Rakan Seperjuangan

Thursday, April 23, 2009

Bala dari tuhan...

Aku duk dengar perdebatan yang berkisarkan Tsunami:Bala atau kejadian alam diantara Ustaz Hassan Tantawi dari Pahang dengan Astora Jabat yang merupakan kedua editor majalah Al Islam ketika itu..dlm hujah2 ustaz hassan tu yg suaranya macam TG Haji Hadi, dia ade gak sebut pasal hadis nabi yg menjelaskan tentang perkara yang menghalalkan dan menyegerakan atau mempercepatkan turunnya bala dari Allah..

ni la yang sempat ustaz hassan tantawi sempat huraikan

1.Harta negara berlegar dikalangan org tertentu sahaja..xbahagikan kepada mereka yang berhak,xdibahagikan kepada rakyat dan mereka yang memerlukannya..pendek kata..tidak adil dlm mengurus harta negara(ni aku tambah sendiri)

2.Amanah dijadikan sebagai batu loncatan utk mencari kemewahan atau kekayaan..contohnya kita amanahkan wakil rakyat utk bela nasib kita tapi depa ni pulak duk sibuk cari rumah besar dan kete besar dan segala bentuk kemewahan..

3. Zakat jadi mcm hutang, org mula mmbenci zakat, menyampah bila ade org kutip zakat dan sebagainya..ibarat org yg kutip zakat tu dah kita anggap mcm org datang nak kutip hutang..

4.Suami taat pada isteri..bab ni mmg aku nak gelak..besela klu isteri gaji besar ke ade pangkat ke..sedangkan lelaki itu ketua pada perempuan..klu ikut ckp isteri buat benda baik xpela jugak..ni klu isteri xbg g mesjid pun ikut mmg nak cari bala la tu..

5.Derhaka pada ibubapa..tapi dgn kwn2 berlaku baik..ini mmg dah lumrah zaman sekarang ni..klu dgn ibubapa xpenahnya nak ckp dgn elok2 tapi dgn kawan2 dia baik je..ckp pun lembut je..contohnya org tgh bercintala...kata2 mak bapak depa xhirau tapi klu kata2 pasangan depa ambik berat..

6.Mengangkat suara dlm masjid dengan maksud mmbuat bising agar menganggu org buat ibadah...setakat ni kat sini ok lagi kot..xtaula kat negara2 atau tmpat2 lain..aku percaya bende ni mmg berlaku..


7. Ketua suatu kaum yang dilantik termasuk dlm golongan yang paling jahat dan bukan orang yang baik dan taat kepada Allah..ini pun biasela kat sini..konon ustaz2 ni xreti pasal hal2 pentadbiran..ulamak2 ni tahu ape pasal ekonomi? hahaha..jadi yang dilantik tu ade rekod rasuah, pecah amanah, skandal pun xpe..janji mereka ni tahu pasal2 pentadbiran dan pandai bab2 ekonomi..suka hati bapak tiri laki mak korang la..aku mmg pilih tok guru..huhu..

8. Hormat atau muliakan org bukan kerana kebaikan tapi takut kejahatan dia menimpa kita..ini pun perkara biasa..kita dah tau org tu jahat dan ahli maksiat..tapi kita tetap mengampu dia..tabik spring kat dia..pasal klu kita tentang dia..kita mgkin kena buang keje..kena posting kat pedalaman ke..nak xnak taat jela kat org jahat tu..klu mcm tu..kita sama2la tunggu bala dari Allah..

9.Minum arak secara terbuka dan berleluasa..ini pun dah jadi lumrah jgk..siap bangga lagi sampai ambik gambar buat kenangan..org tgk pun xkisah pasal mereka ni artis..aku pun layan juga blog2 artis..mmg bykla gambar2 sosial artis kita bergambar dgn botol2 arak..

10.Makin ramai yg pakai sutera..aku pun xberapa clear pasal ni..tapi aku mmg tahu org lelaki diharamkan pakai sutera asli..tapi org lelaki sekarang ni ambil kisah ke halal haram? janji mereka xmau dicop sebagai xikut trend..nasib baik trend pakai sutera..aku rasa klu trend pakai kertas pun depa ikut..lelaki xleh pakai sutera..itu pakaian kat dlm syurga..kat dunia ni degil nak pakai..tunggula bala datang..

11.Penyanyi2 wanita dijulang dan dipuja..part ni aku mmg terkejut..mcmna nabi pada 1400 tahun lalu dah cerita pasal ni..org dulu2 pasti heran dan xpercaya..tapi ternyata benar sekali..bukan saje penyanyi2 wanita tu islam..malah yang bukan islam pun kita org islam ni puja dan agungkan lebih2..

12.Muzik2 yang keterlaluan dan alat muzik yang melalaikan menjadi rutin..alamak!!! ni macam kena kat batang hidung aku sendiri ni..huhu..tapi sekarang ni aku dah tau..moga tuhan ampunkan dosa aku zaman jahiliyah sebelum ni..huhu..islam xharamkan muzik dan nyanyian..tapi jgn sampai time org azan kita masih nyanyi lagi..masih karaoke lagi..berpada2 la..

13. Org kemudian memperlekehkan umat2 dahulu,ulamak2 terdahulu..konon org sekarang ni lagi pandai dan lagi adil dari umat terdahulu..ni pun aku buat pada zaman jahiliyah aku..tapi aku dah insaf dah..ala..contohnya aku penah pikir..klu betul sahabat2 nabi tu..(umar,usman,ali) tu hebat..nape sume tu mati dibunuh?huhu..aku time tu zaman jahilyah lagi..aku sekarang dah xpikir macam tu dah..huhu..aku xmau mengundang bala dari Allah..

Sahabat pun bertanya kepada nabi apekah bentuk bala yang akan menimpa..nabi pun jawab antaranya dapat angin ahmar(stroke), gempa bumi(termasukla tsunami kot), manusia hilang perikemanusiaan..dan ada ulamak yang mentafsirkan manusia hilang rupa fizikal manusia..(maybe mcm contoh mutasi akibat dari nuklear camtu-aku tambah sendiri je)huhu..

cuak gak aku dengar..pasal sebab2 tu mmg dah berlaku sekarang ni..nabi kita dah warning lama dah..tapi ape nak buat..kita ni dahla jahil tapi tetap xmau keluar dari belenggu kejahilan..bila bala datang mulala nak salahkan tuhan..tuhan ni xadil la ape la..padahal itu berpunca dari kita..ade maksiat kita biar je..ade munkar depan kita pun kita xbuat ape2..

P/S: bala=ujian..termasukla bende2 buruk dan nikmat dari tuhan sebagai ujian dan balasan pada hambanya..mudah2an sebagai kafarah@penebus dosa2 kita terdahulu dan akan datang..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...