Rakan Seperjuangan

Monday, December 20, 2010

Punca Mendapat Anak Cacat-Jgn melenting dulu.

Entri yang ke 283: Persoalan tentang anak cacat sudah lama aku nak tanya mereka yang lebih arif tentang ilmu agama, kerana masa sekolah dulu aku pernah dengan Ustazah bahasa arab aku ketika memberi taklim(masa sekolah menengah sebelum mula kelas kul 7.40 tu, kena beratur kat luar kelas dulu, dengan ceramah agama yang pendek dalam 5-10 minit), beliau ada menyebut tentang punca mendapat anak cacat. Aku buat dek jelah, bende sensitif, dan memang sensitif, ibarat mengata anak luar nikah, kerana anak terpaksa tanggung kesalahan mak bapak.

Sejauh mana dakwaan mendapat anak yang cacat itu ada kaitan dengan agama pulak? Ustaz yang mak aku selalu pergi menadah kitab pun pernah sebut tentang hal ini, mak aku dengan serta merta mematikan ckp ustaz dia itu, bukan kerana dia xcaya, cuma bende ini sensitif, tersangat sensitif, sensitif yang amat.. Blog aku ni pun bakal kena banned je nnti kot kalau aku asik dengan isu ni...

Untuk tidak membuang masa, aku sempat bertanyakan soalan pada Ustaz Azhar Idrus, bukan tanya face to face tapi tanya kat forum beliau sahaja, kalau jumpa face to face, memang banyak sangat aku mahu tanya...huhuhu..

Aku telah membuka satu thread baru kat forum itu, bawah kategori soal jawab agama, lain-lain, punca mendapat anak cacat. KLIK KAT SINI KALAU TAK CAYA.

Bagi yang malas nak klik, jangan risau, macam biasa aku akan kopi pes kat sini.

Soalan:

Author Message

Ahli Baru Lompat Parti
User avatar

Joined: Sat May 16, 2009 3:24 pm
Posts: 41
Post Punca Mendapat Anak Cacat
Assalamualaikum pada Ustaz dan forumer2 sekalian.

Di sini saya ingin meminta pandangan Ustaz berkenaan dakwaan:

1. Anak yang dilahirkan juling dan cacat adalah kerana berlaku percampuran benih jin dan manusia kerana suami tidak membaca sebarang doa sebelum melakukan hubungan intim. (Ustaz dan ustazah ckp)

2. Anak yang bila besar menjadi bapok atau pondan kerana suami menyetubuhi isteri ketika isteri dalam haid.(ceramah berkenaan jin oleh Ustaz Ismail Kamus)

Isu ini amat sensitif bagi ramai pihak, harap ustaz dapat ulas sikit sejauh mana dakwaan tersebut.

Sekian terima kasih... :ymhug:

_________________
My Blog 1 :http://hady-83.blogspot.com/
My Blog 2 :http://scholars-83.blogspot.com/
I boy new learn, if wrong please show.

Jawapan:
Sat Dec 18, 2010 9:22 pm

  

Perdana Menteri
User avatar

Joined: Sat Jan 03, 2009 12:58 pm
Posts: 7528
Post Re: Punca Mendapat Anak Cacat
1. Banyak teori menyebut punca anak menjadi juling.
Diantaranya kerana gangguan syaitan ketika bersetubuh. Sebab itu Nabi saw menyuruh kita membaca doa ketika bersetubuh.
Ada juga yg mengtakan punca juling ialah ibu merokok ketika hamil. Tak sedikit yg menentang fakta ini.

2. Ada kemungkinan dari kerana sengaja melanggar larangan agama tapi tidak semestinya dapat anak demikian rupa.

Sebaiknya pergaulilah isteri dengan cara yg diajar dan dihalalkan olih agama yaitu dengan memulakan bacaan bismillah dan berdoa agar syaitan tidak mengganggu dan dapat anak yg sihat.

_________________
my gallery : http://www.digitalmukmin.com/
my website : http://ustazazhar.com
The quickest way to make money at photography is to sell your camera



Jadi, sama-samalah kita beringat2 dan saling berpesan2 sesama kita, yang lepas tu lepas lah. Maybe orang kata aku ni kolot pasal  semua bende nak kaitkan dengan agama, bab anak cacat pun nak kaitkan dengan doa, tapi bab makan babi patuh pulak, bab arak patuh, bab kena akad kawin pun patuh, tapi kenapa bab anak ni kita buat sambil lewa?

Betul lah anak cacat tu ujian pada ibu bapa, macam orang miskin kata miskin tu ujian, tapi sudah pasti kita akan cemuh kerana tak mahu usaha, dalam hal ini, usaha agar tidak dapat anak yg cacat, Ustaz2 ramai yang sebut tentang kemungkinan bercampurnya benih jin dan manusia. Pasni ada orang tanya, kenapa org bukan Islam xbaca doa pun tapi anak normal? Dah tu kenapa tak tanya kenapa orang bukan Islam yang tak percaya tuhan itu kaya raya hidup sihat dan bahagia?

