Rakan Seperjuangan

Thursday, September 30, 2010

Khitan@Sunat@Jawi@Circumsicion

Entri Ke 255, aku bukan dalam keadaan terbaik untuk menulis, tapi aku gagahkan juga pasal aku perlu melawan sifat malas ini...daripada taip kena tengok keyboard hingga taip tak perlu tengok keyboard, rasanya aku tidak sepatutnya malas untuk berkongsi ilmu.

Sekarang dah akhir zaman, semua orang tidak segan silu nak bercakap pasal hukum, macam aku jugaklah...tapi aku memang tak berani nak tetapkan hukum sendiri, aku bukan nabi, aku bukan alim ulamak, ular dalam semak lebih mulia dari aku...aku cuma nak berkongsi setakat mana yang aku tahu dan aku dengar, jika ada pro dan kontra, itu adalah perkara biasa kerana ia bukan persoalan pokok, sedangkan solat yang rukun Islam pun ada bercanggahan pendapat, bukan dari segi kewajipan tapi dari segi pelaksanaan.

Orang melayu lazimnya biasa dengan sunat atau masuk jawi atau khatan ini, biasanya ia merujuk pada lelaki yang perlu membuang lebihan kulit pada kemaluannya agar tidak menanggung najis ketika solat, atas kesedaran yang semakin baik, tidak seperti zaman dulu yang mana lelaki hanya akan bersunat bila hendak berkahwin, soal menanggung najis tidak menjadi perkara utama kerana ramai yang bersunat walaupun selepas akil baligh...

Sekarang ini budak2 seawal darjah 3 pun sudah bersunat, secara beramai2 dan dalam satu majlis yang agak meriah, dan peluang untuk mendapat duit juga bagi sesetengah kanak2...tidak kiralah macam mana sambutannya, perkara pokok disini adalah budak2 lelaki yang sudah berkhatan tidak lagi dikira menanggung najis. Berbanding mereka yg belum berkhatan dimana dikira menanggung najis kerana terdapat sisa2 air kencing dalam lebihan kulit pada kemaluan mereka.

Khitan merupakan sunnah nabi bermula sejak zaman nabi Ibrahim lagi dan seterusnya terus diamalkan oleh nabi kita dan menjadi amalan hingga sekarang. Hikmah yang paling besar adalah bebas dari sebarang najis ketika hendak beribadat kerana tidak ada lagi sisa2 air kencing yang tertinggal tanpa dibasuh. Zaman sekarang bukan penganut islam sahaja yang berkhatan tapi ia turut diamalkan oleh penganut2 agama lain, yahudi pun termasuk.

Khitan bagi lelaki bukan satu masalah besar, yang menjadi masalah besar adalah khitan bagi perempuan. Malah ramai yang memandang remeh akan perkara ini dan tidak kurang juga ada yang menganggap ia suatu perkara yang kejam dan tidak berperikemanusian. Lebih2 lagi dunia dimomokkan dengan peristiwa kematian budak perempuan akibat khitan. Lebih teruk lagi ia digelar sebagai genital mutilation oleh barat, bukannya circumsicion, kerana mutilation itu amat kasar bunyinya dan menggerunkan.

Perkara ini pernah dipaparkan dalam National Geographic tentang amalan khitan bagi perempuan ini, macam biasa yang kontra itu adalah orang islam yang dari luarannya memang tidak mahu kepada islam, perempuan islam yang tidak bertudung pulak tu yang mengatakan ia tidak ada dalam Quran..lantak dia lah...

Bagi mereka yang tidak tahu, khitan pada perempuan dilakukan ketika budak itu masih bayi, dan ia hanya melibatkan pemotongan sedikit lebihan kulit pada kemaluan perempuan, ada ustaz sebut ia sebagai "potong sedikit lebihan kulit pada kawasan "butir geli". aku pun kurang arif dalam hal kat mana yang dibuang sedikit, tapi orang2 perempuan dulu2 pasti tahu. So tanyalah mereka untuk penjelasan lanjut. Tidak timbul lagi isu khitan bagi perempuan yang dah besar, ustaz tu melawak lagi dengan menyatakan kesanggupan dia untuk menjadi mudim jika ada pempuan dewasa hendak khitan, menunjukkan ia patut dilakukan ketika budak itu masih kecil.

Antara hikmah khitan bagi perempuan adalah untuk mengurangkan nafsu syahwat yang berlebihan. Lihat sahajalah perempuan barat yang tidak khitan itu, adakah mereka malu untuk berzina dan bertukar2 pasangan? malah dianggap kolot jika masih dara jika umur dah belasan tahun. Itulah petanda akibat tidak khitan, iaitu tidak malu pada lelaki dan juga tidak malu untuk berzina, kuat nafsu dan sebagainya.

