Rakan Seperjuangan

Wednesday, January 27, 2010

Boleh ke berkabung?

Sebelum tu nak jelaskan disini...ini bukan fatwa aku suka2 buat..tapi bende ni dah lama aku dengar...pasal hukum2 berkabung, bagi yg xtau berkabung tu ape...berkabung ni adalah ritual atau perlakuan yg menunjukkan kita berasa sedih atas kematian seseorang...tapi dalam konteks malaysia...biasanya berkabung atas pemergian raja atau sultan atau agong...persoalan yg timbul ialah adakah agama Islam mmbenarkan umatnya berkabung?

Jawabnya mmg ada...tapi untuk perempuan yg kematian suami sahaja...berkabung selama 4 bulan 10 hari...itu pun tidak dinamakan berkabung, sebaliknya dinamakan iddah..iaitu tempoh masa yg ditetapkan dimana perempuan itu tidak dibenarkan keluar dikhalayak ramai utk berseronok seolah2 tiada ape2 yg berlaku...perempuan itu dikehendaki berada dirumah sahaja..melainkan perlu keluar kerana mencari rezeki, tapi xboleh melebihi batas...sebaik sahaja lepas 4 bulan 10 hari tu..bulehla menjalani kehidupan seperti biasa...

Persoalan yg timbul adalah berkabung di negara ini terutamanya bagi meratapi pemergian sultan, raja atau agong...biasanya ada dibuat lilitan di songkok, bendera separuh tiang, kena pakai tudung tertentu, lilitan di lengan dan sebagainya...setahu aku yg mengenakan lilitan pada pakaian yg dipakai demi niat berkabung itu adalah haram kerana meniru perlakuan agama lain...

Persoalan lagi kenapa kena buat juga klu haram...masalahnya disini adalah kerana ulama2 bukan menteri yg berkuasa mutlak...lainla ulama tu perdana menteri...org kat sini xpandang pun pendapat ulama2 dalam soal2 mcm ni...soal berkabung, soal patung atau tugu dan sebagainya...meskipun difatwakan haram, tapi tiada tindakan yg dilakukan utk pelaksanaannya...

Justeru xheranla jika melihat ramai org2 islam, pekerja2 kerajaan terutamanya dikehendaki memakai songkok hitam yg ada lilitan putih kat tengah utk menunjukkan berkabung atas kematian(org dah mati dah xde pangkat) sultan raja agong...nak kata jahil ke atau takut diberi amaran ke ape ke tak tahulah aku...tapi setakat ape yg aku tahu...mmg haram berkabung dengan cara itu...

"BARANGSIAPA YG MENGIKUT CARA SATU KAUM ITU, MAKA IA TERMASUK DALAM KAUM ITU"

jika kita meniru berkabung ala2 nasrani dengan melilit kain pada pakaian, nauzubillah, kita ni telah termasuk dalam golongan nasrani...walaupun kita xberniat nak masuk nasrani...tapi pasal kita ikut cara mereka, yg telah dilarang oleh syara'...maka termasuklah dalam golongan nasrani...apakah agama islam ni lemah sehingga terpaksa ikut agama lain...klu betul pun nak bersedih atas pemergian raja...sedekahkan la al Fatihah ke ape...bukan dengan melilit kain pada pakaian sebagai tanda berkabung...terus terang nak ikut agama lain...

P/s: Umat akhir zaman ni mmg mcm tu...nabi dah bagitau...org kafir masuk lubang biawak pun, org islam akan ikut...org islam sendiri xmau ikut cara islam...huhu...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...