Kerana penting tajuk ni..aku dgn rasa penuh keinsafan nak tulis lagi pasal solat atau sembahyang atau prayer ni..sesungguhnya solat itu tiang agama..ibadat2 lain bergantung pada solat kita...
Contoh ustaz azhar beri..kita nak buat rumah..tapi pesan kat tukang rumah tu..tolong bina rumah ini, tapi jgn letak tiang lagi..buat atau dulu, dinding dulu, pintu dulu, tiang nnti letak time kita majlis nak naik rumah baru..tentu tukang rumah kata kita ni gila..mana mungkin nak dirikan rumah tanpa tiang..klu buat dinding dan atap tentula runtuh pasal xde tiang nak support..
begitu juga solat..klu kita ni jenis xsolat, sia2 je kita buat ibadat lain seperti puasa, haji, zakat dan sebagainya...pasal tanpa solat, ibadat2 lain tidak akan dikira pahalanya..melainkan selepas kita qada' semula solat2 kita yg terdahulu..
ibadat yg pertama sekali dihisab adalah solat..klu solat pun sambil lewa..rugila kita..puasa hanya dapat lapar sahaje..nabi dah ckp ramai umatnya yang puasa pada akhir zaman..tapi yg mereka dapat hanya lapar dan dahaga saje..pasal depa ni abaikan solat...
bg mereka yg selama ni solat ikut suka..sedarla..solat wajib 5 waktu tu jgnla tinggal sesuka hati..nnti kita heran pulak kenapa ibadat2 kita yg lain xdikira oleh ALLAH..huhu..
P/s: perumpamaan solat 5 waktu adalah umpama sebatang sungai dihadapan rumah..dimana kita mandi 5 kali setiap hari..
No comments:
Post a Comment