zaman sekarang zaman teknologi...zaman semuanya online...Quran dan hadis dan xrelevan lagi...Quran dan hadis xleh nak jadi rujukan dalam sistem politik, ekonomi dan sosial zaman sekarang...dan mcm2 lagi alasan org2 yg jelas sudah tidak mendapat hidayah atau kurang hidayah...nak kata xde hidayah terus, xmgkin kot pasal org2 ini xkan mmbiarkan Quran dipijak2...kurang2nya ada juga rasa sayang pada Quran tu..cuma dalam kehidupan seharian je xberapa nak ikut Quran hadis...

Akhir kata, sama2lah kita memohon agar kita dan org2 sekeliling kita sentiasa diberikan hidayah dan petunjuk oleh ALLAH...agar ditetapkan iman..agar diberikan kekuatan utk menegakkan syiar2 islam...agar xmalu nak tunjuk kita ni islam...

P/s: Hidayah disini xde kena mengena dengan org bernama hidayah, samaada yg masih hidup atau yg dah meninggal dunia...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...