Situasi: Serabut dan tertekan kerana tiada motivasi nak buat tesis, hati membuak2 nak update blog pasal tajuk ni...sebelum aku lupa dan dilalaikan dunia...ini adalah hasil perbualan kosong penuh berisi antara aku dengan ayah aku...aku cuba ringkaskan...
Intro: Ada 5 perkara pokok dalam rukun islam iaitu mengucap kalimah syahadah, solat, puasa, zakat dan haji...majoriti orang islam tahu solat boleh batal, puasa boleh batal, zakat boleh batal dan haji pun boleh batal...dan terbatalnya 4 perkara itu amat mudah sekali...batal solat jika terkentut, batal puasa jika makan minum, batal zakat apabila tidak cukup nisab, batal haji jika tidak menyempurnakan rukun2 haji...bab kena bayar dam tu lain cerita...kompleks sket...aku pun belum arif...
Permasalahan: Pernahkan kita bertanya pada diri...apakah syahadah kita tidak akan terbatal? seperti mana mudahnya terbatal rukun2 islam yg lain? aku tidak hairan kerana memang dunia sekarang mmg bukan dikawal oleh org islam...jadi sistem pendidikan pun bukanlah betul2 islamik...agama dipinggirkan tu adalah lumrah...gagal kertas agama tidak mengapa...tapi gagal sains, gagal matematik, gagal bahasa inggeris..itu adalah masalah...inilah yg dunia mahu umat islam percaya...agama islam akan terpinggir...justeru tidak hairan jika kita tanya budak2 sekolah...adakah syahadah boleh terbatal? pasti mereka akan keliru...
Kesan: Ayah aku cuba bagi contoh yg mudah dan ringkas bila ada budak2 yg mahu bertanya tentang islam...dan bab kafir mengkafirkan org...ayah aku cuma tanya mereka adakah syahadah tidak terbatal sedangkan puasa, solat, zakat haji boleh terbatal? budak2 pun tercengang katanya...termasuk aku sendiri..aku tahu perkara2 yg membatalkan syahadah tapi belum betul2 mengambil berat tentangnya...aku juga mcm budak2 tu...dengan yakin dan bangga memikirkan syahadah susah nak batal...malah xkan batal...
Kajian: Dalam solat...kita diwajibkan memperbaharui syahadah sekurang2nya 5 kali sehari...klu pikir logik akal pun, pasti ada hikmahnya kan?dalam sedar xsedar...pasti kita ada buat atau ckp perkara2 yg boleh membatalkan syahadah kita antaranya...aku petik dari sini...
- Bertawakkal dan bergantung selain dari Allah.
- Mengingkari nikmat Allah sama ada nikmat yang kelihatan atau tidak, mudah difikirkan atau memerlukan penelitian khusus.
- Berkerja atau berkhidmat dengan tujuan selain Allah.
- Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia, bukan menurut kehendak dan ketentuan yang telah digariskan oleh Allah.
- Mentaati selain Allah tanpa keredhaannya.
- Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak menggunakan hukum Allah sebagai rujukan dalam semua masalah.
- Benci kepada salah satu dari ajaran Islam atau keseluruhannya.
- Mencintai kehidupan dunia melebihi kecintaan terhadap Akhirat atau menjadikan dunia sebagai tujuan utama.
- Menghina salah satu dari ajaran Al Quran atau Sunnah, mempersendakan orang2 alim atau orang2 yang memperjuangkan Islam atau memperolok hukum2 Allah.
- Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalNya.
- Tidak beriman sepenuhnya kepada sumber hukum iaitu Al quran dan Sunnah.
- Mengangkat orang2 orang2 kafir dan munafiqin sebagai pemimpin serta tidak mencintai orang2 islam dan orang2 mukmin.
- Tidak beradab dalam bergaul dgn Rasulullah saw.
- Rasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhid dan merasa senang dan terbuka di dalam menegakkan syirik.
- Menyatakan bahawa al Quran terdapat pertentangan antara ayat yang zahir dengan isi yang terkandung didalamnya.
- Tidak mengetahui makrifat Allah dengan pengenalan yang benar dan jelas, serta mengingkari sifat2 ketuhananNya atau mengingkari nama-namaNya.
- Tidak mengetahui Rasulullah secara benar atau menafikan adanya sifat2 yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat2 yang terpuji tersebut atau tidak menyakini bahawa Rasulullah adalah contoh tauladan yang baik bagi seluruh umat manusia.
- Mengkafir orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah, tidak mahu mengkafirkan orang yang ingkar syahadah dan tidak menghalalkan perang dengan mereka.
- Mengerjakan sesuatu ibadah bukan kerana Allah, seperti menyembelih bukan kerana Allah, sujud atau ruku' bukan bukan kepada Allah, atau tawaf di sekeliling selain dari Kaabah dengan niat mendekatkan diri kepada Allah.
- Berperasaan riya'.
P/s: Syahadah boleh batal dengan mudah...sama seperti rukun2 islam yg lain...jadi berhati2lah...jauhilah perkara2 yg membatalkan syahadah...
No comments:
Post a Comment