Rakan Seperjuangan

Tuesday, April 21, 2009

Solat Hormat Waktu?..

Aku ni mmg agak jahil part2 solat selain dari solat 5 waktu..klu tanya aku bab2 solat sunat mmg aku blur2 sket..huhu..baru2 ni aku dgr pasal solat hormat waktu..ape bende solat hormat waktu ni..

Dari ape yang aku dgr dari ustaz azhar idrus..solat ni adalah solat yang dilakukan sekiranya kita xsempat nak tunaikan solat fardhu kerana sebab2 tertentu..contohnya terperangkap dlm kesesakan jalan raya..terkurung dalam rumah atau sebagainya..dimana mmg kita xkan sempat nak tunaikan solat fardu pada masanya…

Contohnya kita balik dari ofis kul 5 petang..bajet nak solat asar kat umah..tapi kita terperangkap dengan trafik jam..mmg xsempat nak solat asar la pulak..klu kita sampai rumah..waktu asar pun dah abih..so dlm keadaan ni..buleh kita solat hormat waktu..

Solat hormat waktu ni tujuannya agar kita xmmbiarkan waktu solat itu berlalu begitu saja…nnti kita akan berdosa kering mcm tu je..solat hormat waktu ni..xperlu ambik wudhuk pun..klu kita dlm kereta time tu..sembahyang je dlm kete..xperlula nak naik bumbung kete nak solat..solat kan ade kelonggaran juga..bolehla bergerak slow smbil tekan minyak ke..klu penumpang lagi senang..sembahyang je sambil duduk..bacala bacaan2 dlm sembahyang..

Tapi jgn igt lepas dah solat hormat waktu ni kita dah setel..belum setel lagi..nnti bila dah sampai destinasi atau tempat2 yang kita boleh solat..kita WAJIB qada atau ganti balik solat yang kita tertinggal tadi..solat hormat waktu ni sekadar xmmbiarkan kita berdosa kerana xsolat langsung sehingga luput waktu solat..contoh kita langsung xsolat asar sampai maghrib kerana tersangkut dlm trafik jam..

Ni la tujuan solat hormat waktu..pasal nnti kita akan berdosa besar mmbiarkan waktu solat berlalu begitu sahaja, tapi perlu diingatkan bahawa kita tetap wajib qada solat yang kita tertinggal itu…moga2 ibadat kita diterima..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...