Rakan Seperjuangan

Monday, April 20, 2009

Perihal Al Faatihah...

Malam yg syahdu ini aku nak citer sket pasal surah Al Faatihah..antara rukun utama dalam solat dan surah pertama dlm quran..faatih maknanya buka..Al faatihah adalah surah pembukaan al quran..mempunyai tujuh ayat..

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.


Surah ini juga dikenali sebagai surah doa..kerana dlm surah ni ada doa2(buleh rujuk ayat 6)…perlu dibaca 17 kali sekali dlm 5 kali solat…juga dikenali sebagai ummu al kitab..

Mengikut kitab2 tafsir yang terkemuka dan mu’tabar..org2 yg tuhan murkai dlm al faatihah adalah bangsa Yahudi..org2 yang sesat pula adalah golongan Nasrani…

Yahudi ni mmg bangsa yang tuhan murkai sejak mereka menyimpang dari ajaran nabi..merekala bangsa yang membunuh para nabi..tidak ada bangsa lain yg membunuh para nabi selain dari kaum yahudi..golongan yahudi ni bukanla hebat mana pun..pasal time mereka berdebat dgn nabi dan para sahabat..mereka xpenah menang..golongan yahudi ni jadi kuat akhir2 ni pasal org2 islam dan xbersatu padu…andai kata Negara islam kat sekeliling palestin tu bersatu menentang Israel..kurang dari satu jam Negara Israel tu dah hancur..tapi ape nak buat, umat islam sekarang takut..takut nnti hilang minyak dan macam2 takut lagila..hehehe..

Kaum Nasrani pulak sesat kerana menganggap nabi Isa tu sebagai anak tuhan...ape yang diharapkan adalah kita ni paling kurang dapat terjemah surah al faatihah dah cukup..klu xpandai nak tafsir pun xpe janji kita tahu nk terjemah..tapi klu dapt tafsir lagi bagus..hehehe…

Surah al faatihah ni amat penting sekali bg umat islam..jika kit abaca al faatihah dengan sebutan yang betul…maka solat kita xditerima…aku ulang..klu baca xbetul maka solat xsah..melainkan mereka yang masih dlm belajar nak betulkan bacaan al faatihah..

Ini yang aku paling risau..ramai org masih xtau bende ni..kadang2 kita dengar ade org baca al faatihah xberapa nak betul terutamanya dari sudut sebutannya…dan ini kadang2 buat aku ragu2 nak ikut imam yang baca xberapa nak betul ni..huhu..

Oleh itu..marilah kita sama2 membaca surah al faatihah ni dgn betul…klu xreti. Cari org yg reti..jgn biarkan kita dalam kejahilan..bukan ambik masa yang lama pun..lagu2 kita sanggup hafal..ape salahnya al quran yang menjadi rukun solat ni..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...