Rakan Seperjuangan

Thursday, January 28, 2010

Perihal Rambut

Blog ini mmg banyak membincangkan tentang isu rambut...namun kali ini ia akan membincang isu rambut tapi bukan dari segi aurat rambut perempuan sahaja...entri kali ini akan mengulas sedikit tentang fesyen rambut menurut Islam...

Pertama sekali adalah bagi golongan lelaki...perlu diketahui bahawa adalah haram hukumnya bagi lelaki membotakkan sebahagian dari rambutnya...kerana Nabi sendiri pernah melarang seorang lelaki, dengan alasan perbuatan itu adalah perbuatan org zaman jahiliyah...so, klu nak botakkan kepala, kenalah botakkan seluruh kepala...bukannya buat macam stail ronaldo pemain bola sepak brazil, bukannya stail punk atau trojan dan sebagainya...begitu juga lelaki yg menyimpan rambut panjang seperti perempuan, yg jika dilihat dari belakang, seolah2 mcm rambut perempuan, hukumnya adalah haram kerana haram lelaki menyerupai perempuan...jika nak buat juga atas alasan fesyen, maka org itu telah membelakangkan perintah nabi sendiri...kat akhirat nnti, sebenarnya dalam kubur pun dah kena andainya jika xsempat nak taubat sebelum mati...

Yang kedua adalah rambut perempuan...berkenaan bab skala kepanjangan rambut perempuan, jika panjang melebihi bahu, hukumnya sunat kerana mengikut rambut para isteri2 nabi yg diriwayatkan membuka sanggul ketika hendak mandi...so klu ada sanggul tu, pastilah panjang melebihi bahu kan? Jika rambut panjang mencecah bahu, hukumnya adalah harus, jika pendek kurang dari paras bahu, hukumnya adalah makruh...dan jika pendek seolah2 rambut lelaki, yg mana jika org tgk, rambut perempuan tu pendek macam rambut lelaki, maka adalah haram hukumnya, bukan kerana haram tayang rambut, tapi juga haram kerana haram hukumnya perempuan menyerupai lelaki..andai kata perempuan rambut pendek seperti lelaki tadi bertudung, ia terlepas dari dosa membuka aurat, tapi dosa kerana menyerupai lelaki itu tetap ada...

P/s: Islam ni agama yg syumul dan menyeluruh...setiap perkara mesti ada rujukan dalam agama..cuma atas usaha kita lah nak rujuk kepada agama atau nak memandai2...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...