Sebelum blog aku disalah anggap, better aku stop dulu kat sini, bagi yang nak kawin dan dah kawin, bacalah doa sebelum bergaul dengan isteri, kalau tak reti arab, baca melayu sudah, mula dengan bismilah, akhir dengan amin. Kalau tak tahu doa sebelum bersetubuh dengan isteri yang sah, sila tanya yang tahu, pasal malu tanya tulah jahil sampai tua. Tidak ada siapa mahu anak yang cacat, ingatlah bahawa di dunia ini, ada lagi makhluk lain yang kita tidak nampak, yang selalu dengki dengan orang islam, contohnya histeria wajib ada kat sekolah agama, dan kes histeria hanya berlaku kat skolah2 melayu, pernah dengar sekolah cina, sekolah tamil kena histeria?

Ustaz Ismail kamus kata dalam satu ceramahnya, jin tidak suka anak adam lahir ramai, ada jin yang tutup saluran peranakan, dah kawin lama pun xde anak, dr pun xtau apa masalah, jadi beringatlah sebelum kena, andai kita dah baca doa betul2 mintak lindung dari gangguan syaitan, tapi masih dpat anak cacat, itu baru dikira ujian, lepas ni jangan bila tgk anak cacat or juling, kita mula kata ooo, ini salah mak bapak dia lah ni...tak baca doa apa terus terkam bini...pasal tu aku kata isu ni sensitif...ibarat kita dah tau org tu tak solat, pastu kita mengata dia depan2, dia pun bengang, walaupun solat tu wajib buat..dah memang tabiat manusia...

P/s: Terpanjang tulis lah pulak, anak itu amanah ALLAH, anak cacat tu maybe ujian bagi kita, ALLAH nak bagi kita pahala lebih untuk cover dosa dan salah kita, Ustaz Kazim kata, bela anak cacat ni, sampai tua kita duk jaga makan minum dia, so kita akan sentiasa dapat pahala, berbanding anak normal, 10 tahun pun dah jaga diri, tapi kalau anak cacat ini, setiap masa kita diperlukan, itu juga pahala, dengan syarat redha dan tidak salahkan tuhan, tuhan xpernah salah, yang salah tu kita...










18 comments:

Hakim Zailan said...

o0o..baru tau..tapi xsemua kan?

Hady83 said...

Yelah..xsemua yang merokok dapat kanser..kalau nak ikut kata "TAK SEMUA"...

Jangan ambil risiko, nabi dah ajar, ikut saja...bukan panjang pun doanya...nnti xmalu ke dah besar anak tanya..kenapa dia cacat?mak ayah xbaca doa ke?ape kita nak jawab bila kita mmg xbaca doa?

dan ketika haid pun..bukan xleh dekati isteri..cuma xleh kacau antara pusat n lutut je..

Nabi kawin sama yahudi nak tunjuk Islam ni xpulaukan isteri ketika isteri haid..sperti yahudi yang xdekati isteri ketika haid..nabi siap duk riba isteri yang sedang..haid..nabi baca quran..

yg salah setubuh ketika haid belum suci..bukan salah dekat isteri..kalau dah nafsu thap gaban..huhuh...

AmenoWorld said...

Mmg betul. bagi mereka yg dah bertaubat.

-xdeath said...

Nafsu tahap gaban..
kah kah kah..

Anggapla..yang cacat itu hanya Ujian..

Dan Bersetubuh lah mengikut..apa yang Nabi Ajar..

mohd said...

lorr.. setubuh masa haid dapat anak pondan? masa tgh haid leh ngandung ke? erkkkk....

-xdeath said...

setubuh mase Haid..dengan izin..kedua-dua benih ok..jadi le jugak..haha

Hady83 said...

Ramai yang tak caya dengan Ustaz cakap masa haid pun buleh mengandung jika melakukan seks...kali ini aku serta kan bukti dari orang putih atau mat saleh yg selalu jadi kiblat kebanyakan kita

"A Female Can't Get Pregnant if She Has Sex During Her Period
Many women (and men) believe this myth. It is possible for a female to get pregnant at any time during her menstrual cycle. Generally, when you are having your period, it means that you are not ovulating. If this is the case, then you will not get pregnant. However, females with irregular or shorter cycles can actually ovulate during their period. It is not guaranteed that you will ovulate mid-cycle. Sperm can live inside a woman's body for up to 5 days, so if you ovulate anytime within 7 days of having unprotected sex, you could become pregnant."

Link kat sini...
http://contraception.about.com/od/contraceptionmyths/tp/myths.htm

tapi bak kata xdeath...dengan izin, sume buleh jadi..orang 30 tahun kawin xde anak, budak sekolah sekali buat je terus ada anak...dengan izin..bukan tuhan tu kejam, tapi mahu kita bersyukur dan berfikir..

Hady83 said...

