Pendahuluan: Sebagai orang islam sejati...wajib bagi kita mengetahui nama2 cahaya mata Nabi junjungan kita yang berjumlah 7 orang kesemuanya...3 putera dan 4 perempuan.
Putera:-
1. Qasim bin Muhammad:Putera baginda dari Siti Khadijah yang meninggal ketika masih kecil.
2. Abdullah bin Muhammad: Juga putera baginda dari Siti Khadijah yang meninggal ketika masih kecil.
3. Ibrahim bin Muhammad (wafat 10Hijrah): Putera baginda dari Mariah Qibtiah yang hanya hidup selama 18 bulan.
Puteri:-
1. Zainab binti Muhammad (wafat 8 Hijrah): Puteri sulung Rasulullah yang dipersunting oleh Abul Ash bin Rabi’. Dia memeluk agama Islam dan ikut hijrah ke Madinah, sementara suaminya bertahan dalam agamanya di Mekah sampai dia tertawan dalam perang Badar. Di saat itu, Rasulullah meminta kepadanya untuk menceraikan Zainab, lalu diceraikannya. Setelah dia masuk Islam, Rasulullah SAW. mengahwinkan mereka kembali.
2. Ruqaiah binti Muhammad (wafat 2 Hijrah): Puteri Rasulullah SAW. dari Siti Khadijah yang dipersunting oleh Utbah bin Abu Lahab sewaktu Jahiliah. Setelah munculnya Islam dan turunnya ayat “Celakalah kedua tangan Abu Lahab dan dia juga akan celaka” (S. Al-Masad ayat 1)dia langsung dicerai oleh suaminya atas perintah Abu Lahab. Dia memeluk Islam bersama ibunya. Kemudian dia dinikahi oleh Usman bin Affan dan ikut bersama suaminya hijrah ke Abessina (habasyah ), kemudian mereka kembali dan menetap di Madinah seterusnya meninggal di kota itu pula.
3. Ummi Kaltsum binti Muhammad (wafat 9 Hijrah): Puteri Rasulullah dari Siti Khadijah yang dipersunting oleh Utaibah bin Abu Lahab pada masa Jahiliah. Setelah turunnya ayat yang ertinya: “Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia juga akan binasa.” (S. Al-Masad ayat 1) dia dicerai oleh Utaibah atas perintah Abu Lahab. Sepeninggal kakaknya, Ruqaiyah, isteri pertama Usman dia dinikahi oleh Usman bin Affan. Dia ikut berhijrah ke Madinah.
4. Fatimah binti Muhammad (wafat 11 Hijrah): Puteri bongsu Rasulullah SAW dari Siti Khadijah yang paling disayangi oleh Rasulullah SAW. Dia tergolong wanita Quraisy yang genius dan pintar bicara. Berkahwin dengan Ali bin Abu Thalib. Dia meninggal 6 bulan setelah wafatnya Rasulullah. Dan dari Fatimah Az-Zahrah ini lahirlah zuriat Rasulullah sampai sekarang.
Kredit to Islam2u.
P/s: Berdasarkan ceramah, aku baru tahu bahawa wajib bagi umat Islam mengetahui putera dan puteri nabi kita...artis kita buleh ingat...xkanlah anak nabi kita kita xmau ingat...
No comments:
Post a Comment