Rakan Seperjuangan

Saturday, October 3, 2009

Loteri dan Jual Beli Saham








Berikut adalah sesi forum aku bersama Ustaz Azhar Idrus.


Assalamualaikum dan Selamat hari raya kepada semua....

Saya ada dua soalan.(direct to the point sket)

1. Ape hukum non muslim yg baru menang loteri belanja org Islam makan. Tapi org islam tu buat perjanjian dgn non muslim tu, duit belanja tu bukan dari menang loteri. Adakah ia tetap haram kerana kita seolah2 meraikan org tu menang loteri?

2. Hukum jual beli saham yg xpasti duit itu dilabur atas syarikat mana. Perlu ke kita siasat satu persatu kemana duit itu dilaburkan sebelum kita beli saham?

Sekian...harap Ustaz sudi jawab...
______________________________________________________________________________________

1. Haram meraikan suatu majlis yang diadakan kerana suatu yang haram sekalipun duit kegunaan majlis tersebut dari harta yg halal.

2. Pelabur wajib mengetahui syarikat mana yg ia labur dan jenis perniagaan syarikat tersebut bukan dari yg haram disisi syarak.

*************************************************************************************

Tidak puas hati dengan itu...aku pun nak tahu status pekerja bank yg tidak mengamalkan sistem perbankan Islam...aku tanya pulak kat mmber aku yg kerjanya adalah Guru KPLI JQAF...dia ckp syubhah...pastu dia post soalan aku kat forum...

***********************************************************************************
salam..

saya di tanya oleh seorang kawan...
apakah gaji yang diterima bekerja di bank itu halal? sedangkan umum mengetahui bank menjana wang simanan pelanggan dengan melabur ke saham2 yang pelbagai bercampur aduk antara yang islamic dan konvensyenel disamping adanya sistem riba di dalamnya. pada saya mingkin namanya syubhah tapi dia tak puas hati dengan jawapan tu dan mengarap jawapan lanjut. tapi saya tak ada kearifan untuk menjawabnya, maka saya minta tolong lah kat kalian andai ada jawapan.. sekian, terima kasih.

antara kalian sure ada kerja d bank kan? so Kalau nak jawab dpersilakan..saya tak bmaksud nak timbulkan isu..hanya nak buka minda sama-sama bincang...k?

____________________________________________________________________________________

maka dijawab oleh bekas pekerja bank yg sekarang ni guru KPLI JQAF...


assalamualaikum
bagus soalan ni....
sekadar memberi pendapat boleh tak......dulu saya pun kerja kat bank CIMB.....siap jaga bahagian kredit kad lagi....
tapi berenti sebab dapat kpli dan rasa tak sedap hati pula sebab gaji yang diterima sah lah datang daripada faedah yang dicaj ke atas pengguna kredit kad dan faedah tu memang sah bukan cara Islam...........so better late than never alright....

ok kepada pendapat....
kita kena tengok department mana kerja tu.....sebab memang ada bank di malaysia yang amal kan urusniaga Islam.....

tapi serius cakap....semua bank terikat dengan undang-undang yang ditetapkan oleh Bank Negara....dan setakat ni kalau tak silap belum ada lagi urusniaga yang betul-betul Islamik, hanya plastik pembungkus sahaja.....

faedah kad kredit Islamik pun kalau diteliti, adalah sama dengan faedah konvensional, cuma mekanisme diubah supaya 'musang boleh berupa ayam'......

p/s: so fikirlah baik-baik...sekadar memberi pendapat dan sedikit info

*************************************************************************************

Forum ini masih lagi berlangsung...jika nak tgk...sila klik sini...


Bukan niat aku nak memperkecilkan taraf pekerja bank...aku cuma nak tahu je...pasal jual beli saham tu aku rasa dah jelas...lainla kalau org tu hati batu...xkan nak terimanya...lantak depalah...

P/s: Macam mana hati kita nak jadi baik sedangkan punca rezeki kita seharian belum jelas halalnya?

2 comments:

emi nizam said...
This comment has been removed by a blog administrator.
emi nizam said...

good info.. rasanya kat link ni sekar berbicara dri sudut logik dan pengalaman...

tapi kalu di satu lagi forum akan banyak link diberikan sebagai rujukan pada perseoalan tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...