Ini pulak forum orang yang mendakwa pernah mengandung ketika berseks dalam period...kalau tak paham english..pakai google translate..

http://forums.about.com/ab-womenshealth/messages?msg=8158.1

nini said...

mohon utk di share ye

Hady83 said...

Dipersilakan share...lebih molek jika bagi link lepas share..dapat juga nak pantau dan lihat persepsi orang ramai..huhu...takut orang salah tafsir..

abang beca di tengah jalan said...

Salam,

Encik, saya rasa encik salah tafsir mksud ustaz. Dalam kata2nya tiada yg menyebut ayat "pasti" ada kaitan, cthnya, jika anak nya juling, maka pasti kerana tidak membaca doa ketika bersetubuh. Kebanyakan penyataannya mengemukakan teori2 dan kemngkinan, yg mana dia tidak memberi kata muktamad. Terdapat satu juga ayatnya mengatakan "Tak sedikit yg menentang fakta ini". Bermakna? Ramai yg menentang. Dan Ustaz tu pun tak cepat menjatuhkan kata putus.

Soal ini saudara harus berhati2. Kerana jika tersalah fakta, sudah menjadi fitnah. Entah ada dosa ibu bapanya ngan Allah, kita pon tak tau. Entahkan memang Tuhan trunkan ujian kepada mak ayah dia, dengan senang2 kita kata mak ayah dia buat dosa masa bersetubuh. Masya-Allah.

Kita kena berhati2 bukan sahja ini kerana isu sensitif (ni salah satu jugak), tapi utk mengelakkan mulut orang menyebarkan fitnah. Ini lebih berat dari "menjaga hati" orang lain.

Hady83 said...

Hehehe...itu pasal tajuk entri ini ada sebut jangan melenting dulu, tidak semestinya...

Macam makan cili jugak, ada yg rasa pedas dan ada yang tak rasa pedas...kalau dah tak bersalah...buat apa nak kalut kan? Cuma nak tanya je pendapat Ustaz Azhar..daripada duk simpan je dalam hati bertahun2...dan dengar macam2 versi...

Pendek kata...kalau yang dah baca doa pun masih dapat anak cacat, yang tak baca lebih2 lagi...kalau nak pakai hujah akal, doa xde kena mengena dengan kecacatan anak...

Ustaz2 yang dirujuk dan didengar itu lebih tinggi ilmunya dari empunya blog ini...macam Ustaz Ismail Kamus yang memang terer bab2 berkaitan jin...Ini bukan persoalan pokok dalam agama...nak pegang tak salah, tak nak pegang pun tak salah...bukan jadi kafir pun kalau tak mahu percaya...ini cuma iktikad sesetengah ulamak...

Macam azan kat bayi baru lahir jugak...tak semestinya kalau azan bayi tu jadi baik bila besar...dan kalau nak ikutkan..anak orang bukan islam langsung xpenah diazankan...tapi dah besar masuk Islam jugak...

Logik akal dengan hukum memang susah nak mendapat titik pertemuan...

Tujuan entri ini adalah bagi membuka mata sesetengah pihak sahaja...kemungkinan besar anak cacat pasal tak baca doa...kita pulak tak boleh tuduh sembarangan...cuma sekurang2nya kita usaha agar mendapat anak yang sempurna dan cukup sifat...

Itu pasal ianya sensitif...amat sensitif...bab menjaga hati pun satu hal...sikit2 nak jaga hati...sentiasa lemah iman kerana benci dalam hati saje..nak jaga hati..

Entri ini bukan suruh orang mengata ibubapa mempunyai anak yang cacat...bila orang nak faham selagi kita tidak bincangkan? Pakai dalam hati je, ooo anak dia cacat, sah dia xbaca doa ni..sah dia itu ni...

Tujuan entri ini adalah untuk berkongsi pendapat...andai ada hujah lain..sila kemukakan dengan berhemah...kerana penulis bukannya syok sendiri sampai xbagi orang komen..

bee2312 said...

sangat berguna info ni...terima kasih sudi share...

Admin said...

sama2...dulu entri ni penah menjadi hanget sekejap...maklumlah bende sensitif...tapi atas rasa tanggungjawab...nak juga kongsi dengan orang...buang yang keruh ambil yang jernih...xrugi berusaha sikit dari langsung xda usaha kan?

Anonymous said...

Sebenarnya x semua benar...anak sy dibaca doa. Dia lahir sempurna..Tp apabila usia 9 thn jd juling air kerana masalah rabun...jd jgn cpt mghukum...nanti allah duga kena anak sendiri br tahu!!!

Hady83 said...

Itu pasal la aku tanya ustaz sebelum post...bukan lepas post baru tanya...apa hal pulak nak mintak kena kat anak orang pulak..hmm..

Hady83 said...
This comment has been removed by the author.
Blogger said...

Come and see how THOUSAND of people like YOU are making a LIVING from home and are fulfilling their dreams TODAY.
GET FREE ACCESS INSTANLY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...