Rakan Seperjuangan

Wednesday, April 29, 2009

Binatang halal dimakan

tajuk ni agak luas nak dihurai...tapi aku akan cuba ringkaskan kepada yang penting2 sahaja..aku nak fokus pada binatang atau keadaan binatang yang kita boleh makan dan xboleh makan..

pertama binatang dua alam.hidup dlm air dan atas darat..setakat yang aku dgr dari kuliyah ustaz azhar(asyik2 aku rujuk dia, tapi mmg hujah dia senang diterima)..binatang dua alam yg haram dimakan adalah jenis yang kuat pada dua2 habitat..maknanya dlm air dia kuat, atas darat pun dia kuat..macam kura2 atau penyu..dlm air dia boleh duduk lama..atas darat pun dia boleh hidup lama..

manakala ada sesetengah spesis binatang seperti ketam dan ikan tembakul yang hidup dua alam tapi kat atas darat spesis ni xleh duk lama2..ikan tembakul misalnya boleh naik kat gigi2 air yg lembap..ketam pun sama..xleh stay lama2 atas darat..tapi kat sini ketam nipah agak susah nak tentukan halal haram pasal ketam ni buleh bertahan lama kat atas darat..itu pasal ada yg kata haram makan..

mengenai binatang buruan pula..kita boleh guna anjing buruan..dgn syarat anjing tu mmg dilatih utk ikut arahan kita..maknanya anjing tu hanya akan kejar binatang buruan apabila kita arahkan ia kejar..jika ia kejar tanpa arahan kita..maka kita haram makan binatang buruan itu kerana ia adalah rezeki anjing tersebut..jika kita bg arahan baru dia kejar..kita hendaklah niat dgn nama Allah..andai kata time kita sampai kat binatang yg dikejar anjing tadi masih hidup..kita hendaklah sembelih ia secepat mgkin..jika binatang tadi sudah mati digigit anjing buruan kita..maka hukumnya halal kita makan binatang itu pasal masa kita lepas tadi..kita niat dgn nama Allah..hehehe..tapi sekarang ni ade ke yg guna anjing buruan?aku tulis kat sini sebagai panduan je..

P/S:utk penjelasan lebih lanjut..sila rujuk pada yg betul2 pakar..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...