Mengapa pada zaman ini(zaman dahulu pun ada) tidak suka pada org2 alim dan org2 yg beramal soleh? xcukup dengan itu, mereka juga mempermain2kan cara pemakaian org2 alim yg lazimnya bekopiah, jubah, janggut, serban, tasbih, tudung labuh(jilbab) dan sebagainya..
Klu tgk kat tv pun..cara pemakaian org alim pun dipermain2kan contohnya golongan alim ni bg nasihat xkena tempatla, golongan yg memakai serban dan jubah ni mmprotes secara mmbabi buta la..dan byk lagila yg nmpaknya merendah2kan martabat dan cara pemakaian org2 alim ni..mmgla pakai mcm alim tu xsemestinya menunjukkan org tu alim..at least kita ni kena sangka baik pada mereka la..jgn nak tuduh depa ni riak dan menunjuk2 pulak..
Umumnya atau secara mata kasarnya, org2 yg xsuka pada org2 alim ni lebih suka menurut hawa nafsu...pasal org2 alim ni lazimnya akan melarang atau cuba menegah atau menegur perkara2 yg berkait dengan nafsu...jadi jika org itu jiwanya tidak ada nur iman dan suka menurut hawa nafsu tidak suka lah pada org2 alim..
Tidak suka org alim, xsuka dengar atau hadir kuliah agama. xsuka hukum dan syariat islam, xsuke tgk cara pemakaian islam..ini sume adalah kerana perkara2 tersebut adalah bertentangan dgn nafsu...
Nnti jika dibiarkan org2 alim berkuasa, maka tiada lagi lah hiburan2 melampau, konsert2 yg melalaikan, hiburan2 melalaikan seperti karaoke, kelab malam, pub, clubbing, dangdut, nombor ekor, pusat judi dan sebagainya yg bercanggah dgn hawa nafsu manusia..
Mereka tahu org alim akan menghentikan atau menghadkan hiburan2 dan menutup atau mengawal ketat premis2 seperti nombor ekor, pawagam, disko, kelab malam dan sebagainya..nnti xdela artis2 terkenal nak datang nak buat show secara bebas, klu yg datang pun kena nyanyi lagu2 berunsur islam..hehehehe..pasal tula agaknya ramai org takut dan xsetuju jika org2 alim ni diberi kuasa...
Contoh bila terengganu(negeri aku) diambil alih oleh PAS pada tahun 1999 hingga 2003..panggung wayang dan pusat no ekor terus ditutup..manakala pesta pantai yg lazimnya ada ramai artis datang buat persembahan terus xde...tapi org sume xfokus bende2 ni..org DIFOKUSKAN dengan kerajaan negeri yg xde duit nak memerintah..halau budak tadika kemas dari balairaya dan sebagainya...royalti minyak pun dinafikan terus bila PAS memerintah, takut nnti kepimpinan ulamak tu guna utk kepentingan parti..tapi bgus juga..dapatla rakyat tganu merasa "Wang Ehsan" kat tangan sendiri yg sebelum tu xpenah dpat..baru2 ni ade pulak kerajaan pulangkan ROYALTI MINYAK pada kerajaan tganu yg baru..padahal wang royalti yg lesap berbilion2 tu xde sape pun tahu kemana pergi..
Tapi xpe..yg buat lesap berBILION tu bukan kepimpinan ulamak yg buat..tapi kepimpinan mereka yg pandai memerintah negeri..pandai ekonomi,pandai pentadbiran dan pandai undang2..mereka saja yg mmpu memajukan negeri terengganu itu(bilion2 ringgit lesap)..repot polis dah dikemukakan, saman telah dikemukakan..hehehe..terpolitik la pulak..(iklan sekejap)...
Yelah aku ni sape nak mengutuk kerajaan..mcm kata mmber aku, dia xsuke betul org kutuk kerajaan sedangkan org yg mengutuk tu belum tentu lebih baik dari kerajaan..hehe..klu kerajaan tu sungguh nak laksanakan pemerintahan mengikut cara2 islam, nak laksanakan tuntutan Allah dan Rasul dalam sistem pemerintahan..mmg sah2 la kerajaan tu perlu disokong...wajib pulak org2 islam sokong pasal kerajaan tu nak laksanakan hukum2 atau undang2 atau cara2 yg ditetapkan dlm islam...aku ulang, wajib sokong walaupun mereka tu bukan alim ulamak, kerana mereka ni mahu menjalankan pemerintahan secara islam, mencegah perkara mungkar dan menyuruh perkara kebaikan...
Akhir kata...golongan2 alim ni perlu turut serta mendekati golongan2 yg selama ini mencemuh mereka..org2 alim ni perlu memikirkan cara yg terbaik agar org2 yg kurang alim ni xtakut bila nmpak org alim..tapi jgnla org2 alim ni turut sama merempit sama2 dgn perempit2 tu..kena slow2la..mcm cameraman nak ambik gambar haiwan ganas kat habitat asal..xleh terus g macam tu je...ada cara2 dia..kena start dari jauh2 dulu..klu haiwan tu dah biasa baru dia g ambik gambar dekat2..
Mcm org2 alim ni..xlehla kali pertama jumpe nak terus ceramah..itu tabligh..sume org lari tgk tabligh..jumpe2 terus dakwah beb..siap ajak g outing 40 hari 40 malam beb..org2 alim ni, perlula slow2..bg salam dulu ke..ajak belanja makan ke..dah lama2 jadi rapat barula nak dakwah pun..huhu...
P/s: mmber aku ckp gaya penulisan aku ni mcm gaya ABC (air batu campur)..pasal sume ade..aku ni xfokus pada satu2 topik je..hehehe..aku tulis pun ikut suka hati aku je..xde draf pun..tujuan aku utk menyedarkan org agar jgn lupakan agama..jgn lupakan tujuan asal kita diutus ke muka bumi ini..bukan utk berhibur tapi utk siapkan bekalan utk dunia seterusnya..Wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment