Rakan Seperjuangan

Sunday, April 19, 2009

Kewajipan dan kemahuan....

"Kata Farah, jika bertudung nanti biarlah ia dengan keikhlasan hatinya sendiri untuk menunaikan perintah Tuhan. Malah keluarganya juga tidak ada masalah jika dia bertudung atau tidak kerana mereka tidak pernah memaksa untuk melakukan sesuatu yang bukan kemahuannya"

http://www.izyan.com/2009/04/farah-af2-mula-belajar-bertudung.html

farah af2 yg cute tu..dia nak bertudung..tapi sebelum bertudung tu mcm2la publisiti yg perlu ada...ni pun kira publisiti jugakla..

alhamduillah..dah ramai pempuan kat negara ni dah pilih imej bertudung, tutup rambut, tutup sebahagian kepala...

daripada xtutup langsung.at least adela kesedaran tu nak tutup sebahagian..hehehe..

aku bukan ape, bende2 mcm ni lama kelamaan aku tgk ia jadi mcm perlumbaan artis2 atau selebriti atau idola2 atau org2 penting kat negara ni utk bertudung kepala..bermula dengan rancaknya pada ketika ogy ahmad daud dan selepas itu ramai selebriti2 yg mengikutnya...tapi aku paling respek wardina safiyyah..dia xde sikit pun mengurangkan jumlah keluasan tudungnya..xmcm sesetengah org yg hanya tutup rambut..

aduhai perempuan2 islam akhir zaman..dlm quran tu dah sebut dgn jelas lagi tentang kewajipan bertudung sehingga menutup paras dada..bukan aku saje2 reka ni..mmg dlm quran tu jelas..ayat2 pun jelas dan termasuk dlm ayat2 muhkamat..bukan ayat2 mutashabihat yang memerlukan tafsiran pakar agama..

tapi mcm yang aku selalu pegang..prinsip yg aku kadang2 lupa..tugas manusia ni hanya perlu smpaikan sahaja..tapi yg menusuk hati dan memberi kesedaran tu adalah bidang kuasa Allah..

persoalan kat akhirat nnti bila tuhan tanya nape xtutup aurat? buleh ke kita jawab..sesungguhnya yg memberi hidayah dan petunjuk itu adalah tugas MU ya Allah..maka lepaskanlah kami yg xdiberi petunjuk oleh MU ini..nak jwab mcm tu ke?

c'mon la..nak petunjuk mcmna lagila wahai umat2 akhir zaman..nak tunggu sampai nampak neraka dulu ke baru nak sedar..sikit2 ckp belum dpat seru lagi..belum diberi petunjuk lagi..dan macam2 alasan yg meloyakan taik telinga aku..hehehe..

adoila..xnak ckp karang rasa kena ckp..ini bukannya masalah kemahuan tapi hukum dah menetapkan..klu nak pakai bab kemahuan boleh..contohnya hukum ckp boleh makan makanan yang halal..org xleh paksa kita makan roti mcm kat negara arab tu pasal kat sini ade nasi..itu baru org xleh paksa kemahuan kita..tapi klu dah terang dan jelas dlm al quran, kita xde hak nak ckp pasal kemahuan kita..

"Malah keluarganya juga tidak ada masalah jika dia bertudung atau tidak kerana mereka tidak pernah memaksa untuk melakukan sesuatu yang bukan kemahuannya"

contoh macam ayat kat atas ni..kalau dia ganti perkataan "bertudung" tu dgn "makan nasi" xpela..ini bertudung yang menjadi kewajipan setiap perempuan islam yang cukup syarat..boleh dia kata "bukan kemahuan"..klu aku sendiri yang tafsir ayat tu..dah lama aku ckp dia tergolong dlm org2 yang kuffar..pasal dia xmahu terima hukum yg tuhan dah tetapkan..

tapi nnti org kata aku ni fanatik pulak..utk pengetahuan korang sume..tolak satu huruf dari al quran tu dah kira kafir..inikan lebih dari satu huruf..ini kewajipan..sape yang xtau makna wajib..wajib ni suka ke xsuka ke kena buat..contohnya bgun solat subuh..sape yang suke bgun pagi pastu solat subuh?..tapi sebab bende tu dah wajib..kita kena buatla juga..terpaksa bgun pagi2 pastu solat dua rakaat..

mcm juga bertudung atau tutup aurat bg org islam..suka atau x, itu adalah kewajipan..bukan nabi yang tetapkan..bukan ulama yang tetapkan..tapi Allah sendiri yg tetapkan..buleh pulak kita main2 ye..umat sekarang ni mmg berani..klu umat nabi2 dahulu dah lama dah kena balasan..tapi umat nabi Muhammad ni umat yg paling baik..nabi sebelum wafat dah mintak kat tuhan agar jgn terus balas atau hukum umatnya kat dunia ni..klu xkerana permintaan dan belas kasihan Allah..pasti dah lama dunia ni hancur kot..umat nabi2 dahulu kerana sebab homoseks, terus kena azab..tipu dlm jual beli, terus kena azab..kerja pada hari yang diwajibkan ibadat..terus kena hukum..enggan terima dakwah nabi, terus kena azab..

tapi tgkla umat sekarang..masih senang lenang lagi..segala kemungkaran umat2 terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah, ade pada umat sekarang..siap berbangga2 lagi..contohnya perkahwinan sejenis..hehehe...

aku pun heran..seolah2 kita ni kebal dan menongkat langit..seolah2 kita akan hidup selama lamanya..sume org tahu mati itu adalah xdpt nak elak..tapi berapa ramai yang percaya lpas mati kita akn dibangkitkan semula?..itu perkara utama yg membezakan umat islam dgn bukan islam..

aku mlasla nak tulis dgn lanjut..bukan ramai pun yang baca penulisan aku ni..mmber2 pun asyik mengadu aku tulis panjang sangat..hahaha...

oklah aku stop dulu..klu ade nak tambah nnti aku tambah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...