Tentang qiamullail ni sume org islam patutnya dah tahu..iaitu bgun pada waktu malam selepas tidur sejenak dgn tujuan utk beribadat kepada Allah..dgn melakukan ibadat2 seperti solat tahajjud, solat taubat, solat tasbih dan sebagainya..bukan bgun nak gi buang air atau gi teguk air kat peti ais ataupun bangun nak tgk perlawanan bole..itu xtermasuk dlm qiamullail..qiamullail ni klu ikut bahasa adalah "bangun malam"..
walaupun tidak diwajibkan keatas umat islam, kerana islam itu bukanla agama yg mmbebankan umatnya..tapi qiamullail ni adalah amalan nabi kita pada tiap2 malam..walaupun baginda telah dijanjikan syurga dan bersifat maksum..namun baginda xpernah lupa utk beribadat..pernah diriwayatkan baginda berdiri terlalu lama ketika solat pada waktu mlm sehingga bengkak kaki..itulah iman nabi junjungan kita..
kita ni iman mmg xsetanding nabi..zaman dulu belum ada alarm yg boleh jadi alat utk kejutkan kita dari tido..pernah diceritakan pada satu malam nabi telah mengejutkan saiyyidina ali dan puteri baginda saiyyidatuna fatimah dari tidur utk qiamullail bersama2 baginda..namun jawapan dari saiyyidina ali pada ketika mengantuk itu adalah seperti berikut(lebih kurang)...
"jika Allah mengkehendaki aku utk qiamullail..nescaya Allah akan bangunkan aku dari tidurku".
nabi pun beredar sambil berkata.."inilah manusia,klu dah xmahu buat sesuatu itu, macam2 alasan dia bagi"..
sayyidina ali terdengar kata2 nabi itu dan terus insaf dan menyesal dgn kata2nya sebelum itu...
kita ni usahkan bgun malam..bgun subuh pun belum tentu..alasan paling POPULAR ialah terlajak tido atau xterjaga langsung..hahaha..konon mcm tuhan sengaja xbgunkan mereka dari tido dan mereka xperlula nak ambil inisiatif nak bgun sendiri..
aku ckup menyampah dgn mereka yang bagi alasan terlepas subuh pasal xterjaga..dgn zaman serba canggih ini..mcm2 alat penggera yg kita buleh guna..hanset pun buleh guna..jam loceng pun buleh guna..tapi ape nak buat, kita ni duk harap Allah akan kejutkan kita..bukan xleh doa pada tuhan agar kita dikejutkan pada waktu sekian2...tapi ape salahnya kita ikhtiar sket nak pasang jam loceng atau alarm bg bgun dari tido agar xterlepas time subuh...dengar mesej masuk buleh je bgun..tapi dgr alarm time subuh buat dek je..pelik kita ni kan?...
yg heran tu..jam2 penggera ni bukan mahal mana pun..5 hinggit dah buleh beli..klu payah sgt nak bgun..belila sepuluh jam penggera..klu xbgun jugak tu maknanya kita ni dah kembali ke rahmatullah la tu..huhu..
P/s:jgn mulakan hari anda tanpa menunaikan solat subuh(bg yg boleh solat)..byk kelebihan bgun solat subuh ni..setiap titik air yang kita wudhuk time sejuk2 tu..malaikat2 akan mintak doa utk kita..
No comments:
Post a Comment