Rakan Seperjuangan

Sunday, May 3, 2009

Walimatul Urus..

Nak xnak aku kena juga sentuh pasal perkara ni..pasal bulan 6 nnti pasti ramai yg akn berkahwin...kawin tu xde masalah..cuma aku nak bg pendapat sikit pasal ape yg aku tau tentang adat melayu yg diimport khas dari agama hindu iaitu bersanding..iye..sabar2..aku belum jelas lagi..bersanding keliling api tu mmg jelas haram..sume tau..persoalannya sekarang ni mcmna persandingan tu buleh jatuh kepada haram?..
_____________________________________________________________________________________
Unsur-unsur khurafat dalam persandingan daripada blog ni..


(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi. Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

c. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

d. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33).

e. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi).

f. Majlis diselangi dengan nyanyian wanita atau tarian joget lambak dan sebagainya, ia amat bertentangan dengan Islam, kaedah Usul Fiqh ada menegaskan bahawa �matlamat tidak menghalalkan cara�.
_____________________________________________________________________________________

aku malasla nak taip sume..jadi aku ambik je dari blog..dulu aku pernah dgr ustaz yg ckp persandingan ni hukumnya haram klu kita buat cara mcm sekarang ni..klu nak bersanding juga..bulehla buat majlis sanding yg hanya dihadiri org bukan mahram..pasal bersanding ni mmg akan tunjukkan perhiasan dan posing2 yg mcm2..cameraman suruh peluk, pasangan tu berpeluk, cameraman suruh cium pipi, pasangan tu cium pipi..klu cameraman tu mahram pengantin perempuan xpela..

ada ulamak yg ckp yg adat bersanding sekarang ni dah terlalu byk campur aduk dgn agama2 lain..bukan xleh ikut langsung tapi kenal pastila yg mana haram yg mana harus..cuma ada ulamak yg kata masa bersanding tu..martabat pengantin akan dijatuhkan oleh tetamu2 dan cameraman2 yg suruh posing mcm2..ini xmasuk lagi posing atas katil..konon nak tunjukkan kemesraan..yela baru kawin kan..tapi klu yg tgk tu bukan mahram..dptla dosa kering..

marhaban dan berzanji perempuan pun satu hal..dah terang2 perempuan xleh marhaban dan berzanji pasal mereka akan tinggikan suara..sedangkan azan yg kalimah2nya membesarkan dan memuji ALLAH perempuan xboleh..inikan pula marhaban dan zanji yg mana perempuan2 ni akan meninggikan dan melunakkan suara mereka yg mmg dilarang oleh ajaran islam..kalimah2 dlm zanji dan marhaban tu xsalah..cuma sekarang ni dah ade kumpulan marhaban dan berzanji perempuan..itu yg salah..klu didengar oleh mahram mereka xpela..mana mgkin..lainla sorang je perempuan dlm kumpulan tu dan yg dengar cume mahram dia..

kita ni jgnla igt kita cemerlang dalam subjek agama dlm SPM dah boleh tunjuk terer..nak bangkang ulamak yg dah byk mengaji kitab2, hadis2 dan sebagainya..aku pun rasa kita yg muda2 ni paham tapi nak buat mcmna..family tetap nak buat juga upacara sanding..sampai 5,6 persalinan...kebaya, kurung, gaun dan segala mcm baju dan perhiasan utk tontonan umum..dapat dosa kering je si suami tu..

satu lagi..sebelum terlupa..
____________________________________________________________________________________

Terdapat unsur lain yang menyebabkan majlis walimatul urus tidak diberkati Allah seperti yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w kerana tidak mengundang golongan miskin untuk turut bersama, ia berdasarkan hadis Nabi s.a.w. maksudnya : �Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: �Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah apabila orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang.� Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.
____________________________________________________________________________________

ada mata pandang, ada telinga dengar, ade mulut cakap, ade blog tulis, (ada otak lu pikirla sendiri,Assalamualaikum.; pinjam ayat nabil raja lawak jap)

P/s: terukla aku nak menjawab dgn mmber2 aku nnti..huhu...

3 comments:

CHELAH said...

etapi tahukan anda persiapan majlis perkahwinan untuk puteri Rasulullah SAW?

Seorang gadis yang terlalu istimewa, cantik paras rupanya, mulia akhlaknya, terjaga maruahnya oleh iman dan taqwa kepada Allah SWT, mempunyai nasab yang paling bersih, suci dan tinggi kedudukannya di mata manusia dan disisi Tuhannya. Anak perempuan seorang nabi. Dialah Fatimah al-Zahra', puteri Rasulullah SAW, wanita yang paling dikasihi dan dilindungi.

Tahukah awak apakah persiapan majlis kahwin Fatimah al-Zahra' dengan Saidina Ali bin Abi Talib?

* alat menggiling gandum
* bantal yang di isi daun-daun kering & biji kurma
* alat penumbuk
* sebuah bekas air
* kulit yang di samak
* sebiji pinggan

Abu Bakar menangis ketika melihat keadaan persediaan perkahwinan puteri Rasulullah SAW itu.

Beliau bertanya, "Ini sajakah bekalan untuk Fatimah?"

Nabi SAW menjawab : "Wahai Abu Bakar ini semua sudah cukup banyak untuk orang yang masih hidup di dunia."


Wallahualam...

emi nizam said...

aku yakin masyarakat sume tahu hukum bsanding ni...tp mereka wat2 bodo n tak tau..atau kalu wat jugak konon2nya juz ikut adat tanpa niat nk wat sumthing yg menyalahi akidah padahal sebenarnya mereka ni jahil coz bsanding tu da jd satu peniruan...entah la..hope nnti ko takdde bsanding jugak..haha...

hady83 said...

waa...aku xpnah dgr kisah pasal Fatimah Al Zahra tu..tapi aku mmg tahu hidupnya miskin..tapi bab persediaan kwin tu..xpenah dgr..tq 4 the info..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...