Situasi: Aku dapati ramai orang yg google pasal anjing...aku pasti itu adalah org2 islam yg nak tahu lebih lanjut pasal anjing dari sudut mazhab2...dalam blog ni aku cuma fokus lebih pada mazhab syafiee sahaja...kerana aku tidak begitu terdedah dengan mazhab2 lain melainkan hanya sedikit...
Intro: Islam tidak melarang umatnya membela anjing...AKAN TETAPI, ia perlulah mengikut lunas2 atau peraturan2 atau batas2 yg telah ditetapkan oleh hukum syarak...jika tidak yakin, sila dapatkan penjelasan dari yang betul2 pakar dan bertauliah dan kredible...bukan hanya dari cakap2 kosong kat kedai kopi...ckp2 kosong kat forum internet...heboh satu malaysia, mazhab maliki boleh pegang anjing...dengan aku sekali pun terkejut...tapi mujurlah aku ambil keputusan nak siasat sejauh mana kebenaran dakwaan itu.
Permasalahan: Kajian aku, dakwaan mazhab maliki boleh pegang anjing tu kurang tepat...ini kerana, wajib juga menyamak dan membasuh selepas pegang anjing dalam mazhab maliki...cuma alasannya bukan atas najis berat tapi kerana patuh pada hadis nabi yg menyuruh membasuh dan menyamak...jadi apa beza mazhab maliki dengan mazhab hanbali, hanafi dan syafiee? Bezanya cuma 3 mazhab anggap anjing sebagai najis berat, mughallazah, wajib disamak jika menyentuh atau tersentuh anjing, air liur anjing, najis anjing, bulu anjing...mazhah maliki tidak mengatakan bahawa tidak perlu menyamak apabila tersentuh atau menyentuh...cuma alasannya bukan kerana najis tapi mengikut hadis yang menyuruh menyamak...FAHAM? UNDERSTAND?
Realiti: Lepas org dengar mazhab maliki boleh pegang anjing, ramailah org2 yg sebelum ni takut dengan anjing mula berkira2 nak bela anjing, malah ada yg lebih ekstrem dengan posing gambar sambil pegang anjing...Moga kalian diberi rahmat dan petunjuk...ada juga yang nak bela anjing kerana anggap ia kittun(dalam bahasa arab kucing)...kemana pergi al kalb(anjing)...aku pun xtau...tapi mereka anggap tak ada beza kucing dengan anjing...so bolehla nak bela mcam org bukan islam bela tu...banyak cantik!!!
Keharusan: Islam xmelarang bela anjing dengan syarat anjing itu dilatih untuk jaga harta, jaga ternakan, jaga kebun, berburu, dan panduan...tapi keempat2 mazhab melarang bela anjing tanpa tujuan, iaitu mcm bela kucing, buat haiwan peliharaan, duduk dalam rumah...mazhab maliki pun kata haram...nabi tak kata haram direct tapi nabi kata, siapa yang bela suka2, maka akan hilang pahala sebesar bukit uhud dalam sehari...bagi yg tahu berfikir...ia bermaksud haramlah..bagi yang jahil...ala..hilang pahala je..bukan dapat dosa...
Kesimpulan: Jarum2 yahudi dan nasrani semakin lama semakin mendapat tempat dalam hati umat islam sehinggakan umat islam menjadi keliru dengan hukum hakam islam...umat islam semakin malas nak mendalami islam dengan pelbagai bentuk kelalaian yg diwujudkan oleh yahudi dan nasrani ini...bab anjing ini adalah salah satu daripadanya...bagi yg jahil...pasti memilih utk mengabaikan pandangan mazhab dan mahu bertindak mengikut budi bicara sendiri...akhirnya semakin ramai yg terikut2 dan semakin ramai akan sesat...sesat kerana tidak mahu merujuk hukum2 yg sedia ada...dengan alasan tidak jumpa hukum sedangkan tidak mahu mencari...
P/s: Terima kasih kerana membaca sampai habis...
No comments:
Post a Comment