Rakan Seperjuangan

Wednesday, August 26, 2009

Hukum Baca Senyap Dalam Solat






Aku dah lama benor nak post topik pasal ni tapi asyik tertangguh je dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan...nmpaknya aku telah dilalaikan dari menerbitkan entry pasal perkara yg aku rasa amat penting bagi kita umat Islam...

Bukan ape, ini berkenaan solat yg wajib kita kerjakan sebanyak 5 kali sehari..amat malanglah bg kita jika mengetahui bahawa cara solat kita masih belum sempurna...klu xsilap aku penah sebut sebelum ni bahawa jika bacaan Al Fatihah dan tahiyyat akhir xbetul, baik dari segi sebutan, tajwid, makhraj dan sebagainya...dua bacaan ini adalah wajib dan kita semua WAJIB BELAJAR MEMPERBETULKAN BACAAN seperti mana bacaan PARA QARI dan QARIAH...andai xmahu belajar..maka sia2 je solat berpuluh2 tahun...

Lagi satu yg aku betul2 nak cakap disini adalah hukum baca senyap dalam solat...senyap disini bermakna telinga kita sendiri kurang jelas ape yg kita sebutkan...perlu diingatkan bahawa bagi bacaan AL Fatihah dan tahiyyat akhir adalah rukun solat...WAJIB dibaca dengan betul dan jelas...jika sekadar baca dalam hati dan menggerakkan bibir sahaja maka TIDAK SAH solat kita itu...ini kerana ORANG BISU PUN PERLU MENGGERAKKAN BIBIR semasa mmbaca Al Fatihah dan tahiyyat akhir...

Oleh itu aku menyeru pada sape yg solat sebelum ni agar memperbaiki cara solat mereka terutama bab bacaan AL FATIHAH dan TAHIYYAT AKHIR agar betul dan jelas kedengaran di telinga kita...JELAS DITELINGA KITA...tidaklah sampai mengganggu org kat tepi kita...

Bagi sape yg sebelum solat dgn bajet ayu...silalah keraskan bacaan ketika AL Fatihah dan tahiyyat akhir...klu x, kemungkinan solat kita tidak sah..sape aku nak kat solat korang sume tidak sah? well...ini bukan pendapat aku...tapi ini adalah pendapat JUMHUR ULAMAK...ini berdasarkan hadis2 yg xusah kita nak pertikaikan jika kita bukan pengkaji hadis...janganlah nak keras kepala...


P/s: Bersama2 kita tingkatkan ilmu tentang solat...sebelum tu jgn lupa kukuhkah ilmu tentang akidah...jika akidah xberapa nak betul...sia2 je ibadat...Wallahua'lam..

2 comments:

Anonymous said...

yeke dok mung ni... kalau org tu mangsa peperangan dan rahangnya hancur? mcm mana pulak tu?

Hady83 said...

syabas...negara kita mmg perlukan orang yang berfikir jauh macam sedara...mujur sedara bagi contoh rahang hancur..kalau bagicontoh peti suara hancur..halkum masuk hos, tercekik tikus, tulang ayam...tentu hamba pening nak jawab..jawabnya Islam ada rukhsah iaitu kelonggaran...solat dalam perang pun buleh berlari2..inikan pula rahang hancur...please...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...