Dalam salah satu daripada entri kat forumdigitalmukmin
ada sorang hamba Allah yg tanya pasal permasalahan tahlil..aku pun nak juga tahu pasal perkara ni..sekarang ni mmg byk kes org mati..mmg kebelakangan ni kerap je aku dgr org mati..org dekat dgn aku atau org dekat dgn mmber2 aku..
masalah kenduri tahlil ni timbul apabila org sekarang ni dah mula nak ambil tahu pasal hukum2 dan nas2 bg setiap amalan yg dilakukan spt amalan tahlil dan talqin..ustaz azhar telah menjawab seperti berikut:
_____________________________________________________________________________________
Tahlil tidak ada nas yang menyebut dengan jelas.
Ia berasal dari amalan umat Islam di Yaman pada zaman salafu solih.
Walau bagaimana pun tidak ada nas pula yang melarangnya.
Olih itu siapa yang nak buat silakan dan siapa yang tak nak buat pun tidak menjadi kesalahan.
Ikhtiar membantu si mati tidak semestinya dengan tahlil bahkan boleh dengan apa jua amalan akhirat yang dilakukan seperti bersedekah, berzikir dan seumpamanya.
Jika nak buat kena jaga syarat2 berikut :
- Jangan diiktikadkan ianya adalah sunnah dan suatu kewajipan.
- Jangan ditentukan dengan bilangan hari seperti 3 hari atau 7 hari atau 100 hari.
- Tuan rumah berniat menghadiahkan pahalanya kepada simati bukan semata2 adat sahaja.
- Tidak memakai harta simati jika ada waris yang masih kecil.
- Para hadirin pula bukan bertujuan untuk makan tetapi untuk menolong simati.
Puak yang menghukumkan sebagai sesat pula adalah salah kerana memakai zohir hadith sahaja.
Suatu hari seorang lelaki bertanya kepada nabi saw adakah bolih ia bersedekah kepada ayahnya yang telah mati maka jawab Nabi saw : Ya. Boleh dengan memberi orang2 minum air.
Olih itu jika dibuat jamuan kepada tetamu yang hadir dengan niat sedekah pahalanya kepada simati maka hukumnya adalah harus kerana berdalil dengan hadith tersebut.
Rujukan : Kitab Fatawa Syeikh Nasr farid Wajdi Bekas Mufti Besar Negeri Mesir
_____________________________________________________________________________________
P/s: bg aku adalah lebih baik bagi kita belajar ilmu2 agama agar kita lebih mudah buat pertimbangan..lebih mudah bg kita nak tentukan halal haram..xrugi belajar ilmu agama ni..
No comments:
Post a Comment