Tidak akan dapat dibuktikan secara saintifik kaitan antara khitan dengan tabiat perempuan tapi kita sebagai orang islam perlu berpegang pada pendapat mereka yang lebih alim dalam hal2 yang berkaitan dengan agama islam itu sendiri, tidak salah hendak percaya pada sains, tapi janganlah agama islam tidak diendahkan dan ditolak.

Barat memang sejak beribu2 tahun dahulu memang tidak akan merestui Islam, jadi tidak hairanlah macam2 cara digunakan bagi meracuni pemikiran umat islam. Contoh mudah adalah amalan khitan yang mula ditinggalkan pada tahun 80an dan 90an...kesannya yang dapat kita lihat adalah meningkatnya kes perzinaan dikalangan umat islam dinegara ini, budak2 perempuan seolah2 tidak segan silu melakukan zina dengan pasangan dan bertukar2 pasangan dan mengadakan seks rambang, sebijik macam kat negara barat, bezanya kat sini budak perempuan melayu yang beragama islam.

Kita pun dapat lihat betapa budak2 perempuan sekarang ini tidak takut dengan lelaki, tidak malu dengan lelaki, seolah2 tidak ada sebarang batasan pergaulan antara lelaki dengan perempuan. Video lucah semakin bertambah, kebanyakannya adalah rakaman sendiri, dimana sahaja, termasuk dalam kelas dengan berpakaian sekolah, siap perempuan bertudung dan memakai baju kurung lagi. Aku bukan nak kata perempuan itu masa kecik tidak khitan ke ape, tapi antara hikmah khitan adalah bagi mengekang nafsu perempuan agar mereka dapat mengawal nafsu dan menjaga maruah diri.

So kalau ada lihat perempuan2 tak malu dengan lelaki tu, yang bergaul bebas tanpa batasan tu, kemungkinan besar masa kecik dia xsunat lah tu...hahahaha...lawak2 jugak, saban hari ada je kes buang bayi lah, kes sumbang mahramlah, macam2 kes yang tidak sepatutnya berlaku pada orang islam...sekarang ni lagi best, mengandung anak luar nikah time sekolah, ada sekolah khas, malahan kalau nak buang bayi pun ada tempat buang bayi, memang terbaiklah penyelesaian ni, entah kitab sesat mana yang dirujuk, sedangkan Quran tak mahu rujuk...

Nak cerita kat sini, zaman dah canggih, peluang untuk kematian akibat khitan itu amat tipis, lagipun ia hanya melibatkan luaran sahaja, dan proses pun sekejap sahaja...jangan perjudikan nasib anak2 kita, kembalilah pada islam, jgan terikut2 dengan barat yang sudah hancur itu, mereka sudah hancur, amat bodohlah jika kita nak ikut acuan mereka, gadis2 mereka, remaja2 mereka dah hancur, seks sebelum kahwin adalah lumrah, kita tak boleh ikut mereka, dalam islam penzina lelaki dan perempuan kena hukum sebat dan rejam...dan jika terlepas hukum dunia, hukum ALLAH menanti, siksa kubur pun menanti, so igt2la sikit...

Aku percaya nanti ada yang tuduh aku ekstremis mati2an pertahan adat kuno yang menindas perempuan...lantaklah, ada sebab mengapa islam tak benarkan perempuan jadi pemimpin, ada sebab mengapa kuasa talak tidak diberikan kepada perempuan, ada sebab mengapa perempuan tidak dibenarkan poligami, ada sebab mengapa perempuan hanya dapat satu bahagian dan lelaki dua bahagian harta pusaka, ada sebab mengapa perempuan tidak boleh solat dan puasa penuh, ada sebab mengapa perempuan islam perlu tutup semua badan kecuali muka dan tapak tangan, ada sebab mengapa perempuan tak boleh jadi imam kepada lelaki, ada sebab mengapa perempuan dikenakan iddah...ada sebab mengapa perempuan tidak ada suami yang ramai dalam syurga...ada sebab kenapa perempuan paling ramai masuk neraka...

Semua tu ada sebab, dan hanya perempuan yang beriman sahaja yang akan bersyukur kerana dilahirkan sebagai perempuan, hanya perempuan yang beriman sahaja yang akan bersyukur menjadi penganut agama islam, hanya perempuan yang beriman sahaja yang menganggap islam meletakkan perempuan pada satu tahap yang tinggi...namum sekarang ini dunia kecoh pasal isu tidak sama rata antara lelaki dan perempuan, isu konon islam melayan perempuan dengan teruk, maka tidak hairanlah kenapa masa israk mikraj, nabi melihat neraka itu dipenuhi oleh kaum perempuan...

P/s: Ini bukan tempatnya aku nak jelaskan satu persatu tentang isu khitan@sunat@jawi@circumsicion ni...cuma aku harap dapat menyumbang sedikit ilmu dan sedikit nasihat dan peringatan...sekian...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...