Rakan Seperjuangan

Wednesday, August 5, 2009

Nisfu syaaban

Mlm nisfu syaaban merupakan antara himpunan mlm2 yg mendapat perhatian Allah. Ia setaraf dengan mlm2 lain yang tercatat dalam kalendar islam seperti mlm nuzul quran, maulid nabi, awal muharram, aidain (fitr n adha) serta al-qadr. Pada hambanya yang melakukan sebarang ibadah pada mlm2 berkenaan, rahmat dan maghfirahnya bakal diberikan.

Cuma persoalan yang seringkali timbul tatkala tibanya nisf syaaban adalah mengenai amalan khusus yang harus dilakukan umat islam. Lantaran itu banyak hadith2 dikemukakan sbg dalil untuk dijadikan panduan beramal. Seakan satu pesta, bagi yang benar2 ingin menghidupkan mlm ini solat sunat mula dikerjakan bila tibanya tgh mlm. mgkin smpai ke dinihari berselang seli dengan wirid dan zikir. Ada juga yang mengambil fadhilat mengamalkan sdesuatu doa yang di baca khusus untuk mlm ini. Tidak kurang juga ada yang mengamalkan zikir2 khusus berselang seli dengan ayat2 daripada potongan al-quran yang didakwa punya khasiat dan kelebihannya yang tersendiri andai di baca pada mlm nisf syaaban ini.

Sebenarnye tidak ada nas yg sahih yang boleh dikatekan adanya amalan2 khusus untuk dilakukan pada malam nisf syaaban. Apa yang jelas, Allah menggalakkan umatnya melakukan sebarang amalan baik yang boleh meningkatkan tahap ketqwaan hambanya, samada melalui solat2 sunat, zikr munajat, bacaan al-quran dan lain2. Namun untuk menyatakan amalan itu dan amalan ini yg wajib dan mesti untuk dilakukan pd malam berkenaan hanyalah satu dakwaan yang kurang berasas. Jika ada pon yang disebut2 selama ini samada doa nisf syaaban, wirid dan zikir khusus, serta bacaan2 tertentu ia merupakan teks yg dikarang oleh ulama2 silam yg bertujuan untuk memudahkan pengamalan masyarakat waktu itu. Maka, untuk menyandarkan sesuatu itu secara direct dr rasulullah, adalah tidak seharusnya terjadi.

Walau apapun amalan yang didirikan, pokok pangkalnya adalah niat yang lahir dr lubuk hati. Adakah benar setiap amalan itu bersandar pada niat yang ikhlas demi allah? Atau kerana yg lainnya? Jika kerana Allah pastinya amalan yg dilakukan tidak terhenti pada mlm ini, bahkan harus istiqamah pd hari2 dan mlm2 yg lain. Tentunya juga setiap amalan tidak harus disetkan di minda untuk mendapat pahala dr amalan khusus yg dilakukannya. Malah bahaya lagi jika beribadah kerana inginkan syurga sedangkan matlamat utama ibadah adalah kerana mencari keredhaan tuhannya.

Jangan pula tersasar dalam melakukan ibadah. Allah yang maha menegtahui segala kelakuan dan tindakan hambanya pasti akan mengetahuinya. Bahkan Allah tidak pula memandang amalan seseorg berdasarkan kuantitinya, bahkan kualiti yg dipersembahkannyalah yg menjadi titik tolak kepada penerimaan amalannya itu di sisi Allah. Maka kata org, biarlah bersolat sunat 2 rakaat dgn hati yg benar2 ikhlas daripada beratus2 rakaat yg sebenarnye lebih bertujuan kepada memburu fadhilat semata2 sedangkan dihatinya serasa tidak ikhlas untuk melakukannya.

Untuk akhirnya, pastikan mlm ini diisi dengan amalan2 yg sebaik2nya. Apa yang penting, niat kene lurus dan tulus dengan segala pengharapan disandarkan kepada tuhan semata-mata. Jangan menganggap mlm yg harus untuk beramalan pada malam ini semata2 sedangkan pd mlm2 yg lain berada dalam kelalaian dan kefasikan.
Rasulullah: “Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan”. (Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban).

ARTIKEL INI DITULIS OLEH PENULIS JEMPUTAN MERANGKAP RAKAN SEPERJUANGAN AKU: EMI..

P/s: jgn terkejut jika aku mmpunyai lebih dari seorang co writer..aku xkisah pun sape yg nak tulis..tujuan blog ni adalah utk ilmu..bukan nak populariti..bukan nak publisiti..ini bukan pasal kehidupan aku seorang..tapi ia utk manfaat semua..sape2 yg berminat nak jadi penulis bersama...aku amat alu alukan...

4 comments:

SMART said...

just simple thought frm me 'aku beribadat kerana aku takut api neraka dan aku nk masuk syurga...'

bleh??

Hady83 said...

hahaha...xleh tu che loh wei...kita ibadat kerana ALLAH..bukan takut neraka atau nak syurga..dua2 tu makhluk..buleh jatuh syirik tau..better ubah niat tu..kita masuk syurga dgn rahmat ALLAH..bukan kerana ibadat kita saje..ini yg ramai xtahu...huhu...

SMART said...

hehehe..btol...sbnrnya sentiasa beringat kita nie hamba n ditugas jd khalifah dimuka bumi ini..tp sume org lupa tgas diaaaa

Hady83 said...

ini kerana orang sekarang ni nak buat sesuatu, dia bukan pikir samaada ALLAH suruh atau larang tapi dia pikir samaada MANUSIA suruh atau larang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...