Rakan Seperjuangan

Wednesday, July 25, 2012

Tahap-tahap pekerja yang perlu diketahui

Selamat berpuasa pada mereka yang mampu berpuasa...kali ini aku nak berkongsi sikit tentang apa yang baru aku dengar tentang tahap2 pekerja...


Taraf wajib-
Kehadiran pekerja jenis ini amat diperlukan-kalau pekerja ini tak datang kerja maka keadaan tempat kerja akan  menjadi janggal...bukan itu sahaja malah kehilangan pekerja yang bertaraf wajib amat dirasai oleh pekerja2 lain...pendek kata..kalau dia xda..maka susahla keadaan pada hari itu...
 
Tarat sunat-
Bagi yang bertaraf sunat pula, kehadiran pekerja ini amat menyenangkan ramai pihak akan tetapi kehilangannya tidaklah begitu dirasai seperti mana pekerja taraf wajib..selain itu kenangan terhadap pekerja taraf sunat ini juga tidak begitu mendalam...

Taraf mubah@harus-
Bagi yang tahap ketiga ini...pekerja ini kalau ada dengan tak ada sama sahaja..kalau tak datang kerja pun tidak akan mendatangkan apa2 kesan baik manfaat atau mudarat...aku percaya ramai pekerja tergolong dalam keadaan ini...termasuklah aku kot...

Taraf makruh-
Tarak ke 4 ni kalau boleh kenalah ubah...ini kerana pekerja ini kalau dia ada maka akan berlaku masalah...dipendekkan cerita kalau dia tak ada atau xdatang kerja maka pekerja lain akan jadi senang...

Tahap haram-
Bagi yang bertaraf haram...kehadiran pekerja itu sangat merugikan...malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ketiadaannya amat diharapkan...lebih baik berhenti saja dari menyusahkan pekerja2 lain...

Pada bulan mulia dan penuh berkat ini marilah kita sama2 muhasabah dan menilai diri pada tahap manakah kita berada...adakah kita ini pekerja yang bertaraf wajib, sunat, harus, makruh atau pun haram...

P/s: Sebelum dapat kerja janji tekun bekerja, sudah diterima cuti dan mc saja...belum dapat gaji nak jimat tak nak rugi...sudah dapat gaji duit habis dijoli...habis dijoli kesana sini...(lirik lagu senario sebelum dan sesudah)

1 comment:

Anonymous said...

Casino Secret | How To Find The Best Online Casino Secret In
Secret is one of the most popular casino 샌즈카지노 sites that we fun88 vin know and love. It offers some of the most exciting bonuses カジノ シークレット and offers for its players.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...