Rakan Seperjuangan

Tuesday, January 19, 2010

Kecantikan Perempuan

Tajuk kali ni pasal kecantikan perempuan...bukan kerana aku buang tebiat nak tukar genre blog aku ni kearah blog kecantikan perempuan, tapi aku nak sentuh sikit pasal ape yg aku dengar bulan lepas...pasal perempuan ni cantik dimata lelaki, cantik disini maksudnya lelaki tgk dengan perasaan bernafsu, xkiralah besar atau kecil...tapi ape yg penting adalah perempuan tu, jika lalu sorang2 kat tempat sunyi...mmg cari nahasla..huhu...

Ada banyak faktor yg menyebabkan perempuan itu cantik dimata lelaki...antaranya mekap, pakaian, bentuk badan, haruman, dan sebagainyalah...xperlu nak terang satu persatu...nnti xsampai point sebenar yg aku nak kongsi disini...sebelum tu nak bagi contoh...

Kalau sebelum kawin, isteri kita(aku belum kawin) tu mmg nak menggiurkan, seksi, anggun, cantik jelita, vogue de vass dan segala mcm perkataan yg buleh menggambarkan bahawa kita tertarik dengan kecantikan dia...bukan saje kecantikan malah sume aspeklah kata org...asyik rindu je nak jupe(org bercinta tahulah bende ni)...pendek kata mmg menawan hati sentiasa...tapi bila dah kwin...perasan tu akan hilang atau mula luntur....

Ape yg aku nk ckp disini adalah bukan kerana perempuan tu xpandai nak jaga diri seperti sebelum kawin, walaupun ada kes mcm tu, tapi yg sebenarnya berlaku adalah tiada lagi hasutan yg membisikkan ke telinga dan hati lelaki itu utk mengagumi isterinya seperti mana ia sangat dambakan isterinya sebelum berkahwin...kerana ape? kerana sebelum kawin, syaitan akan hasut agar si lelaki ini xsenang duduk jika xdpt lihat, bercakap, dating, dengan pempuan yg belum dikahwini itu...syaitan akan hasut agar berlakunya perkara2 yg buleh mengakibatkan kearah maksiat...

Point yg amat penting yg aku nk nyatakan disini ialah, antara sebab perempuan itu cantik dihadapan lelaki adalah kerana syaitan akan "menempel" pada perempuan itu agar perempuan itu kelihatan menggoda...walaupun perempuan itu xcantik mana pun, pakaian pun xseksi mana, tapi sebab syaitan2 akan menghiaskan perempuan itu agar mana2 lelaki yg tgk akan tergoda...

Nabi Muhammad juga pernah mengalami situasi ini dimana pada suatu hari ketika Nabi keluar rumah, Baginda terserempak dengan perempuan yg cantik dan menggoda...ape yg Nabi buat adalah, lekas2 patah balik kerumah dan mendatangi isteri baginda...ia bagi mengawal nafsu akibat melihat perempuan cantik yg mgkin telah dihiaskan oleh syaitan tadi...Nabi seterusnya mengatakan bahawa ape yg ada pada perempuan itu juga ada pada isteri kita, jadi jgn terpedaya dengan tipu daya syaitan....

Persoalan timbul bila kita yg belum kawin, camne nak kwal nafsu ni?huhu...antaranya adalah dengan berpuasa dan mengelakkan diri dari melihat perkara2 yg boleh membangkitkan nafsu syahwat...

Entri ni bukan nak menyuruh perempuan agar tidak berhias langsung, tapi klu nak berhias, berhiaslah utk suami, pasal haram isteri berhias utk org lain...perempuan2 yg belum kawin tu, jgnla berhias lebih2...cukuplah sekadar xnmpak jelik dimata org yg melihat..tapi jika mekap tebal, wangi semerbak, pakaian nipis, jarang, ketat dan seksi...maka harapnya dapat bertaubat sebelum mati...huhu...

Tentu sekali anda tidak mahu dapat suami yg tertarik pada kecantikan anda sahaja...so, pandai2lah pikir sendiri...jgn sampai kita nmpak cantik dimata lelaki kerana syaitan2 telah menempel dibadan hingga lelaki yg melihat xsenang duduk...pasal tu islam suruh tutup aurat dengan sempurna..agar dapat menjaga kehormatan dan membendung niat jahat lelaki...

P/s: Sebaik2 penyeri wajah adalah solat yg sempurna dan wuduk yg sempurna...Wallahua'lam...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...