Aku dah tanya perkara ni pada ustaz azhar idrus menerusi forum digital mukmin..ini dia soalan aku
___________________________________________________________________________________
Assalamualaikum Ustaz...
Tadi ada non muslim tanya saya kenapa org Islam xdibenarkan derma organ...dulu saya pernah dgr melalui vcd ustaz bahawa derma organ bg org yang dah mati tu xboleh...pasal organ kita ni bukan hak kita tapi cuma dipinjamkan kepada kita..lagi satu setahu saya org yg sudah mati masih boleh merasa sakit..
Syeikh Yusuf Al-Qardawi pun cakap buleh derma organ selepas mati dgn syarat xberikan pada org kafir dan murtad..saya terus jadi keliru yg amat...apapun saya berpegang kepada org mati masih boleh merasa sakit...jadi xpatutla bedah badan mereka yg dah mati ni...
Ape pendapat ustaz, mufti johor noh gadut dan mufti wilayah hasyim yahya dan fatwa buleh derma organ selepas mati...dan dianggap sedekah pulak..
Bagaimana pulak hadis nabi yg larang kita mengasari mayat.."mematahkan tulang org yg sudah mati adalah sama seperti mematahkan tulang org hidup"...ilmu saya xbanyak Ustaz, saya xtahu ini hadis sahih ke, dhaif ke palsu ke..
Dari logik akal, mmg org mati xkan rasa sakit..dari logik akal lagi, org hidup xkisah bedah mayat pasal xpenah ade simati mengadu sakit ketika dibedah...ada pendapat kata derma organ ni mcm darurat juga(mcm dibenar makan babi nak selamatkan nyawa)...adapun derma organ org hidup ni rasanya xde masalah asal xmudarat...persoalannya adalah derma organ simati..meskipun simati dan pesan agar organnya didermakan, tapi badan kita ni bukan milik kita kan? lepas mati kena kembalikan ke tanah juga..
Harap Ustaz dapat jelaskan perkara yg penah jadi isu besar ini iaitu derma organ org yg telah mati dan hukum bedah siasat nak tahu punca kematian..saya yakin Ustaz dapat memberikan jawapan pada persoalan ini utk menyelesaikan kekeliruan semua pihak InsyaAllah...
Akhir sekali saya mintak maaf kerana tulis agak panjang..saya akan muatkan dlm blog saya jika Ustaz sudah mmberikan penjelasan...saya xberani nak buat hukum sendiri..ilmu saya xbanyak..
Sekian, terima kasih...
_____________________________________________________________________________________
demikianlah pulak jawapan dia..aku bukan reka2 tau..
"Saya cenderung kepada pendapat yang mengatakan derma organ hanya diharuskan ketika masih hidup.
Ada pun jika telah mati maka hukumnya adalah haram dan tidak termasuk dharurat sebagaimana kata setengah2 mereka yang mengharuskannya.
Ia sekali2 tidak sama dengan dharurat makan yang haram sebab menyelamatkan nyawa kerana ianya dibenarkan dan ada perintahnya didalam Al-Quran.
Manakala mengambil organ mayat jelas diharamkan dalam hadith soheh yang melarang menyakiti mayat.
Jika mengambil organ mayat dikira memberi menafaat kepada org yang hidup maka semua mayat hendaklah dimabil organ mereka disebabkan orang hidup terlalu ramai yang menderita berbagai penyakit.
wallahua'lam"
_____________________________________________________________________________________
P/s: malas aku nak hurai panjang lebar.yg pasti kita yg hidup ni xkan dpat nak pastikan samaada org yg dah mati tu rasa sakit..tapi sebagai org islam kita ada hadis sahih daripada nabi kita yg menjelaskan bahawa org yg dah mati tu tetap berasa sakit..tapi ape nak buat, kajian sains belum lagi dapat buktikan tentang roh kita..tentang nyawa kita..kat mana nyawa kita..tapi kita dah berani tanggung risiko sanggup bedah lepas mati.hehehee...
No comments:
Post a Comment