Rakan Seperjuangan

Saturday, June 5, 2010

Manusia Lebih Sesat Dari Binatang

Situasi: Baru sahaja balik dari makan larut malam, dibelanja oleh rakan...Alhamdulillah...moga bertambah berkat dan murah rezeki aku dan rezeki dia. Dalam satu ceramah beberapa hari lepas dan juga dalam khutbah jumaat siang tadi, tertarik dengan ayat:

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al-A’raaf 7:179)"

Intro: Dalam Quran disebutkan bahawa manusia yang lalai itu lebih sesat dari binatang ternakan...dalam konteks negara ni...sesuai bagi contoh lembu je...maknanya manusia yg lalai dan sesat itu lebih sesat dari lembu.

Perumpamaan:
1. Lembu tidak perlukan saksi wali dan akad untuk melakukan seks...begitu juga manusia pada zaman ini yang sejak bangku sekolah dah berjinak2 dengan seks luar nikah...jadi apa beza kita dengan lembu?

2. Lembu tidak menutup aurat apabila berada bersama2 dengan kawanan lembu lain...begitu juga manusia hari ini yang tidak menutup aurat apabila berada di khalayak ramai...lembu lain tidak komplen, begitu juga manusia lain tidak komplen...apa beza kita dengan lembu?

3. Lembu jika diajak pergi memeriahkan masjid dan majlis agama, mereka tidak akan datang...begitu juga manusia hari ini yang cari macam2 alasan untuk tidak meramaikan masjid dan menghadiri majlis2 agama utk menambahkan ilmu dan melengkapkan ibadat...jadi apa beza kita dengan lembu?

4. Lembu kerjanya makan minum berak kencing mengawan tidur, tidak menunaikan solat dan puasa haji zakat...begitu juga ada manusia hari ini yang hidupnya tidak ubah macam lembu, solat, puasa zakat haji bagaikan tidak memberi sebarang makna pada hidupnya...apa beza mereka ini dengan lembu?

5. Bapak dan emak lembu tidak kisah anak betina mereka keluar dengan lembu jantan lain...begitu juga ibubapa yg sewenang2 membiarkan anak perempuan keluar dengan lelaki bukan mahram...apa beza ibubapa jenis ini dengan bapak dan emak lembu?

6. Bapak lembu bila anak betinanya dah besar, maka dia sendiri akan mengawan dengan anaknya...begitu juga berlaku sumbang mahram yang semakin menjadi2 sekarang ni...apa beza kita ini dengan lembu?

7. Abang lembu tidak kisah langsung bila adiknya keluar kepadang tanpa menutup aurat, kerana abang itu sendiri tidak menutup aurat...apa beza abang lembu dengan abang kita yang membiarkan adik perempuannya keluar tanpa menutup aurat...

8. Lembu tidak diwajibkan tahu hukum2 syarak, tidak ada halal haram bagi lembu...semuanya boleh dibuat...begitu juga manusia yg langsung tidak mahu belajar tentang halal haram, kalau tahu sekalipun, tidak diendahkan...jadi apa beza kita ni dengan lembu?

9. Lembu tidak reti membaca Al Quran...begitu juga ramai umat Islam zaman ini yg buta Quran dan malu nak belajar? apa beza kita dengan lembu?

Permasalahan: Walaupun kita dikurniakan dengan akal yang hebat, hingga boleh terbang di udara, namun hakikatnya kita ini lebih sesat dari lembu jika diukur dari segi agama...kita bangga dapat cipta kejayaan demi kejayaan diatas dunia tapi kita lupa nak siapkan bekalan utk dunia yg kekal abadi diakhirat nnti...cuma lembu tidak ada yg diheret ke neraka kerana bersekududukan, sumbang mahram, tidak solat, tidak puasa, dan sebagainya...dari itu kita yang ada akal ni lebih celaka dari lembu jika kita membelakangkan agama kita...

Teguran: Apa beza kita dengan lembu yang tidak berusaha mencegah kemungkaran depan mata? sedangkan lembu pun kadang2 menolong kawanan mereka dalam kesusahan...lembu yang kita pandang hina itu ternyata lebih mulia dari kita yang langsung tidak ambil tahu masyarakat sekeliling...

Peringatan: Andai lembu dapat berkata2, maka pastilah manusia akan diketawakan oleh lembu, kerana Al Quran ada menyebut manusia yg lalai itu lebih sesat dari binatang ternakan...contoh2 kat atas tu hanyalah secebis sahaja dari realiti sebenar...lihatlah disekeliling kita sekarang...dunia dikejar, akhirat dipulaukan...peluang utk mengejar dunia dibuka seluas2nya oleh orang yahudi dan nasrani...tapi peluang mengejar akhirat ditutup dan dihalang oleh umat islam sendiri...umat dan pemimpin islam sendiri takut dengan islam...lebih selesa berkiblatkan yahudi dan nasrani...sebodoh2 lembu, mereka xikut cara babi dan anjing...

Kesimpulan: Umat Islam semakin hampir dengan keadaan yg Nabi kita ceritakan pada 1400 tahun yg lepas...bilangan ramai tapi tidak berguna...dicabut rasa gerun org kafir pada umat Islam...islam hanya nama sahaja...yg mendiami penjara tu cuba tgk...majoriti org islam...islam pada nama sahaja...

Penutup: Bersatulah dibawah payung Islam, bukan dibawah kebangsaan dan kenegaraan...

P/s: ...pada hari yg tidak mendatangkan manfaat oleh harta dan anak pinak, melainkan mereka yg mengadap ALLAH dengan hati yang benar2 sejahtera...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...