Rakan Seperjuangan

Monday, August 6, 2012

Puasa untuk merasai penderitaan orang miskin?

Salam sejahtera ku ucapkan pada pembaca setia...dah 2 minggu xupdate...hari ini nuzul quran...student cuti tapi aku datang kerja...cuma xperlu mengajar...ingin ku isi masa dengan mengupdate sedikit sempena bulan puasa yang dah melebihi fasa pertama..

Baru2 ini dalam sesi tazkirah sebelum solat khutbah jumaat..ada seorang ustaz yang mahu membetulkan tanggapan umum masyarakat yang mengatakan bahawa tujuan puasa adalah utk kita merasai dan memahami penderitaan orang2 miskin...agar kita dapat memberi bantuan pada golongan2 miskin...menurut ustaz itu..ia bukan tujuan utama puasa...ia merupakan salah satu daripada hikmah puasa...tapi bukan tujuan utama puasa..menurut beliau..jika puasa itu utk merasai penderitaan orang miskin..maka yang dah sedia miskin tak perlu berpuasa lah...pasal hari xpuasa pun susah nak makan..inikan pula sebulan terpaksa berpuasa...

ustaz tu menjelaskan bahawa tujuan utama puasa adalah Allah ingin melihat sejauh mana kita patuh pada perintahNya...kalau puasa kita sanggup...kenapa dalam hal lain kita tak sanggup...

Kalau puasa, kenapa kita begitu patuh dan menahan makan minum berbelas2 jam...sedangkan bukannya ada orang yang memerhatikan kita sepanjang tempoh tersebut..ada begitu byk masa dan peluang utk kita makan minum tanpa diketahui oleh orang lain...tapi kenapa kita tetap menahan lapar dan dahaga...

Lapar dan dahaga adalah nafsu manusia yang paling utama...nafsu utk makan minum adalah mengatasi segalanya...andai diberi 1000 perempuan tapi tak diberi makan minum...pastinya kita akan menolak...menunjukkan bahawa nafsu makan minum adalah melebihi nafsu syahwat...

Justeru kita pun pelik kenapa sanggup berpuasa makan minum tapi dalam bab2 lain kita tak mahu tunduk pada perintah Allah...nama saja berpuasa tapi aurat terdedah juga, pakai ketat2 juga, mengumpat2 juga...paling dahsyat...puasa xpernah tinggal...tapi solat xpernah buat...

Ada cerita benar yang lebih pelik iaitu berpuasa sepanjang hari...waktu berbuka baru makan minum...lepas tu solat maghrib diabaikan...tapi bersungguh2 solat terawih...pelik sungguh kerana mengutamakan yang sunat berbanding yang wajib...

Dah byk kali aku ulang dalam blog ini bahawa solat itu adalah tiang agama...siapa yang hanya berpuasa tapi tidak menjaga solatnya...maka tidak akan dikira amalan puasanya itu...puasa penuh 30 hari tapi solat 5 waktu asik terabai...ketahuilah bahawa mereka tidak akan mendapat sedikit pun pahala puasa dan pahala2 lain...walaupun pada bulan ini dia menjamu orang berbuka puasa seramai sejuta orang...tapi dia sendiri tidak solat..atau solat tidak cukup...maka sia2 sahaja amalannya kerana solatnya tidak sempurna...

Bagi yang kurang jelas...ingin aku beri satu perumpamaan ringkas...solat itu adalah ibarat penimbang atau neraca atau dacing utk menyukat barang...pahala2 ibarat barang...apa terjadi pada barang2 jika tidak ada sesuatu utk disukat atau dinilai...mmg tidak ada makna lah kan...

Dalam kubur pun ditanya tentang solat dahulu...dah selesai bab solat baru pahala2 lain dikira...andai kantoi bahagian solat...maka pahala2 lain itu adalah sia2 sahaja..

Justeru kenapa masih liat utk solat...solat bukan lama pun..tidak sampai satu jam jika digabungkan 5 waktu tu...kenapa kita sanggup tahan lapar dan dahaga lebih 12 jam..tetapi masih angkuh dan sombong utk tunduk sujud pada Allah...kenapa kita rasa bersalah kalau berbuka sebelum waktu tapi tak rasa apa2 kalau tidak solat?

Puasa itu bukan utk merasai penderitaan orang2 miskin...tapi puasa itu adalah ujian utk menguji sejauh mana hamba itu taat pada perintah Allah...kenapa boleh ketepikan keinginan paling utama tapi dalam masa yang sama tidak mahu patuh pada tuntutan2 yang lain...pasal itulah dalam Quran disebutkan puasa itu wajib..dan mudah2an kita akan menjadi orang2 yang bertaqwa...taqwa itu ertinya takut pada Allah...dalam puasa kita takut utk berbuka sebelum waktu..ada yang takut batal hingga xberani korek telinga dan hidung yang gatal...punyalah takut terbatal puasa...tapi dalam hal lain..kadang2 sampai terbatal iman dan syahadah tapi buat tak tahu je...cakap ikut sedap mulut je...halal haram pakai hentam saja...

Berpuasa seharian tapi bila berbuka..minum minuman keras...bukankah itu pelik...puasa dah jadi acara berlapar..bukan satu bentuk ibadat..puasa dah jadi semacam acara menahan lapar..agar dapat makan byk2 time berbuka nnti...bila perut dah lapar..barulah nikmat makanan tu lebih terasa..adakah itu yang menyebabkan orang berpuasa...

Adakah puasa itu kerana Allah atau kerana semua orang berpuasa jadi kita pun turut berpuasa...kita malu nak makan ketika orang lain semua tak makan...kalau begitulah tahap puasa kita...maka baik berbuka sahaja lah...kerana tak ada pahala pun...begitu juga orang yang tak boleh berhenti mengumpat dan mengata...baik tak payah puasa kerana tak ada pahala langsung atas lapar dahaga itu..

P/s: Kenapa boleh taat pada perintah berpuasa tanpa banyak soal...tapi dalam hal solat, zakat, dan lain2...ada je isu yang timbul...renung2kan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...